Bab 47

457 20 0
                                    

Tengku Zairul tak habis habis melihat jam di phone nya untuk menunggu pukul 1.30

Tunggu siapa lagi kalau bukan nak tunggu Hazel datang dengan jawapan?

Dia harap Hazel tak kecewakan dia.Dia sangat berharap Hazel terima lamaran dia.

Dia betul betul sayangkan Hazel.Dulu dia lepaskan Hazel kerana Tengku Syamil.Tapi kini dia tak akan biarkan Hazel pergi dekat orang lain.Dan dia akan pastikan itu.

Dia tersenyum mengingat kan segala usaha yang dibuat untuk mengorat Hazel walaupun Hazel tak nampak.

*******

"Weh Zai,tu tu 'awek' kau lalu tu.Tak nak tegur ke?"tegur Haziq mengalihkan perhatian Tengku Zairul dari nasi goreng di depannya.Mereka sedang rehat semasa Hazel lalu didepan mereka untuk pergi membeli makanan.

"Urm macam dia nak layan"balas Tengku Zairul.Ada bunyi kecewa disitu.

"Alah,koyak ke bang?Rilek la kau macam tak tahu dia tu.Depan kawan kawan dia bapak friendly tapi bila lalu depan stranger,muka kerek nak mati aku pun tak tahu asal muka dia camtu"pujuk Haziq dalam masa yang sama merungut tentang perangai Hazel

Semua orang sedia maklum dengan Hazel.Ramai je yang nak tegur dia namun tak berani disebabkan muka dia yang sombong dan garang.Setiap orang yang pertama kali berjumpa dengan Hazel akan describe Hazel sebagai seorang yang kerek,sombong,berlagak dan seangkatannya.

Termasuk Tengku Zairul.Dia banyak kali nak tegur Hazel setiap kali dia lalu namun wajah Hazel yang seperti nak bunuh orang menghentikan niatnya.

"Kenapa la dia tu dilahirkan dengan muka macam tu?Susah lah nak tegur"rungut Tengku Zairul.

"Jangan nak salahkan dia pulak,yang kau tu pengecut sangat kenapa?Tegur ajelah"perlu Haziq

"Macam mana nak tegur gila muka dia je always nampak macam dia akan maki aku kalau aku tegur dia"marah Tengku Zairul semula.Ingat senang?

"Eh Syamil,kau sekelas dengan dia kan?Dia okey ke kat kelas?"tanya Tengku Zairul pada siapa lagi kalau bukan Tengku Syamil

"Ha?Aku tengok dia oleh je dengan member dia.Dengan aku tak la.Dia je selalu palau aku"jawab Tengku Syamil

"Eh serious la dia palau kau?"tanya Akmal pulak.Hazel kini jadi topik perbincangan mereka

"Iye,aku banyak kali nak try cakap dengan dia and tegur dia tapi dia just sama ada palau teruk,jawab sepatah or geleng angguk je.Aku tak tau lah dia tu segan dengan aku ke or dia memang camtu"

"Kesian nya.Tapi bagus lah dia tak layan kau.Kalau tak confirm Zairul jealous.Confirm"usik Haziq.

"HAHAHA rilek ah tak kan dengan aku pun nak jealous?"kata Syamil.

"Diam ah"marah Tengku Zairul mengundang ketawa mereka berempat.

"Weh weh dia lalu lagi ah tegur ah cepat peluang keemasan ni"panggil Akmal menepuk nepuk bahu Tengku Zairul.

Tengku Zairul cepat cepat membetulkan duduk dan menunggu sehingga Hazel betul betul lalu di depan mereka sebelum menegur

"Hai"

Hazel berhenti dan memandang tepat ke arah Tengku Zairul.Dia kemudian berkata

"Kau hai aku ke?"tanya Hazel sambil menghalakan jari telunjuk ke diri sendiri

"Erm haah"kata Tengku Zairul gelabah

"Ouh hai"Hazel tersenyum sedikit dan melambai sebelum dia berlalu.

Mereka tunggu Hazel berada agak jauh dari mereka sebelum mereka bersorak

"WOOO,DIA HAI KAU BALIK WOOO"mereka semua menolak nolak badan Tengku Zairul yang sendiri tidak dapat mengawal senyum.

Tak sia sia dia beranikan diri menegur Hazel.Dari habis rehat sehingga habis waktu sekolah dia sentiasa tersenyum yang mengundang tanda tanya pada rakan sekelasnya.

*******

Pada waktu balik pula,dia berjalan bersama sama dengan Tengku Syamil,Akmal dan Haziq sebelum dia ternampak Hazel di pondok guard.

"Web korang,kita stay kejap dekat depan pondok guard Tu aku nak usya Hazel"pinta Tengku Zairul

"Eh eh kau mentang-mentang dia tegur kau tadi"kata Haziq.

Mereka pun berhenti di depan pondok dan berpura pura seperti bercakap sesama sendiri.

Tengku Zairul tak lepas memandang Hazel yang terlihat seperti mencari seseorang.Dia turut melihat sekeliling sebelum memandang semula ke arah Hazel dan dia terpaku apabila mata mereka bertembung.

Hazel cepat-cepat melihat ke arah lain sebelum dia mengajak kawannya untuk pergi.

Tengku Zairul tersenyum melihat tingkah Hazel yang gelabah.Nampak sangat Hazel gelabah sebab bertemu mata dengan dia.

Dia sempat melihat rakan Hazel memandang ke arah dia sebelum mengikut langkah Hazel.

*******

Tengku Zairul ketawa kecil apabila teringat semula memori miliknya dan Hazel semasa di tingkatan 5.

Dia mula membuka phone miliknya dan membelek gambar gambar Hazel dalam gallery sebelum terdengar bunyi ketukan.

Dia melihat jam yang baru sahaja menginjak pukul 1 petang.

Cepatnya Hazel?

Tanpa mempedulikan perkara tersebut,dia membetulkan rambutnya sebelum menyebut

"Masuk"

Senyuman Tengku Zairul padam melihat gerangan di depannya.

Amylia.

"Hai"tegur Amylia sebelum dia tanpa segan silu duduk di hadapan Tengku Zairul menghiraukan muka dingin jejaka itu.

"Kau nak apa?"tanya Tengku Zairul dingin

"Saya nak awak"

Rajin pulak sis update kalini.Almaklumlah cuti panjang kan😂Silalah vote story yang tak seberapa ni🥺

End Of Love ✓Where stories live. Discover now