HY : 22

887 98 0
                                    

"Macam mana dengan diaorang?  Dapat diselamatkan?" kepala masih menunduk seraya menyemak fail kerja. Mata pen menari laju di atas kertas, mencoret tandatangannnya pada helaian document.

"Maaf Tuan muda. Mereka melecur hampir 90% akibat letupan tu.  Dan doktor tak berjaya selamatkan.  Maaf,  kita kehilangan mereka berdua.."

Kerjanya terus terhenti sebaik mendengar laporan itu. Nafas berat dihela.  Namjoon pejam mata serapat mungkin cuba untuk mengawal kemarahannya.

"Taehyung macam mana?  Dia ada sekali dengan perempuan tu? "

"Aniya. Kami langsung tak nampak Tuan Taehyung di mana mana. Perempuan tu bersendirian."

Namjoon mengeluh kuat. Rambut lebatnya ditolak ke belakang.

"Uruskan apa yang patut dengan mendiang mereka . Pastikan setiap keluarga dapat pampasan." arah Namjoon dengan serius.

"Baik Tuan muda. Kalau macam tu saya minta diri dulu." selepas menunduk hormat, lelaki bersuit hitam ini terus meninggalkan pejabat.

Namjoon bersandar pada kerusi baldu, tie dilonggarkan. Rimas dengan keadaan yang semakin panas.

"Tak sangka,  hebat jugak cucu perempuan Black Dragon. 4 lawan 1 dan dia survive lepas berjaya bunuh dua orang. Hmm impressive. Bukan calang calang perempuan ni... " bisik Namjoon sendirian.

Ya.  Dialah yang menghantar orang untuk menyerang Chan Mi tempoh hari. Dan hasilnya sangat mengagumkan,  perempuan itu berjaya survive.  Memang betul berita yang selalu dia dengar dari puak puak lain.  Cucu rahsia Black Dragon ini memang istimewa.  Bagaikan kuda liar yang susah dijinakkan.

"Aishh...Taehyung, kat mana dorang sembuyikan kau dik? " Namjoon mengeluh kesal. Wajahnya diraup.

Kalau ikutkan hati, mahu saja dia mencari Taehyung sendiri.  Tapi dia harus rasional, kalau dia abaikan urusan syarikat,  siapa lagi yang boleh diharapkan.

Seokjin hyung?  Huh lelaki itu lagilah,  lepas kehilangan Taehyung satu kerja pun tak jalan.  Seokjin masih bersedih dan tak mahu campur tangan langsung soal syarikat.

Masih jelas dingatannya ketika mereka bergaduh dua hari lepas.  Pergaduhan yang agak teruk antara dia dan Seokjin.

"Hyung...keputusan forensik dah keluar. Semuanya negatif.  Tak ada satu dna pun padan dengan Tae." kata Namjoon seraya menyerahkan sebuah document kepada Seokjin.

"Maksudnya Taehyung masih hidup?" Seokjin berhenti dari menghiris bawang. Tergendala aktiviti memasaknya bila Namjoon tiba tiba muncul di dapur bersama berita itu.

"Nae..nampaknya macam tulah. Tak ada satu pun mayat yang padan dengan dna Taehyung. Kemungkinan besar,  dia berjaya survive malam tu." balas Namjoon semula.

"Habis tu apa kau tunggu lagi?  Carilah dia sampai dapat. Takkan itu pun aku nak bagitau." nada Seokjin seperti bengang.

Terkedu Namjoon jadinya dengan perubahan mendadak lelaki itu.

"Bwo? Kenapa hyung nak marah pulak? Masalah ni masalah kita berdua.  Sepatutnya kita sama sama selesaikan!  Bukannya lepas tangan macam tu je!" bidas Namjoon bila amarahnya terasa.

"Apa kau cuba maksudkan? Kau nak cakap aku tak amik peduli pasal Taehyung? Kau cakap aku lepas tangan?  Yah!  Kau sepatutnya ambil tindakan awal!  Dari mula lagi aku cakap,  cari Taehyung. Bukan harapkan keputusan forensik keluar baru kau nak cari! " pisau potong dihentak kasar. Seokjin merenung tajam muka Namjoon.

"Kau sedar tak, dah 2 bulan Taehyung hilang tanpa jejak!  Kita langsung tak dapat kesan kat mana dia berada!  Dengan keadaan dia macam tu,  kau rasa dia boleh survive ke dengan dunia luar?! Aku tahu kau tak faham apa aku rasa,  sebagai abang sulung.  Aku kisah pasal adik adik aku. Tapi aku nak kau mainkan peranan kau sebagai abang,  kau sepatutnya lebih cekap dalam hal ni.  Bukannya tumpukan pada syarikat sampai kau abaikan keluarga kau! " tengking Seokjin.

Namjoon tergelak kecil. Wajahnya berubah merah bila diherdik begitu.

"Hyung..sebelum cakap cuba suluh diri sendiri dulu. Hyung bising bising macam ni,  hyung ada buat apa apa tindakan ke?  Kalau betul hyung sayangkan Tae,  kenapa hyung tak cari dia sendiri?  Kenapa nak harapkan orang? Dan satu lagi, soal syarikat. Hyung patut sedar sesuatu,  aku yang handle semua urusan syarikat sekarang.  Sebab apa?  Sebab hyung sendiri cakap taknak masuk campur lagi! Hyung lupa? Jangan nak acah macam hyung risau sangat,  padahal hyung abang tak guna! " kata Namjoon dengan pedas.

"Yah Kim Namjoon!  Jangan kurang ajar!  Kau sedar tak dengan siapa kau bercakap sekarang ni?! " naik seoktaf suara Seokjin dengan sikap Namjoon yang biadap.

"Huh,  aku tak mabuk la hyung.  Aku sedar dan aku masih waras.  Aku tengah bercakap dengan seorang lelaki yang acah macam abang mithali sedangkan tak langsung! "

"Yah!" Seokjin hilang sabar. Dengan kemarahan yang tidak mampu dikawal, dia terus mencapai pisau pemotong tadi lalu diangkat tinggi cuba menikam Namjoon.

Namum tindakannya terhenti bila Namjoon sedar dan lelaki itu lebih pantas mengeluarkan pistol dari celah pinggang dan menyasarkan Seokjin semula.

Dua beradik ini bertentang mata. Masing masing tidak bersuara.  Sepi.  Hanya kedengaran nafas kasar yang  dihela.

"Jangan jadi gila la hyung! Apa kau cuba buat ni?! " Namjoon mula menenagkan diri.  Dia tak mahu dikuasi marah. Bimbang dia pula bertindak luar kawalan.

Seokjin diam. Perlahan tangan diturunkan.  Pisau terlepas dan jatuh berdeting di lantai. Mata yang marak dengan api kemarahan kini bertukar sayu.  Seokjin menunduk menatap lantai.

"Hyung... " panggil Namjoon perlahan.  Pistol disimpan semula.

"Hyung jangan macam ni.. Kita baru hilang Taehyung. Kita tak boleh kehilangan lagi.." perlahan Seokjin mengangkat kepala bila Namjoon mula memujuk.

"Aku minta maaf. Aku tahu aku tak sepatutnya biadap melawan hyung. Aku..aku tak boleh kawal diri.  Aku serabut dan stres bila hyung letak semua salah pada aku..aku rasa itu tak adil.." Namjoon meluahkan rasa hati.  Tapi kali ini,  dengan keadaan yang tenang.

Seokjin melepas nafas berat. Wajah sayu Namjoon dipandang. Betul apa yang dikatakan Namjoon. Dalam situasi genting begini,  mereka tak sepatut bergaduh.  Dan dia,  sebagai abang. Tak sepatutnya melayan Namjoon begitu.  Bukan dia saja serabut,  tapi Namjoon juga.  Lebih lagi,  bila Namjoon seorang menguruskan syarikat sekarang.  Pasti bertambah beban lelaki itu.

"Mianhae Namjoon.. Hyung tak sengaja.. Hyung cuma tak sedap hati kebelakangan ni. Hyung tak ada niat nak letak semua salah pada kau. Minhae..sebab ego hyung,  kita hampir bunuh sesama sendiri.  Hyun memang abang tak guna."

"Aniya!  Jangan cakap macam tu!" Namjoon pantas mendapatkan Seokjin lalu tubuh si abang dipeluk erat.

"Jangan cakap macam tu hyung. Hyung abang terbaik yang kami pernah ada. Jebal..maafkan aku hyung. Aku janji,  semua ni akan berakhir tak lama lagi.  Aku janji tak kira apa cara sekali pun,  aku akan bawak Taehyung balik. Aku janji." kata Namjoon bersungguh.

Cukuplah dia kehilangan Taehyung,  dia tak rela kehilangan darah dagingnya lagi.

"Tuan Muda! " panggilan itu menyentakkan lamunan Namjoon.

"Ya? " Namjoon mula kembali ke realiti.  Wajah orang kanannya dipandang.

"Kita ada meeting bersama puak silver Snake tentang pelaburan terbaru pukul 3 petang ni.  Tuan Muda yakin nak turut serta?"

Terdiam Namjoon seketika. Jika tidak diingatkan,  sudah tentu dia akan lupa soal mesyuarat itu.

"Maklumkan pada mereka yang aku turun untuk mesyuarat ni.  Dan kali ni,  hanya aku sahaja yang akan turut serta. Seokjin hyung..dia masih perlukan rehat.." jelas Namjoon.

"Baiklah kalau macam tu,  saya akan maklumkan." kemudian lelaki itu bergerak keluar.

Namjoon mengeluh perlahan. Pelipisnya dipicit bila kepala mula memberat. Nak tak nak,  dia harus turut serta dalam mesyuarat itu.  Menggantikan Seokjin.

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora