HY : 10

912 107 2
                                    

"Ugh.. Sakitnya! "

Kain kasa yang membalut bahu dibuka perlahan.  Berkerut dahi Chan Mi menahan sakit.

"Haih..berdarah lagi.. " kain putih itu basah dengan tompokan darah.

Nampaknya luka tembakan di bahu masih belum kering. Ubat luka dituang ke kapas,  lalu dengan perlahan Chan Mi cuba sapukan pada luka.

Agak susah sebenarnya jika nak buat sendiri.

"Ahh aduh aduh!  Sakit! " terjerit Chan Mi bila luka itu terkena ubat.

Pedih!

Berair matanya menahan sakit.

"Haish.. Kalau lah Jungkook ada. Mesti senang kerja aku.  Biar dia je yang buat.. " keluh Chan Mi memikirkan sepupunya itu.

Krekkkk....

Tiba tiba pintu biliknya dikuak dari luar. 

Chan Mi tergamam bila wajah Taehyung tersembul.  Lelaki itu sedang mengintai di sebalik bukaan pintu.

"Nak apa?" garang Chan Mi menyoal.

Taehyung diam.

Tanpa sebarang bunyi,  dia berjalan mendekati gadis itu yang sedang duduk di pinggir katil.

Matanya menangkap segala barang ubat ubatan  yang berterabur atas cadar.

"Ish,  kau nak apa ni?  Tiba tiba je. Makanan aku dah masak kan.  Gi la makan.  Jangan kacau aku ."

Sumpah.  Chan Mi tiada mood nak bermain sekarang.  Dia tengah sakit sekarang ni,  kang tak pasal dia mengamuk.

Lagipun,  sejak dari petang tadi.  Hubungannya dengan Taehyung tiba tiba renggang. 

Entah apa masalah lelaki itu,  balik saja dari laut seharian berkurung dalam bilik. Waktu makan malam tahu pula keluar.  Huh lapar la tu.

" Taehyung kau nak apa ni?  Aku takde mood tau - "

Namun kata Chan Mi terhenti sebaik tapak tangan hangat Taehyung menyentuh lembut belakang bahunya.

"Yah!  Apa kau buat?! " Chan Mi mula tidak senang duduk.

Iya!  Walaupun Taehyung ni 'istimewa' tapi dia still lelaki!

Dan lelaki ialah makhluk yang bahaya!

"Shus! Bising lah kakak ni.  Kita nak tengok luka kakak je." kata Taehyung.

"Nak tengok apa?! Kau bukan boleh ubatkan pun! Ish lepaslah,  apa kau buat ni! "

Chan Mi hampir menjerit geram  bila Taehyung dengan selamba menarik zip gaun tidurnya ke bawah.  Mendedahkan lagi bahagian bahu.

Tanpa kata,  tangan Taehyung mula bekerja.  Kapas ditangan Chan Mi diambil lalu dengan cermat disapu pada luka gadis itu.

"Tahan sikit tau kakak.. . " ujar Taehyung bila Chan Mi mengaduh sakit.

Setelah selesai,  kain kasa baru diambil. Lalu luka itu dibalut dengan kemas.

Chan Mi hanya diam. Matanya meneliti Taehyung yang membuat kerja disebalik pantulan cermin meja solek.

Berkerut dahinya bila Taehyung tahu semua itu!

Seolah lelaki itu seorang yang normal!

"Tae.. "

"Ya? "

"Ma.. Macam mana kau tahu balut semua ni? " soal Chan Mi seraya menatap tepat pada mata hazel itu.

Taehyung tersenyum petak. Dengan bersemangat dia menjawab

"Eheee kita tahu! Kakak nak cakap kita pandai kan? Terima kasih kakak sebab puji kita. Namjoon hyung dan Seokjin hyung pun selalu kata Tae pandai bila Tae balut luka dorang.. " cerita Taehyung dengan gembira.

Chan Mi mengangguk faham.

Dari cerita jejaka itu,  tahulah dia Taehyung belajar semua ini dari pengalaman. Mungkin Seokjin dan Namjoon sering cedera.  Dan Taehyung menjadi saksi bagaimana cara merawat luka mereka.

Jadi benarlah fakta yang sempat dia baca dari dalam article tadi.

Dari symptoms yang ada pada Taehyung.  Chan Mi yakin ianya adalah autisme. Syndrome dimana perkembangan pesakit agak lambat berbanding manusia normal. 

Dan salah satu fakta yang sempat Chan Mi baca, ia mengatakan bahawa. Otak pengidap autisme adalah lebih besar berbanding yang normal.  Ingatan mereka juga sangat kuat!

"Jadi betullah fakta tu..ingatan kau memang kuat. Jadi tak hairan kau boleh ingat cara nak merawat. " bisik Chan Mi sendiri.

"Kakak cakap apa? " soal Taehyung.

"Tak ada apa.  Terima kasih sebab rawat luka aku. Kalau dah tak ada apa apa,  kau keluarlah.  Dah lewat ni,  pergi tido."

"Okay.. " Taehyung menurut. Perlahan dia bergerak ke muka pintu. 

Namun sempat dia menoleh semula kebelakang. Memandang Chan Mi yang terkial kial cuba menzip semula gaun tidurnya.

"Kakak... " panggil Taehyung.

"Apa lagi..?" Chan Mi berusaha menahan malu bila direnung sepasang mata bundar itu.

"Good night.. " ujar Taehyung lalu keluar.

Chan Mi terdiam. Jantungnya berdebar sakan. Bagai tidak cukup tanah ia mengepam oxygen.

"Yaishh!  Apahal dengan kau ni Chan Mi?  Jangan buat hal eh! Ingat sikit dia tu 'istimewa'. Dia tak sama dengan lelaki normal yang lain. " pesan Chan Mi tegas pada diri sendiri.

Ya. Chan Mi mengaku.  Sejak pertama kali berjumpa dengan Taehyung.  Jantungnya memainkan irama yang pelik.  Rentak yang dia sendiri tidak pernah rasa.

Dan bila dengan Taehyung,  dia seolah individu lain. Dia bukan Chan Mi dari dunia kegelapan,  tapi dia seolah Chan Mi yang baru.

Dirinya berubah. Personalitinya turut berubah bila bersama Taehyung.

"Aishhh serabutlah.  Lebih baik aku tido! "

Malas nak berangan jauh,  Chan Mi terus rebahkan diri. Dia tak mahu melayan perasaannya yang makin lama makin mengarut.

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now