HY : 17

887 103 8
                                    

"Apa dah jadi sebenarnya?" kerusi di tepi katil hospital ditarik. Yoongeh melabuhkan duduk.

Matanya menatap sayu pada Jungguk yang mengelamun.  Wajah lelaki itu kosong tanpa riak.

"Aku takut...aku dapat rasakan dia tengah buru aku.Dia...dia nak bunuh aku Yoongeh!  Dia nak bunuh aku!  Aku takut!! " tiba tiba Jungguk menjerit.

"Yah!  Bertenanglah! Jangan macam ni.. " kelam kabut Yoongeh menahan Jungguk dari terus mengamuk.

"Woi Jeman!  Cepatlah masuk bodoh!  Kau buat apa kat luar tu lama lama!  Nanti nanti jelah mengorat awek kat luar tu! Kawan kau dah nazak dah ni!" sekuat hati Yoongeh memaki Jeman yang masih menjual minyak di luar wad Jungguk.

"Ah? Errr saya masuk dulu tau. Si gila tu dah panggil. Nanti saya call, kita otp eh.  Byebye! " sepantas kilat Jeman meminta diri. Meninggalkan gadis yang sedang dia tackle sebentar tadi.

"Ha ada apa Yoong?  Kemain kau menjerit.. " kata Jeman selamba dengan senyuman di bibir. Kepalanya masih memikirkan gadis jelita tadi.

"Yah! Sebelum aku bunuh kau baik kau pergi panggil doktor sekarang!  Jungguk mengamuk ni!  Kau buta ke apa?!"

"Ah? " Jeman bagai tersedar.  Matanya beralih pada Jungguk yang sedang mengamuk. 

Habis berterabur bantal di lantai. Cadar katil juga sudah berselerak dikerjakan. Terkebil kebil Jeman jadinya.

"Woi! Aku suruh kau panggil doktor bukan termenung jadi patung cendana kat situ!  Aishhh!!!  Kang ada jugak orang berjalan guna kepala jap gi! Kau jangan buat aku hilang sabar Jeman! " sekali lagi Yoongeh memaki.

Geram melihat Jeman yang masih terkulat kulat. Lembab macam siput!

"Aa... Okay okay!  Sekarang juga aku cari doktor! " sepantas kilat Jeman keluar dari wad Jungguk.

"Lepas!!  Lepas!!!  Aku nak larii!!  Aku takut!!  Dia nak bunuh aku!!" jeritan Jungguk bergema.

"Aishhh! Ni sorang lagi! Diamlah!  Dahlah menjerit tepi telinga aku!"

"Lepaslah!!!!! " Jungguk hilang kawalan.  Pantas tangan Yoongeh yang menahannya digigit sekuat hati.

"WAAARGHHHHHH!!!! SAKIT LAH WOIIII!!!  LEPASKAN TANGAN AKU!!!!! "

Apa lagi,  melalak lah Yoongeh jadinya.  Terkeluar air mata jantannya hasil penangan Jungguk.  Dan Jungguk masih tidak mahu lepas,  malah makin dikuatkan gigitannya.

"SESIAPA TOLONG!!!!! "

Sayup sayup kedengan jeritan malang milik Yoongeh. Kesakitan dari gigitan Jungguk bukan sebarangan,  bagai mahu tersiat kulitnya digigit lelaki itu.

_________________________________________

"Banyaknya kereta polis kakak... " terlopong mulut Taehyung sewaktu kereta mereka melintas di sebuah rumah.

Chan Mi yang sedang memandu hanya mengerling sekilas pada rumah yang Taehyung maksudkan. Senyuman sinis terbit di bibir seraya membetulkan cermin mata hitamnya.

"Haah. Semalam kakak dengar ada kes terjadi kat rumah tu. Owner rumah tu kena tikam. " kata Chan Mi selamba.

Terkalih kepala Taehyung . Wajah Chan Mi dipandang.

"Apa maksud kakak?"

"Owner rumah tu kena tikam..orang kampung kata ianya kes pecah rumah dan-"

"Kakak ke yang buat? " potong Taehyung tanpa sempat Chan Mi habiskan biacaranya.

streetttt!!

Berdecit tayar kereta bila Chan Mi ne ekan brek mengejut. Wajah Taehyung terus dicari.

Mereka bertatap lama. Masing masing diam. Baik Chan Mi mahupun Taehyung, kedua mereka sedang serius ketika ini.

"Hahahaa... " tiba tiba Chan Mi ketawa.  Cermin matanya dibuka.

"Kenapa kakak ketawa? " Taehyung mula bertukar riak.

"Kelakarlah Tae ni.. Tak mungkin lah kakak yang buat. Owner rumah tu pun kakak tak kenal.  Lagipun kes ni berlaku semalam,  bukan ke kakak dah cakap semalam kakak ada kat rumah je. Masih tak jelas?"

"Itu rumah Jungguk kan? Lelaki yang buli Tae haritu?  Betul tak kakak? " soap Taehyung lagi.

Terdiam Chan Mi jadinya. Macam mana Taehyung tahu?!

"Tae nampak Jeman ada dengan abang polis tu tadi.  Kenapa kakak diam?  Jadi betulla itu rumah Jungguk?" Taehyung makin mendesak.

"Yah! Diamlah! Aku tak buat apa apa pun kat dia!  Aku tak sempat bunuh dia pun! Lagipun memang patut dia dapat semua tu lepas apa yang dia dah buat pada kau!!" Chan Mi hilang sabar.

Tanpa sedar,  dia meninggikan suara pada Taehyung sekaligus memecahkan rahsianya sendiri.

"Kakak tipu Tae? Kenapa kakak tergamak buat semua ni?"  mata Taehyung berkaca.

Jujur dia kecewa dengan sikap Chan Mi.

"Diam Taehyung..jangan bagi aku hilang sabar.. " Chan Mi mula menekan pedal minyak.

Kereta dipandu menyusur jalan kampung semula.  Moodnya sudah hancur. Jadi buang masa sahaja dia nak bawa Taehyung bersiar siar di bandar,  lebih baik mereka balik.

"Tae kecewa dengan kakak.. " serentak itu empangan mata Taehyung pecah.

Air matanya mengalir membasahi pipi. Dia kecewa. Pandangan dibuang ke luar tingkap. Wajah Chan Mi tidak lagi dipandang.

Chan Mi menghela nafas kasar. Perlahan dia mengambil nafas cuba menenangkan diri.

Matanya mengerling Taehyung di sebelah,nampak lelaki itu sedang teresak perlahan.  Taehyung duduk membelakanginya.

Chan Mi diam. Dia tahu keadaan semakin keruh sekarang.  Lebih lagi bila Taehyung tahu dialah yang menyerang Jungguk malam semalam.

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now