HY : 37

916 106 15
                                    

"Jungkook! Jungkook! " Chan Mi menjerit memanggil nama lelaki itu.

Dia baru sahaja selesai mandi. Tali bathrobe dikemaskan.  Dia perlukan Jungkook untuk rawat lukanya.

"Aish..mana pulak dia ni? Tadi kata nak keluar sekejap je.  Ni dah tengah malam takkan tak balik lagi. " bebel Chan Mi sendiri.  Dia duduk perlahan di depan meja solek.

Sebotol losyen diambil lalu dipicit sedikit. Dia mula meratakan losyen itu pada kedua lengannya.

Kreeekkkk....

Bunyi pintu bilik dikuak dari luar.

"Ha!  Baru nak datang? Punyalah sakit tekak aku menjerit panggil nama kau. Baru sekarang nak muncul." kata Chan Mi tanpa menoleh.

Dia tahu, mesti Jungkook  yang sedang masuk  ke dalam bilik. Nasib baiklah Jungkook dengar dia panggil, jadi tak perlulah dia nak mencari lelaki itu di luar. Tak kuasa dia nak terserempak dengan Taehyung pula nanti.

Chan Mi masih leka menyapu losyen di badan. Derapan langkah Jungkook makin kedengaran menghampiri.

"Luka aku dah nak sembuh, nasib baiklah tak dalam sangat kaca tu terbenam. Tapi, betis aku kena balut lagi.  Nanti kau tolong eh. " kata Chan Mi lagi.

Cup!

Terbeliak mata Chan Mi bila seseorang tiba tiba mencium lehernya dari belakang. Pantas Chan Mi menoleh, bagai mahu terhenti jantungnya saat melihat insan itu.

"Ta.. Taehyung.. " botol losyen terlepas jatuh ke lantai.

Chan Mi jadi tak keruan bila Taehyung menatap wajahnya dengan pandangan kuyu.  Seolah inginkan sesuatu.

"Kakak... Tae minta maaf... " kata Taehyung dengan perlahan.  Dia tunduk merenung lantai.

Chan Mi diam membatu. Bathrobe yang mendedahkan bahagian bahunya pantas dibetulkan.

"Jungkook mana? " soal Chan Mi serius.

"Hyung keluar.. Dia kata ada hal." balas Taehyung.

Chan Mi berdecit geram. Waktu waktu macam ni lah si Jungkook tu ada hal. Haihh..sudahlah hatinya masih sakit dengan Taehyung.

"Kakak.. Tae minta maaf sangat sangat.  Tae tak sengaja.  Tae sedar Tae salah. Tae terlalu ikutkan rasa cemburu... " Taehyung terus memeluk Chan Mi. Wajahnya dibenamkan pada leher gadis itu.

Chan Mi berdebar. Nafas hangat Taehyung terasa lembut di leher. Chan Mi pantas menolak tubuh lelaki itu.

"Tae,  Tae okay ke ni?" soal Chan Mi sambil membelek muka lelaki itu.

Taehyung nampak pelik.  Wajah lelaki itu merah padam.

"Yah!  Tae minum ke?! " teka Chan Mi bila hidungnya menangkan bau soju pada Taehyung.

"Ehehehe..haah,  Tae teman hyung minum tadi, dia yang ajak teman. Kakak nak tahu tak, Jungkook hyung belanja Tae soju strawberry.  Hehe sedappppp... " Taehyung ketawa kecil.  Dia memeluk Chan Mi sekali lagi.

"Eh! Tae lepaslah!  Apa ni! " Chan Mi resah.  Lagi lagi bila Taehyung tak berhenti mengucup segenap lehernya.  Jantungnya tak usah cakap,  bagai mahu luruh dengan sentuhan hangat lelaki itu.

"Chan Mi ah... " Taehyung tarik mukanya dari leher gadis itu. Dia menatap mata Chan Mi dalam dalam.

"Tae.. Taehyung.. Ke.. Kenapa? "

"Saranghae.. " ucap Taehyubg bersama senyuman.

"Tae.. Tae mabuk ni.  Tae kena rehat-" belum sempat Chan Mi meneruskan kata, Taehyung terlebih dahulu menyatukan bibir mereka.

Pinggang Chan Mi dipeluk erat merapatkan jarak mereka.  Dia makin dalamkan ciuman.

Chan Mi cuba menolak tapi tak boleh. Taehyung seolah individu lain yang berjaya membuat dia hanyut.  Dan akhirnya Chan Mi menurut,  dia sedar hatinya sendiri meronta mahukan Taehyung.

Perlahan tubuh Chan Mi dicempung lalu diletak cermat ke atas katil. Taehyung lepaskam ciumannya.  Wajah mulus gadis itu diusap sayang.

"Kakak,  izinkan Tae? " pinta Taehyung dengan harapan.

Chan Mi tergamam.  Suara husky Taehyung menyentuh hati wanitanya.  Perlahan dia mengangguk.

Taehyung senyum. Ikatan tali bathrobe di tubuh Chan Mi diurai perlahan dan malam itu akhirnya cinta mereka bersatu juga.

_________________________________________

"Selamat pagi! " sapa Jungkook dengan ceria.  Dia berlari anak masuk ke dapur.  Di tangannya terdapat sebuah baldi kecil. Tak sabar dia nak tunjuk pada Chan Mi isi dalam baldi itu.

"Ha!  Baru nampak muka.  Kau pergi mana ha semalam?" soal Chan Mi yang sedang memotong sayur.

Wajah Jungkook ditatap tajam. Semalaman lelaki itu hilang tanpa jejak dan pagi ni baru tahu balik rumah.

"Alaaa..janganlah membebel.  Aku keluar pergi memancing lah!  Tengok ni apa aku dapat!  Besar weh ikan dia! " teruja Jungkook tunjukkan baldi kecil itu.

Terdapat beberapa ekor ikan laut hasil tangkapannya semalam. Boleh tahan besar juga saiznya,  cukuplah untuk mereka bertiga merasa.

" Aku tak berminat nak tahu pasal ikan. " Chan Mi ambil baldi itu lalu letak ke dalam singki.

Dia menoleh lalu wajah Jungkook ditatap lama. Jungkook pula sudah telan liur yang terasa kesat.

"Ke..kenapa? " soal Jungkook penuh ragu.

Chan Mi mengeluh seketika.  Tidak pasti sama ada dia ingin meneruskan katanya atau tidak.

"Haih...Jungkook, aku dan Tae..emm.." pipi Chan Mi merah padam.

Jungkook perlahan tersengih.  Tapi riak mukanya dikawal agar tidak nampak ketara.

"Kenapa kau dengan Tae?  Ada apa apa jadi ke? " teka Jungkook lagi.

"Aniya!  Tak ada apa apa pun jadi! "

"Yeke?  Habis asal muka kau merah?  Ni Taehyung mana?  Tak nampak pun. Selalunya pagi pagi buta mamat tu dah bangun memekak kacau aku tidur. "  kata Jungkook.

Chan Mi angkat kedua bahu tanda dia tak tahu apa apa.  Malas dia nak jawab.  Lagipun,  Taehyung masih tidur. Mungkin penat sebab semalam. 

"Chan Mi.. " panggil Jungkook.

"Apa lagi?" soal Chan Mi sambil menyambung semula kerjanya.

"Petang ni kemas semua baju kau dan Taehyung."

"Kenapa? " berkerut dahi Chan Mi.

"Dah tiba masanya kita keluar dari sini. Tempat ni dah tak selamat lagi. Aku taknak kita bertangguh. Malam ni,  kita terus gerak keluar.  Kau jangab risau,  aku dah ada plan. " jelas Jungkook.

Chan Mi mengangguk faham.  Memang sudah tiba masanya mereka bertindak. Mungkin ini yang terbaik, Chan Mi terpaksa mengkhianati puak mereka demi mempertahankan Taehyung.

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now