Bab 21

654 17 0
                                    

"Please don't leave me"

Hazel di belakang pintu wad hanya mampu mengalirkan air mata mendengar suara Syamil merayu memanggilnya kembali.

Hazel menekup mulut untuk menghalang dari mengeluarkan suara.Suara Syamil seperti serak-serak.Syamil menangis?Dia tak sanggup untuk berdiri di situ.Dia terus meninggalkan tempat tersebut dengan menundukkan kepala tanpa menyedari dia sudah berselisih dengan Tengku Zairul.

Tengku Zairul yang mula mula tak perasan kerana leka bermain telefon terpaku.Dia seperti kenal bau minyak wangi orang yang baru sahaja berselisih dengan nya.Dia menoleh.Dia tak nampak sesiapa pun yang nampak seperti Hazel.Perasaan aku je kot.Bukan Hazel sorang pakai minyak wangi tu.Getus Tengku Zairul lalu menyambung langkah.

Sampai sahaja di depan pintu wad,dia mendengar suara seseorang menangis.Dia menekup telinga ke pintu untuk mendengar dengan lebih jelas. Sah dari bilik ni.Tak kan Syamil?Mamat tu mana pernah nak menangis. Dia pandang pintu wad, dia pandang sekeliling.Aku tak salah tingkat,tapi serious la Syamil yang menangis?Tak suka buat andaian,dia terus saja masuk ke dalam wad dan terpaku.

Dari pintu wad dia boleh nampak Syamil menangis.Dia segera mengambil tempat di sisi Syamil.

"Wei asal wei?Tak pernah pernah kau menangis.Tiber hari ni menangis.Asal?"mata merah,muka lesu.Itu apa yang dia nampak di muka Syamil sekarang.

"Hazel"
"Ha?"
"Hazel tinggalkan aku."
"Di..dia tinggalkan kau?Means dia dah putus dengan kau?Kau biar betul?"
"Maksud aku dia tinggalkan aku.Dia tak nak datang sini dah after this."
"Tapi kenapa?"
"Sebab aku tak nak terus terang dekat dia pasal penyakit aku"

Tengku Zairul terus terduduk di kerusi dan mengeluh kasar."Aku dah cakap awal awal kan jangan sorok benda ni dari Hazel?Kau kena faham perempuan ni kita sorok apa pun bila dia dapat tahu cara dia layan kita macam kita dah curang dengan diorang.Kau tak nak dengar.Sibuk dengan 'tak nak sesiapa sedih kau' tu.Tengok sekarang apa jadi?Haih"

Dah berbuih buih mulut Tengku Zairul nasihat Tengku Syamil.(selama ni dok pakai 'Syamil' je ada jugak yang sis lupa dia Tengku🙈)Jangan sorok benda ni tapi nak jugak disorok.Kan Hazel merajuk.Siapa nak pujuk?

"Aku tak nak dia sedih je.Cuba kau bayangkan,first time dia tengok aku macam ni dia dah pengsan,2 minggu aku terlantar,dia dah sampai bengkak mata macam tak boleh bukak dah.Sebab apa?Sebab menangis banyak sangat.Cuba kau bayangkan kalau dia tahu pasal penyakit aku?"

"Habis tu cuba kau fikir apa jadi kat dia bila kau dah tak ada?At least kalau dia tahu sekarang,dia always ada dengan kau.Sekarang?Apa pun tak ada.Belum apa dah tinggalkan kau macam tu je."balas Tengku Zairul.

Syamil terdiam.Tak tahu nak cakap apa.

"Dah la kau heret aku sekali tipu dia.Kau nak suruh aku jaga dia tapi in the same time kau ingat dia nak dekat dengan aku yang dah tipu dia?Mimpi lah"Tengku Zairul mendengus.Dia kenal Hazel.Hazel paling pantang penipu.Lagi lagi kalau yang ditipu tu dia sendiri.

"Aku malas nak nasihat kau,kau pun dah besar so fikir sendiri la eh.Aku tak nak campur"Tengku Zairul sudah ingin berlalu sebelum Syamil berkata

"Kau jangan berani berani nak bagitahu apa apa dekat Hazel."

Tengku Zairul mengeluh.Mamat ni degil nauzubillah."Suka hati kau".

Tengku Syamil hanya melihat tubuh Tengku Zairul menghilang disebalik pintu.

*******

"Weh Hazel jawab la phone tu!Bising gila"marah Mai.Mana tak,ni dah masuk kali kelima phone Hazel berbunyi tanda ada orang call.Kalau lagu kpop ke lagu ballad ke okey la jugak.Ini lagu rock.Bising gila.

End Of Love ✓Where stories live. Discover now