Part 42

471 17 0
                                    

Hari ini Hazel akan masuk kerja semula.Dia pun melangkah keluar setelah yakin dengan penampilannya.Sedang dia melangkah dan melalui dapur dia terserempak dengan Icha.

oh gosh.Ini aku malas nih nak bersoal jawab dengan dia.

"Kau nak pergi mana ni?"tanya Icha sambil memandang Hazel atas bawah.

"pergi kerja"

"seriously?kau dah okey ke?I mean,kau OKEY ke?"sengaja Icha menekan kan perkataan 'okey'

"eh eh kau dah pandai sekarang nak perli aku eh?siapa ajar?"balas Hazel

"Kaulah siapa lagi?"Hazel terdiam.

"ok disebabkan aku tak nak hilang mood pagi pagi ni,let me tell you this.Im okay,everything is fine and I need to go.Bye."pamit Hazel

"are you serious?"

Hazel menoleh kemudian tersenyum sinis

"I'm fucking serious"Hazel kemudian menoleh kembali dan mengambil kasut tingginya dari rak sebelum menghilang ke dalam perut kereta.

Icha tersenyum senang.

"Kalau dah sampai all the time mencarut tu dah okey la tu."Dia kemudian masuk semula ke dapur nak sambung makan Koko Krunch.

*******

Hazel melangkah masuk ke pejabat tanpa mempedulikan mata mata yang memandang.Masuk sahaja ke dalam pejabat Tengku Zairul,dia dijamu dengan susuk tubuh Tengku Zairul yang menunduk memandang semua kertas kerja dihadapannya tanpa mempedulikan Hazel yang masuk.

"Erm ada apa Zu?"Hazel diam.Dia tahu Zu yang dimaksudkan adalah Zurina kerani yang menggantikan nya sementara sepanjang ketiadaan dia.

"Zu kalau tak ada apa baik kau jangan masuk aku busy ni."aura garang Tengku Zairul keluar bila tak mendapat balasan walaupun dapat dirasakan orangnya masih tercegat di depannya.

Hazel menarik nafas dalam kemudian dihembus.Dia kemudian menarik senyuman yang sangat manis.Khas buat Tengku Zairul seorang.

"Hi"

Dilihat tangan Tengku Zairul yang sedang memegang pen terhenti.Jeda selama lima saat sebelum Tengku Zairul mendongak memandangnya.

Hazel masih dengan senyumannya menunggu sahaja tindakan Tengku Zairul yang seterusnya.

Apabila dilihat Tengku Zairul bangun perlahan lahan dan melangkah ke arah dirinya,dia hanya sabar menunggu.

Senyumannya mati apabila Tengku Zairul berdiri betul betul di hadapannya.Dia cuba berlawan mata dengan Tengku Zairul yang masih tidak berkata apa apa selain merenungnya namun gagal.Dia akhirnya menunduk.

Kemudian terasa ada tangan kasar yang memegang dagunya dan menariknya lembut membuatkan dia mendongak semula memandang tepat ke dalam mata coklat milik Tengku Zairul

Dia memberanikan diri untuk senyum.Belum sempat dia ingin membuka mulut,dia terkaku.

Bau minyak wangi Hugo Boss kepunyaan Tengku Zairul kini memenuhi rongga hidung Hazel,hembusan nafas Tengku Zairul begitu dekat dengan lehernya namun dia tidak mampu berbuat apa apa kerana dia kini dalam pelukan Tengku Zairul

Hazel kaku.Buat pertama kali dia dipeluk oleh seorang lelaki.Even abangnya pun tak pernah memeluknya.Namun dia tidak mampu untuk menolak Tengku Zairul kerana terlalu terkejut

Hazel kemudian tersedar akan fitnah yang akan timbul jika orang melihat mereka dalam keadaan begitu.Baru sahaja dia ingin meleraikan pelukan Tengku Zairul namun terhenti apabila Tengku Zairul mengeratkan pelukan dan berkata

End Of Love ✓Where stories live. Discover now