HY : 43

1K 105 100
                                    

"Hati hati sayang, lantai licin ni. Tae taknak sayang jatuh. Nanti boleh mendatangkan kecederaan dan membahayakan keadaan baby. Tae taknak lah anak kita jadi apa apa pulak nanti. Sebab tulah Tae dah-"

"Boleh tolong tak?" Chan Mi terus mencantas bebelan lelaki itu.

Taehyung terdiam. Wajah Chan Mi dicari. Wah, akhirnya gadis itu mahu juga bercakap dengannya.

"Tolong apa sayang? Cakap je apa sayang nak, Tae akan buat! " Taehyung tersenyum manis.

"Tolong diam." kata Chan Mi disusuli jelingan tajam. Dia terus mendaki anak tangga dengan sebal.

Sudahlah dipaksa tinggal di sini sebab Taehyung berkeras tak bagi dia balik. Dan sekarang, dia kena hadap bebelan lelaki itu pula. Dari hospital sehingga ke rumah Taehyung tak berhenti membebel.

Ergh, merimaskan.

Taehyung terkedu. Senyumannya terus mati dengan permintaan Chan Mi. Dia mengeluh perlahan seraya melihat susuk gadis itu ke tingkat atas.

"Eo? Taehyung? Bila balik? " tegur Namjoon yang baru keluar dari bilik bacaan. Di tangan lelaki itu terdapat sebuah buku sederhana tebal.

"Baru je sampai. Hmm, hyung tak kerja ke hari ni? Sunyinya rumah, Seokjin hyung mana? " soal Taehyung sambil mengikut langkah Namjoon ke dapur.

"Haah. Hari ni hyung off. Rasa tak sihat nak kerja. Jadi, Seokjin hyunglah yang handle office." ujar Namjoon sambil menuju ke kabinat.

"Lagipun, tak lama lagi dia balik la tu. Rasanya Seokjin hyung singgah beli barang masak. Katanya craving nak makan pasta. Maklumlah hari ni dia agak stress sebab ada masalah sikit dengan syarikat." sambung Namjoon yang sedang sibuk membancuh air.

Taehyung mengangguk faham. Seokjin memang macam tu, kalau stress atau sedang ada masalah, lelaki itu memilih untuk makan.

"Ouh lupa pulak nak tanya, ermm.. 'dia' dah balik ke?" Namjoon tiba tiba berbisik perlahan.

Taehyung terkebil kebil dengan kelakuan lelaki itu. Wush, Namjoon hyung ni memang takut betul dengan si Chan Mi.

"Nae...Tae baru je ambil dia dari hospital tadi."

"Ha? Jadi maksudnya dia ada kat atas la?"

"Hurmm yup. Dia tengah berehat dalam bilik Tae. Lagipun dia masih lemah. Doktor pesan supaya dia banyakkan rehat dan makan makanan berkahsiat." kata Taehyung sambil menghirup perlahan kopi yang dibancuh Namjoon.

Namjoon diam. Dia garu kepala yang tidak gatal. Wajah si adik dipandang lama. Ada sesuatu yang ingin dia cadangkan.

"Err Tae...Tae memang nak dia tinggal sini ke? Jangan salah faham. Hyung cuma tanya je sebab Tae tahukan yang Seokjin hyung tak ngam dengan dia? Hyung kalau boleh, nak elakkan peperangan berlaku.. " kata Namjoon.

Taehyung diam memikirkan perkara itu. Ada betulnya juga apa yang Namjoon kata.

"Tae akan fikir dulu macam mana. Kalau keadaan tak sesuai, Tae sendiri akan bawa dia keluar nanti...Tae faham Seokjin hyung tak suka dia. Tae pun kalau boleh taknak Chan Mi stress, ianya tak baik untuk perkembangan baby. " balas Taehyung.

Kring Kring

Tersentak dua beradik itu bila telefon bimbit Taehyung menjerit nyaring tanda panggilan masuk.

"Nae, ada apa? " panggilan terus dijawab.

"Bwo?! Dia dah sedar?! Bila? Okay okay, saya datang sekarang! " panggilan terus dimatikan.

Taehyung kelihatan panik. Kunci kereta dicapai laju. Dia berlari anak ke muka pintu.

"Yah Taehyung! Nak pergi mana?" Namjoon memekik kuat dari dapur.

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now