Bab 14

681 15 0
                                    

Malam jumaat itu, Tengku Syamil membawa Hazel dinner dengannya sebab katanya ada perkara penting nak discuss.Hazel hanya mengikut.Sampai di restoran pilihan Syamil mereka terus ke meja yang ditempah.

"Awak,apa yang awak nak cakap dengan saya?awak kata awak nak bincang something dengan saya?Apa dia?"tanya Hazel.

"Sabar dulu,kita makan lepas makan baru saya bagitahu eh?"

"Okay"Hazel bukan jenis perempuan yang terlalu banyak tanya.Jadi dia hanya mengiyakan sahaja.Mereka terus berbual bual kosong sementara menunggu makanan.Mereka tidak banyak bercakap.Hazel mahu bercakap tapi dia tengok Syamil macam nak tak nak je cakap dengan dia.Kalau tak nak bercakap dengan aku asal dia ajak aku dinner?Buang masa je kalau setakat makan baik aku makan kat rumah.Rungut Hazel dalam hati tapi dia masih mendiamkan diri.

Setelah selesai makan,Syamil menunggu pelayan mengambil sisa pinggan sebelum dia mula bercakap.

"Hazel saya nak tanya awak sayang saya tak?"tanya Syamil tiba tiba.

"Mestilah saya sayang awak,kenapa tanya macam tu?"jawab Hazel even dia agak pelik dengan pertanyaan tersebut.Syamil ni memang suka tanya dia benda pelik pelik.

"Kalau macam tu awak sanggup tak kehilangan saya?"

"Me..mestilah saya tak nak hilang awak.Kenapa?awak nak pergi mana?awak curang eh?Ke awak dah tak suka saya?Saya mintak maaf kalau saya ada buat salah dengan awak."Hazel sudah rasa mahu menangis sebab nada Syamil seperti ada suatu yang tak kena.

"Tak tak jangan cakap macam tu,saya tanya aja,saya tak pergi mana mana pun.Awak jangan risau,saya tak akan sesekali curang dengan awak okey?"pujuk Syamil.

"Oklah saya nak terus terang,sebenarnya.."ayat Syamil tergantung kerana dia cuba mengeluarkan sesuatu dari poket nya.

"sebenarnya?"tanya Hazel yang sudah berhenti sebak.

"Saya nak tanya awak satu lagi soalan,lepastu saya tak tanya dah.Boleh?"Syamil masih berlengah dengan niatnya.

"Hish awak ni tak habis habis bertanya je sebelum ni bukan nak tanya."rungut Hazel

"Boleh tak?"
"Hmm apa dia?"

Tiba tiba sahaja Syamil melutut.

"Saya nak tanya sudi tak awak jadi permaisuri hidup saya?'tanya Syamil sambil menghulurkan sebentuk cincin berlian ruby.Cincin yang sama yang Hazel pilih tempoh hari.Rupanya cincin itu khas untuk Hazel.

Hazel tergamam.Dia menekup mulut nya untuk menahan tangisan nya dari pecah.Dia tak sangka yang cincin itu untuknya.Dia tak sangka yang Syamil ingin melamarnya.Semua pelanggan sudah memandang mereka.

"Yes"jawab Hazel sambil mengalirkan air mata kegembiraan.

"Alhamdulillah"ucap Syamil lalu terus bangun dari berlutut untuk menyarungkan cincin di jari manis Hazel.Sangat sesuai.Semua pelanggan bertepuk tangan dan bersorak.Bukan selalu kan dapat tengok moment macam tu?

Hazel masih lagi dalam tangisnya.Tak sangka bahawa satu hari nanti ada lelaki yang ingin mengambil dia menjadi isteri memandangkan dia selalu memandang rendah pada diri sendiri.

*******

"Awak"panggil Hazel semasa didalam kereta."Awak kita nak pergi mana ni?"tanya Hazel.Sehari berlalu sejak kejadian Syamil melamar Hazel.

"Kita nak pergi jumpa keluarga saya."jawab Syamil tenang

"Hah?!kenapa awak tak cakap awal awal?Awak tengok baju saya?Biasa biasa je ni?Awak suka tau buat apa apa tak bagitahu"Hazel sudah cuak.Mana tak nya,dia hanya memakai blouse putih bercorak bunga kecil berwarna merah dipadankan dengan skirt labuh berwarna merah hati.Dia hanya mengenakan make up yang nipis dan aksesori cincin dan rantai sahaja.Macam mana dia nak bertemu dengan keluarga Tengku Syamil dengan pakaian yang simple macam ni?

"Awak jangan risau lah, family saya tak makan orang pun.Lagipun awak dah cantik dah.Simple je.Nak pakai terlebih lawa buat apa.Nak jumpa family saya dekat rumah je.Nanti awak bagitahu kawan awak yang nanti awak dinner kat sana.Okey?"tanya Syamil.

"Hmm okey tapi kan.."
"Apa?"
"Family awak boleh ke terima perempuan tak bertudung macam saya ni?soalan yang telah lama bersarang dalam kepala Hazel sejak dia menerima cinta Syamil.

"Sebenarnya,mereka dah tahu dah rupa awak dan mereka tak kisah pun sebab nanti dah kahwin saya boleh bimbing awak kan?Mereka cuma nak berkenalan dengan awak."terang Syamil serba ringkas.Dia tahu Hazel akan risau pasal hal itu.Yelah zaman sekarang mentang mentang perempuan tak bertudung,terus dikecam perempuan murah, perempuan tak beradab dan tak berakhlak.Nasib baik keluarga dia tak begitu.

"Hmm okey"Hazel hanya akur walaupun dia masih berasa risau, takut dan gugup untuk berjumpa dengan keluarga Syamil.

"Ha kita dah sampai"
"Ha?cepatnya?"bertambah rasa cemas Hazel.Dah sampai rupanya.

Dia pun keluar dari kereta BMW milik Syamil dan menghadap ke rumah banglo 4 tingkat yang gah di depannya.Besarnya rumah.Getus Hazel

"Haa sampai pun,jemputlah masuk"panggil satu suara dari arah dalam rumah Tengku Syamil.Seperti suara perempuan yang sudah berumur.

Dia terus menoleh untuk melihat gerangan yang memanggil dia masuk ke dalam rumah.

Kelihatan seorang perempuan berumur yang agak bergaya,dia la yang menegur Hazel.Disebelahnya seorang lelaki berumur yang mukanya agak mirip dengan Tengku Syamil tersenyum memandangnya.Dia agak itu adalah ayah Syamil.Turut ada disitu seorang perempuan dalam lingkungan 30-an,seorang lelaki yang mengendong seorang bayi,seorang perempuan yang tampak lebih muda dari Syamil dan dibelakang nya pula ada seorang lelaki yang membuat kan Hazel terkejut.Sangat terkejut.

Boss.


Dont be shy bacalah next chap👉👈

End Of Love ✓Where stories live. Discover now