HY : 15

882 107 2
                                    

"Woi!  Gitar aku tu!  Bak balik!" Jeman cuba merampas semula gitar miliknya dari pengangan Yoongeh.

"Ish!  Diamlah kau si kenit. Aku nak pinjam jap. Tengah pishang ni. Ntah apahal tah,  bosan betul lepak malam ni. " sempat Yoongeh memerli dihujung ayat. Matanya mengerling Jungguk yang termenung di hujung meja.

Sekarang mereka bertiga sedang melepak di warung kampung. Itu lah aktiviti mereka setiap malam. Membuang masa dengan melepak.

"Tu la pasal. Sejak kes si cacat tu,  tiba tiba kita semua jadi sendu."

"Bukan kita. Tapi tu, ketua kau si Jungguk tu,  tiba tiba sendu sesorang malam ni. Aku okey je takde masalah." Yoongeh mula memetik guitar.

Jeman garu kepala. Kepalanya beralih ke arah Jungguk.  Memang betul apa yang Yoongeh bilang, Jungguk tengah sendu.

Tengoklah lelaki tu sekarang,  sedang termenung menghadap laut. Langsung tiada tanda dia berminat menyertai mereka lepak malam ni.

"Oi.. Kau kenapa? Macam ada something je? " tegur Jimin sebaik mendekati.

"Ah? Takde apa.  Aku okey je." Jungguk tersentak dengan teguran itu.

Cepat cepat dia membuang pandangan ke arah lain.  Tidak mahu Jeman dari terus menatap wajahnya.

Perasaannya dari siang tadi langsung tidak tenteram sejak kes mereka membuli Taehyung. Lebih lagi dengan renungan maut gadis itu,  entah kenapa dia takut dengan jelingan penuh mesej itu. Dia dapat rasakan ada sesuatu buruk akan terjadi.

Tapi entahlah..mungkin itu hanya mainan perasaannya sahaja.

"Kau tak pernah macam ni tau. Jungguk kau ada masalah ke? Asal mood kau teruk sangat malam ni? Aku perasan dari siang tadi, lepas kita buli si cacat tu,  sejak tu kau terus lain."

"Aku cakap aku okay je kan?!  Kau tak faham ke?  Aku okay! Tak de apa yang kau perlu risau!" tiba tiba Jungguk melenting.

"Oi.. Relaxla.. Apahal kau ni tiba tiba nak marah.. " Yonggeh berhenti bermain guitar.

"Kau diamlah! Rimaslah aku dengan korang ni!  Memekak je!  Dahlah, aku balik dulu. " tanpa kata Jungguk terus menghidupkan enjin motosikalnya.

"Meroyan ke apa dia tu? Tiba tiba je melenting dah kenapa." kata Yoongeh.

Jeman angkat kedua bahu tanda dia tidak tahu apa apa. Dia sendiri pun confius dengan mood ketua mereka malam ni. Kelibat Jungguk dipandang. Motosikal itu sudah semakin jauh meninggalkan mereka berdua.

"Sial laa! " sebaik sampai di rumah,  Jungguk terus mencapak kasar kunci motornya ke atas meja.

Wajahnya diraup kasar.  Nafas berat dihela.  Dia cuba bertenang,  tapi tak boleh!

Pap!

Tiba tiba sumber elektrik rumahnya terputus. Ruang tamu gelap gelita tanpa cahaya. 

"Aish..apahal pulak ni. Takkan letrik kena potong kot. Aku dah bagi duit kat Jeman suh bayar bill.  Takkan dia lupa bayar lagi." Jungguk membebel sendiri sambil cuba meraba telefon bimbit dalam poket seluar.

Setelah jumpa,  Jungguk membuka spotlight,  perlahan dia melangkah mendekati kotak elektrik rumah.

Dia memang dah arif dengan situasi ini, banyak kali juga ia terjadi kerana Jeman lupa bayar bill.  Dia dan Jeman tinggal serumah dan mereka bujang. Manakala Yoongeh pula tinggal bersama keluarga.

"Aishh.. Budak ni memang tak boleh harap.. " bebel Jungguk seraya cuba membuka kotak itu.

Zapsss!!

Seseorang melintas dibelakang mengejutkan Jungguk.

"Si..siapa tu?! " dia mula menyuluh secara rawak ke semua tempat.

Peluh mula menghiasi dahi.  Jantungnya berdebar kuat. Dia yakin!  Ada seseorang melintas dibelakangnya tadi.

Krang!!!

Bunyi pinggan pecah dari arah dapur menyebabkan Jungguk pantas menoleh.  Liur diteguk kesat sambil melangkah perlahan.

"Je.. Jeman!  Kau ke tu?!  Jangan main main lah! Tak lawak tau tak! "

Jungguk memberanikan diri melangkah. Dia memandang kanan dan kiri sebaik tiba di dapur.

Namun, alangkah terkejutnya sebaik dia menyuluh ke hadapan, ada seseorang sedang duduk bersilang kaki di pinggir meja makan sambil memandang tajam ke arahnya.

"Arghh!!!!!  Siapa kau?!!!! " langkah Jungguk terundur ke belakang.

"Ja.. Jangan dekat!!!!  Kau siapa ha?!!  Macam mana kau masuk rumah aku?! " Jungguk mula takut.

Matanya membulat sebaik sedar manusia berpakaian serba hitam itu turut memegang pisau. Berkilat permukaan pisau itu bila disuluh cahaya. Membuktikan ketajaman pisau itu.

Zap!

Tanpa amaran, mata pisau itu kini sudah terbenam di kaki kanan Jungguk. Pergerakan itu sangat laju dan dia tidak sempat mengelak!

"Arghhhh!!!! " jeritan Jungguk bergema kuat.

Dia terduduk memegang kakinya yang sudah berlumuran darah. Lantai kayu rumah mula basah dengan darah segar. 

"Arghhh jebal... Berhenti.. Berhenti... " dia mula mengesot cuba melarikan diri bila susuk hitam itu mendekati.

Manusia terpakaian hitam itu langsung tidak bersuara.  Bagaikan bayang yang bergerak di dalam gelap,  tindakannya laju dan tangkas.

"Arghhh!!!! " Sekali lagi,  Jungguk menahan seksa bila pisau itu ditarik keluar dari kakinya.

Berdesing telinganya,  bila dia dapat mendengar dengan jelas isinya dihiris pisau tajam itu. Pergerakan pisau pula perlahan seolah sengaja ingin menyeksa.

"Arghh jebal... Tolong jangan bunuh aku.. Tolonglah, aku merayu... Tolong... " dia mula lemah.

Air mata mengalir deras di pipi. Namun,  suara Jungguk bagai tersekat di kerongkong sebaik dia melihat pisau itu sudah terangkat,  hanya menunggu masa terbenam membelah jantungnya.

"Jungguk!!!!"

Suara Jeman kuat kedengaran diluar rumah. Ia berjaya menghentikan manusia berpakaian hitam itu dari membunuh Jungguk.

Tanpa menunggu lama,  manusia serba hitam itu terus melarikan diri melalui tingkap dapur.

"Yah!!!  Jungguk ahhh!!! "

Hanya jeritan Jeman dan Yoongeh kedengaran bersama silauan cahaya sebelum semuanya gelap. Jungguk terbaring tidak berdaya.

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora