Bab 52

459 15 0
                                    

5 bulan berlalu...

Hazel termenung jauh di balkoni.Dia tersenyum melihat pemandangan di depan matanya.Terasa lapang hatinya.Udara yang dingin menyapu lembut wajahnya.Dia tersenyum melihat pergerakan awan dan burung yang berkicauan..

Ok stop.

Hazel tak senyum pun.Wajahnya muram.Dia mengeluh.Dan sekarang ni malam mana ada burung berkicau

Dia kemudian disapa dari belakang.

"Tu mengeluh tu kenapa tu?Tak pernah pernah aku dengar kau mengeluh before this"

Hazel menoleh ke belakang sebelum senyuman kecil di berikan buat Aisyah yang mengambil tempat di kerusi di hadapan Hazel.

"Mana ada.Entah hantu mana mengeluh dekat telinga kau sedap sedap nak tuduh aku"gurau Hazel

"Ha kau lah hantu nya hanat.Dengan rambut panjang kau tak berikat,duduk dekat balkoni.Kau memang nak orang sakit jantung ke bila dongak atas nampak cik ponti kat beranda?"perli Aisyah.Mana taknya,rambut Hazel yang panjang melebihi bawah punggung dibiarkan tidak berikat.Duduk pulak dekat beranda kondominium di tingkat 10.

Hazel tersengih buat muka tak bersalah.

"Hehehe,alah tu modal kau nak suruh aku potong rambut kan?Sorry jawapannya tak"kata Hazel tegas.Sudah banyak kali dia dapat nasihat untuk potong rambut sebab terlalu panjang.Jawapan dia senang je

"Biarlah,penat aku jaga lepastu nak suruh potong gitu je?No way."

Aisyah tersenyum nipis.Macam tahu tahu je..Namun sekejap je senyum nya menyinggah sebelum di ganti dengan riak serius.

"But still,aku dengar kau mengeluh tadi.Kenapa?Cerita lah kat aku mana tahu boleh tolong ke.Hurm..ini mesti pasal 'Zaf' kau tu kan?"teka Aisyah.Hazel seringkali bercerita pada dia tentang jejaka bernama 'Zaf' yang menjadi penyebab Hazel membawa diri sampai ke Singapore.

Hazel tersenyum kelat.

"Entah la weh.Jujur aku cakap,sampai sekarang aku still sakit hati dengan dia.Dia tipu aku banyak sangat.Pasal tunang aku pulak tu.Tapi,aku..aku still suka dia."jujur Hazel malu malu.

Lima bulan dia berada di Singapore,tipulah kalau dia kata dia tak rindu kawan and family dia dekat Malaysia.Cumanya dia masih lagi tak ready untuk balik Malaysia untuk berdepan dengan Tengku Zairul.Walau sudah lima bulan berlalu rasa sakit hatinya masih ada.Sakit hati kerana ditipu hidup hidup.Dia cuba untuk memaafkan Tengku Zairul namun setiap kali dia cuba,setiap perbualan antara Tengku Zairul dan perempuan tersebut akan terlayar kembali dalam fikiran

"Dan...apa agaknya perasaan dia kalau dia tahu yang awak dah lama tahu pasal 'best friend' dia yang simpan dendam dengan dia sampai dia kehilangan tunang sendiri tapi tak pernah nak bagitau dia?Belum part yang orang suruhan yang awak hantar tu rupa rupanya orang yang sama best friend dia upah untuk bunuh tunang dia sendiri?"

"That's my secret!Kau siapa nak sibuk hal aku ha?!"

"Kau dengar tak ni?"suara Aisyah mematikan lamunan Hazel.Dia terkebil kebil

"Ha?"

"Ya Allah,just sebab lelaki kau  dah jadi mcam ni?Mengeluh lepastu termenung tak tentu pasal?Mana Hazel aku dulu yang jenis tak kesah pasal orang lain?Hilang dibawak angin ke?"sindir Aisyah.

Hazel tertunduk malu.Dia menggenggam bajunya sendiri.

"Erm..kau cakap apa tadi?"tanya Hazel perlahan

Aisyah menggeleng perlahan.Hanya kerana lelaki,Hazel yang dulu hilang.Dia tak tahu mana pergi Hazel yang tak pernah tunjuk kesedihan dia kat orang,Hazel yang happy go lucky dan Hazel yang tak tahu malu.Dia tak pernah menunjukkan rasa malunya pada orang kecuali  hanya disimpan namun kini semuanya hilang.

"Aku tanya,why don't kau balik je Malaysia,jumpa dia elok elok and ask him for explanation.Maybe apa yang kau fikir tak sama dengan apa yang jadi"kata Aisyah secara lembut

"Ye aku tahu dia sendiri mengaku yang apa minah tu cakap semua betul but maybe,dia ada reason sendiri?"kata Aisyah apabila Hazel cuba bercakap.Dia kemudian menyambung lagi

"Or maybe,tunang kau sendiri yang mintak dia buat semua tu without you knowing?"

"No way"sanggah Hazel

"That is WHY,aku suggest kau untuk jumpa dia tanya dia balik.Lepas tu kalau kau still rasa macam dah tak nak dengan dia ke apa,tu hak kau.Just jumpa dia and tanya baik bai.Tak mati pu.Better dari terus lari.Apa yang kau buat sekarang ni just lari dari masalah.Bukan selesaikan.Macam ni ke cara kau hadap setiap problem kau?Lari?"tanya Aisyah tegas.

Hazel diam seribu bahasa.Lambat lambat dia menggeleng.

"Ha,kalau macam tu,kau balik Malaysia,jumpa dia.Selesaikan masalah antara korang.Kau pun cakap kau still suka dia kan?Then tunggu apa lagi?"nasihat Aisyah kalini sedikit lembut.

"Tengok la macam mana.Maybe next week aku balik"kata Hazel masih ragu  ragu dengan keputusan dia sendiri.

"Aku bukan nak halau,but better kau balik in this week.Mana tahu kau balik lambat dia dah tunang dengan orang lain ke?Nanti yang merana kau jugak dia rilek je dengan tunangnya"hasut Aisyah.Dia bukan tak suka Hazel disini cuma dia rasa seperti perkara serius seperti ini tak patut dilambat lambatkan.

Hazel diam seketika.

"Kalau macam tu lusa aku balik.Esok aku nak bagi packing and jumpa member"putus  Hazel.

Aisyah  mengangguk puas hati.

"Macam ni baru Hazel aku kenal"

Hazel tersenyum.

*******

Tengku Zairul bermain main dengan pen di tangannya.

Sekejap di hayun,sekejap di ketuk pada meja,sekejap ditekan.

Dia akhirnya meletakkan pen bila dia merasakan yang dirinya tidak lagi boleh fokus dengan kerja di depan nya.

Tok tok

"Masuk"

"Erm bos jom pergi lunch bos dah pukul 1 dah ni"ajak Liana ceria.Liana adalah PA Tengku Zairul yang baru.

Sorry to say,dia gedik.

Tengku Zairul menjeling.Bukan dia tak tahu si Liana ni suka dekat dia.

"Kau ni kalau bab makan laju je bila suruh buat kerja tu aku mintak pukul 10 pukul 2 baru kau bagi"sindir Tengku Zairul tajam

"Alah boss sapa je tak semangat bab makan?"dalih Liana

"Eh orang lain pun makan jugak bukan macam kau.Dah keluar pergi la makan dengan kawan kau sibuk ajak aku buat apa?"halau Tengku Zairul

"Alah kalau dengan Hazel tu boleh je"perlahan namun sampai ke telinga Tengku Zairul

Dia tersenyum sinis.Dia tahu semua orang jealous dengan Hazel kerana selalu dapat meluangkan masa dengan dia

"Dia awek aku,kau siapa?"tanya Tengku Zairul.

Liana diam.Hazel awek boss?Alamak,dia dah salah cakap la ni?Melepas.

"Alah boss ni ajak makan pun susah saya keluar dulu lah"Liana terus keluar.Dah malu lah katakan

"Baguslah dari menyemak kat sini.Tak ada kerja nak ngorat orang.Tak malu ke?"rungut Tengku Zairul sendirian.

Dia kemudian mengeluh.

Dia teringatkan Hazel.Mana agak nya dia sekarang?

Sudah banyak tempat dia cari,dia sanggup keluarkan banyak duit upah Jay cari Hazel namun hasilnya hampa.Dia tak jumpa Hazel dimana mana.

Dia rindukan Hazel.

Where you go girl?I miss you so damn much

Dia meraup wajahnya sendiri.Sampai bila dia nak jadi macam ni?Sudah lima bulan Hazel tinggalkan dia,kenapa dia masih berharap?

Dia sendiri tak pasti.

Apa yang dia sangat pasti,dia tak akan putus asa untuk mencari Hazel dan tiada siapa yang boleh ganti tempat Hazel

No one.

Nak tanya,cita ni ok ke ko ? :|

End Of Love ✓Where stories live. Discover now