HY : 48

966 95 27
                                    

"Feel better?"

Chan Mi mengangguk laju. Sebuah senyuman manis diukirkan pada Namjoon yang sedang memandu.

"Thanks Namjoon sebab belanja aku makan Jajangmyeon. Dah lama aku mengidam. Hmm, kek beras ni pun sedap! Thanks weh sebab belikan. " beria Chan Mi menikmati sepacket kek beras yang sempat Namjoon beli tadi.

"It's okay.  Benda kecil je. Kalau kau mengidam nak makan apa apa,  kau bagitau jela. Nanti aku belikan. Chan Mi, aku harap kau faham keadaan Taehyung. Lagipun, dari dulu dia memang macam tu.  Dia suka hilang tiba tiba. Alasannya sebab ada hal pastu blah macam tu je. " ujar Namjoon.

Chan Mi senyum seraya menggeleng. Kelopak matanya terasa panas bila nama Taehyung disebut.  Kalau boleh,  dia taknak dengar nama lelaki itu sekarang. Hatinya masih sakit.

"Takpela Namjoon, aku faham. Lagipun, aku ni bukan sesiapa. Aku tak ada hak untuk kawal dia. Yelah,  kalau aku berubah jadi baik pun siapa nak percaya kan? Aku ni dari Black Dragon. Lagipun,  aku kan perempuan ular." kata Chan Mi menahan sebak.

"Ch.. Chan Mi,  kau dengar? " Namjoon terkejut.

Wajah gadis itu dipandang dari sisi. Pipi dan hidung Chan Mi mula memerah menahan tangis.

"Aku dah dengar semuanya Namjoon. Betul lah apa Seokjin oppa cakap,  aku ni perempuan ular.  Aku yang pengaruh Taehyung macam macam. Aku bukan orang baik. Maybe sebab tu, dalam diam Taehyung ada perempuan lain.. " ayat terakhir itu diucap perlahan hanya dia sahaja yang dengar.

Namjoon terus memberi singnal ke kiri.  Stereng kereta dipulas ke bahu jalan lalu brek ditekan.

Dia berpaling menghadap Chan Mi disebelah.

"Chan Mi, aku nak minta maaf bagi pihak Seokjin.  Aku tak tahu apa yang dah rasuk fikiran dia sampai dia cakap benda mengarut.Hmm, walaupun kau selalu buli aku,  tapi aku percaya sebenarnya kau ni baik.  Aku yakin seorang manusia tu dinilai berdasarkan dirinya sendiri bukan sebab latar belakang. Maksud aku,  walaupun kau dari Black Dragon,  tapi itu bukan ticket untuk orang lain nilai kau dengan teruk. "

"Aku percaya kau gadis yang baik. Aku tahu kau dah berubah.  Kau bukan Chan Mi yang dulu. Seteruk manapun seorang manusia tu,  mesti ada kebaikan dalam hatinya walaupun sebesar biji sawi.  Dan aku percaya Taehyung buat keputusan yang tepat dengan memilih kau dalam hidupnya. Pedulikan apa yang orang cakap,  past is past. Tak ada orang yang layak untuk judge kau berdasarkan masa lalu kau sebab kau bukan lagi orang yang sama. Kau bukan lagi Chan Mi dari Black Dragon, tapi kau...kau dah jadi sebahagian dari The Kims."

Air mata yang ditahan jatuh mengalir di pipi.  Chan Mi menangis.  Kata kata Namjoon benar menyentak tangkai hatinya.

Ya. Dia dah berubah.

Dia bukan Chan Mi yang sama. Sebelum ini,tujuannya untuk bunuh Taehyung dan hancurkan The Kims. 

Tapi, sekarang itu bukan lagi kepentingannya.  Chan Mi sedar, dia takkan dapat apa apa jika dia masih berdendam. Jadi dia memilih untuk memaafkan mereka yang menyakitinya dan memberi peluang untuk merasa bahagia semula.

Namun sekali lagi,  harapannya musnah bila perkara tak dirancang berlaku. Penghinaan Seokjin tempoh hari masih kukuh diingatan. Tidak cukup dengan itu, ditambah pula dengan isu perempuan simpanan Taehyung.

Semuanya sangat menyakitkan hati!

Sekarang, Chan Mi tak tahu sama ada dia mahu kekal bersama The Kims atau tidak.

Jika keadaan makin teruk,  dia akan bawa diri tanpa memihak pada mana mana puak.  Dia mahu berseorangan dengan bayi yang bakal lahir ini. Dia mahu lupakan semuanya.

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now