Bab 16

677 27 0
                                    

Syamil merenung dokumen dari hospital yang dia dapat pagi tadi.Speechless.Dia cuba untuk tidak menangis tapi air mata tetap nak keluar.Syamil terduduk melihat keputusan pemeriksaan kesihatannya.Keputusan yang sangat tidak dijangka.Sudah terimbas di mata nya keadaan Hazel kalau dia tahu berita ni, mengenangkan mereka akan bertunang dan reaksi keluarganya.

Tak,diorang tak boleh tahu pasal benda ni.Aku tak nak diorang sedih.Lagi lagi Hazel.Tapi macam mana aku nak sorokkan benda ni?Tak selamanya aku boleh sorok benda ni dari semua orang. Syamil bermonolog dalam hati.Dia sangat gelisah ketika itu.Dia kena bagitahu someone pasal benda ni.Tapi siapa?

Zairul.

*******

"Kau serius la weh?"tanya Zairul nak kan kepastian dari Syamil.
Syamil menghulurkan dokumen untuk dipastikan sendiri oleh Zairul.Zairul ambil dokumen tu dan meneliti semuanya.Dekat dokumen tu menyatakan yang Tengku Syamil ada barah otak tahap 3.Harapan untuk hidup hanya 50-50.

"Kau dah bagitahu Hazel?Dah bagitahu family kau?"tanya Zairul.

"Tak.Aku tak nak diorang risau.Lagi lagi Hazel.Mesti dia sedih."jawab Syamil.

"Kau tak boleh macam ni,kau kena bagitahu diorang.Cuba kau bayangkan reaksi diorang kalau diorang tak tahu apa apa pasal penyakit kau,tahu tahu kau dah..dah takda?"perit untuk Zairul untuk menyatakan perkara tersebut.

Syamil terdiam.Dia sebenarnya tak tahu macam mana nak terangkan kat keluarga dia pasal penyakit dia.Sangat susah.

"Aku sebenarnya,tak tahu and tak sanggup nak bagitahu diorang."terang Syamil.

Zairul mengeluh.Dia tahu berat untuk Syamil untuk terangkan pasal semua tu.Tapi nak tak Syamil kena buat jugak.Dia kena fikirkan berapa banyak hati yang dia akan kecewakan kalau dia terus senyap pasal perkara tu.Lagi lagi Hazel.Dia dapat bayangkan Hazel akan kecewa teruk.Mesti dia sedih sebab dia tak dapat bersama dengan Syamil.Semasa Zairul mengelamun memikirkan perkara tersebut,Syamil memberikan cadangan yang agak mengejutkan.

"Boleh tak kau jagakan Hazel lepas aku tak ada?"

"Ap..apa maksud kau?"

"Aku tak nak orang sebarangan yang kahwin dengan Hazel nanti.Bukan maksud aku nak suruh kau gantikan tempat aku as pengantin lelaki ke apa.Just jagakan Hazel.Buat dia jatuh cinta dengan kau.And kahwin dengan dia.At least aku yakin yang dia selamat kalau dengan kau.Boleh?"Syamil memberikan cadangan yang langsung tak boleh dijangkau oleh otak.

Dia dah gila ke?Aku memang sukakan Hazel tapi tu tak bermaksud aku kena kahwin dengan Hazel after Syamil dah takda.Dia rasa seperti mengkhianati sepupu dia sendiri.Zairul sudah tak senang duduk mendengar cadangan Syamil.Syamil yang boleh nampak kegelisahan Zairul terus berkata

"Aku tahu kau suka Hazel so apa kata kau ambik peluang nanti bila aku dah tak ada?"cadang Syamil dengan tenang.Ya dia sudah lama tahu pasal Zairul yang sukakan Hazel sejak sekolah menengah.

Wait.Zairul suka Hazel sejak sekolah menengah?

Zairul tergamam.Dia lupa yang Syamil bersekolah di sekolah yang sama dengan dia,jadi best friend dia masa zaman sekolah​,jadi mestilah Syamil tahu pasal perkara tu.

"Aku dah move on.Mungkin memang takda jodoh aku dengan Hazel."jawab Zairul sambil melarikan anak mata dari memandang terus ke mata Syamil.

"Tapi tak salah kan kalau kau suka dia untuk kali ke 2?Lagipun aku yakin yang kau punya 'move on' tu tak kuat mana."pujuk Syamil.Dia tahu sangat sepupu dia tu.Dia tak kan senang senang dapat move on dalam tak sampai 5 bulan untuk orang yang dia simpan perasaan selama 11 tahun.Lama kan?Dia suka Hazel sejak dari tingkatan tiga hingga dia dah berumur 26 tahun.Tempoh masa yang sangat lama.

"Tapi.."
"Takde tapi tapi."potong Syamil."Please?My last wish?Jagakan Hazel."rayu Syamil.Dia sangat tahu yang dia tak ada harapan untuk hidup buat tempoh masa yang lama.

Zairul merenung Syamil yang jelas menunjukkan muka orang yang sakit cuma tak terlalu obvious.Akhirnya dia membuat keputusan.

"Okey aku try."janji Zairul.

"Thanks bro.Kau lah best friend aku dunia akhirat"Syamil menarik senyum hambar.Bukan mudah untuk dia melepaskan orang yang dia sayang untuk orang lain.Tapi apa yang boleh dia buat?Dia tak boleh melawan takdir.Maut bukan sesuatu yang boleh diubah.Bukan bermaksud yang dia tak akan ikhtiar,tetapi penyakit seperti yang dia dapat memang sudah tak ada harapan.Kalau dia selamat,boleh dianggap as keajaiban.

Zairul hanya mengeluh berat.Dia sudah berjanji dan orang bernama Tengku Zairul Zafrin tak pernah mungkir janji.

As usual,sila lah vote dan comment✌🌸

End Of Love ✓Where stories live. Discover now