HY : 33

839 106 24
                                    

Taehyung merengus kasar.  Dia peluk tubuh bila rasa geram . Masuk kali ini,  sudah 3 kali dia kalah bermain teka teki dengan Jungkook.

Wajah Jungkook yang masih ketawa ditatap tajam. Sungguh bengkak hatinya mendengar tawa lelaki itu.

"Werkk..kau dah kalah. Ha, tunggu apa lagi? Bayarlah. Jangan segan segan." kata Jungkook dengan sengihan lebar.

Taehyung mencebik. Dengan tidak rela, penutup tabungnya dibuka.  Beberapa keping wang kertas diambil dan dikira sebelum diserahkan pada Jungkook.

"Satu.. Dua.. Tiga..haa cukup pun. Pandai juga eh kau mengira.  Ingatkan tak reti tadi.. " penuh berlagak Jungkook mengira duit pemberian Taehyung.

Taehyung mencebik. Tak guna punya Jungkook. Lelaki itu memang licik. Menyesal Taehyung bersetuju dengan permainan merugikan ini.  Tak pasal pasal dia kena korbankan duit simpanannya.

'Kesian kucing Tae.. Habis duit dalam perut dia Jungkook amik..' kata Taehyung dalam hati sambil memandang sayu tabung bentuk kucing yang didakapnya.

"Nak main semula tak?  Aku ada banyak lagi teka teki nak soal kau. Itupun kalau kau berani lah,  kalau agak agak rasa nak menangis tu,  baik kau berhenti je.  Nanti tak pasal Chan Mi belasah aku pulak sebab buli kau.." Jungkook tersengih nakal.  Sengaja dia berkata begitu untuk mencabar Taehyung. 

Taehyung terdiam. Dia mula memikirkan kata kata Jungkook. Haih,  kalau dia teruskan main,  kemungkinan besar dia akan hilang semua duit dalam tabungnya.  Tapi kalau tak main,  nanti Jungkook anggap dia pengecut.

Jungkook hanya memerhati dengan senyuman lebar. Tak sabar dia nak teruskan misi membuli. Haih,  kaya lah dia hari ni.

"Okay!  Tae setuju! Kita teruskan main! Tae akan pastikan Tae menang dan dapatkan balik duit Tae! " semangat Taehyung membara.

Dia nekad untuk kalahkan Jungkook tak kira apa cara sekali pun dan dapatkan semula haknya yang telah diambil.

"Okay, kita mulakan. " Jungkook ketawa suka.

Taehyung duduk tegak. Riak wajahnya serius. Dia perlu tumpukan perhatian.

"Ikan apa yang bila kita sentuh, dia berhenti? Ha jawab jawab.. " Jungkook mengasak dengan teka tekinya.

"Aaa.... " Taehyung pandang syiling sambil memikirkan jawapan. Berkerut kerut dahinya.

"Ikan keli? " teka Taehyung.

"Daeng!  Salah! "

"Ikan buntal? "

"Salah! Salah sama sekali! " Jungkook mula beria.

"Habis tu,  kalau semua salah. Apa jawapan dia? " Taehyung mula geram.

"Jawapan dia, ikan paus!( pause). Hahahha kalah lagi. Bayar bayar.. " Jungkook ketawa galak.

"Huh! Ish taknaklah main dengan hyung lagi. Benci! " dengan sebal Taehyung bingkas bangun dari duduk. Tabung kucingnya dipeluk erat. Tak mahu bayar duit kat Jungkook lagi.

"Oi ,kau nak pergi mana tu? Bayar duit aku dulu weh. " kata Jungkook sebaik Taehyung ingin keluar dari bilik.

"Taknak!  Hyung suka main tipu!  Tae nak mengadu kat kakak.  Hyung kejam!  Jahat!  Dan tak berperikemanusiaan! " kata Taehyung penun emosi.  Dia hampir menangis bila dibuli lelaki itu.

"Eleh, mengutuk aku konon.  Kau yang beria nak sambung main sangat kan." ujar Jungkook selamba.

Taehyung merengus kasar. Wajah Jungkook tak mahu dipandang lagi. Sakit hatinya dengan senyuman mengejek jejaka itu.

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Onde as histórias ganham vida. Descobre agora