HY : 40

1K 103 47
                                    

Kim Namjoon perlahan meneguk wine putih dari gelas kaca. Dia hanya duduk diam sambil memerhati dua orang manusia itu yang sedang bertekak.

"Yah! Tae jangan nak buat keputusan bodoh boleh tak?  Ingat kelakar ke? Perempuan tu keturunan Black Dragon!  Musuh kita sejak dulu.  Tae dah lupa ke apa? " amuk Seokjin seraya longgarkan ikatan tie di leher.  Dia rasa rimas.

"I don't care!  I love her!  Tae tetap dengan keputusan Tae untuk kahwin dengan dia dan jadikan dia isteri Tae yang sah." balas Taehyung tidak mahu kalah.

Ya. Itulah hasrat yang di ujarkan pada kedua abangnya.

Kim Namjoon hanya beriak biasa tapi Kim Seokjin pula mengamuk tak tentu pasal. Tak kira apa pun jadi,  Taehyung tetap dengan keputusannya.

Dia tetap mahukan Chan Mi untuk menjadi suri dalam hidupnya. Walaupun dia sedar yang Chan Mi akan membencinya,  tapi dia tiada cara lain. Dia tak mahu kehilangan gadis itu.

"Korang, bawa bertenang. Jangan bergaduh boleh tak! Benda boleh bincang." sampuk Namjoon yang diam dari tadi.

"Bincang apanya?  Kau tak dengar apa Taehyung cakap?  Dia nak kahwin dengan perempuan tu. " balas Seokjin masih tidak puas hati.

Taehyung merengus. Dengan sebal dia kalihkan muka ke tepi.  Tak mahu dia menatap wajah Seokjin yang menyakitkan hati.

Namjoon hela nafas berat.

"Sejak kau dapat misi ni,  aku dapat rasa semua ni akan terjadi.  Aku tahu kau akan jatuh cinta pada Chan Mi.  First,  aku tak nafikan dia memang cantik.  Second,  let me guess. Aku rasa kau dengan dia dah lebih dari kawan. Betul tak Taehyung? " kata Namjoon dengan maksud mendalam.

Wajah Taehyung ditatap.  Ada sesuatu tersirat di sebalik sepasang mata redup lelaki itu.

"Bwo?  Jangan cakap kau dengan dia dah.. " Seokjin tak mampu teruskan kata.  Dia terkejut.

"Nae, betul tu.  Tae dengan dia bukan setakat kawan lagi.  Hubungan kami dah jauh. And I don't want to lose her.  I need her in my life. " jujur Taehyung meluahkan rasa.

Biarlah hari ini dia bongkarkan semuanya. Hubungannya dengan Chan Mi,  tiada apa yang perlu dirahsiakan.

Dia sendiri gagal dalam misi ini. Dia akan bertanggungjawab. Taehyung tahu,  dia tak sepatutnya jatuh cinta pada gadis itu sewaktu mejalankan tugas. Tapi dia bukan Tuhan,  untuk tentukan takdir seseorang.

"Tapi Taehyung, kau lupa ke?  Kau dah bunuh Jungkook.  Kau rasa dia akan terima kau lagi setelah apa yang kau dah buat? " soal Namjoon.

Taehyung terdiam. Lama dia memikirkan kata kata Namjoon. Jujurnya, dia sendiri tak pasti tentang perasaan Chan Mi.  Mungkin hati gadis itu sudah berubah. Tidak sama seperti dulu.

"Tae akan cuba dapatkan hati dia balik. Tak kira apa pun jadi.  Tae akan jadikan dia milik Tae.  Sama ada cara kasar atau baik.   She will be mine. " kata Taehyung penuh tekad.

"Kau tak berubah, Taehyung.  Masih rakus dan kejam. " jeda Namjoon seraya tersengih.

"Haih, jadi apa yang kau nak kami buat? Kau sedar tak kedudukan kita terancam bila kau bawa dia masuk rumah ni. Dia tu cucu kesayangan Black Dragon.  Mesti puak tu tengah cari dia sekarang ni." Seokjin picit pelipisnya perlahan.

"Pasal tu, biar Tae uruskan. Cuma sekarang, Tae nak minta tolong hyung untuk uruskan document perkahwinan. Kalau boleh,  secepat mungkin.. "

"Wush gelojoh betul." Namjoon menyampuk dengan ketawa besar.

"Hyung diamlah!" marah Taehyung dengan muka yang sudah panas.

"Okay.  Aku akan uruskan pasal document.  Tapi,  majlis macam mana? Nak buat ke? " soal Seokjin.

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now