Bab 20

684 22 2
                                    

Hazel sedar semula.Namun dia tak mampu nak bangun.Dia kemudian menangis sendirian.Tiba tiba pintu wad nya terbuka.Dia segera lap air mata yang tumpah.

Tengku Zairul masuk diikuti Anne di belakang yang still takut kalau Hazel mengamuk.

Tengku Zairul bagi senyuman yang boleh mencairkan hati semua wanita kecuali Hazel.Dia bertanya

"so how Hazel?Okay tak?Sorry la sebab aku terpaksa panggil doktor suntik kau.Kau..ganas sangat tadi"

Hazel hanya tertunduk.Malu dengan diri sendiri.Mesti boss dia dah nampak sisi ganas dia.Anne yang sudah yakin Hazel tidak akan mengamuk terus menyampuk

"Tulah tu.Kau dah la tarik rambut aku pastu pulas tangan aku.Sakit kau tau tak? Kuat gila kau.Kau ada belajar taekwondo ke apa ke doh?"Anne sebenarnya ada tak puas hati sikit dengan Hazel sebab ganas dengan dia tadi.Tapi dia faham keadaan Hazel.

Hazel hanya mampu tersengih dengan muka bersalah

"Sorry la aku pon tak expect aku macam tu sekali.Mana tangan kau tu?Meh aku tengok"pujuk Hazel.Dia tahu salah dia.Dia boleh nampak kesan lebam di lengan Anne.

"Sorry again.Aku tak sedar sangat masa tu.Okay so aku dah sedar ni,dah relaks,boleh tak bawak aku jumpa Syamil?Aku nak sangat jumpa dia.Aku nak tahu keadaan dia.Aku tak sempat tahu pun kenapa dia ada kat sini.Please?"pinta Hazel yang sememangnya dari tadi menahan air mata untuk keluar semula.

Tengku Zairul dengan Anne saling berpandangan sebelum mereka mengeluh kecil.

*******

Anne membantu Hazel memapah dia yang masih lemah sebab pengsan dua kali berturut-turut untuk ke wad Syamil.

Sampai sahaja di dalam bilik Syamil,dia terus duduk di sisi Syamil dan menangis di situ juga.Dia sangat rindukan Syamil.Dia menggenggam erat tangan Syamil yang masih tidak sedarkan diri dan berkata pada Syamil, lebih kepada cakap sorang sorang

"Awak,awak kenapa sakit tak bagitahu saya?Awak tahu kan saya risau.Chat tak balas.Call tak angkat.Awak tahu tak saya dah macam kucing hilang anak bila awak hilang macam tu je?Saya rindukan awak.Awak sakit apa?Kenapa boleh terlantar macam ni?Awak bangunlah.Awak dah janji kan untuk always ada dengan saya?Mana janji awak tu?Awak bangunlah jangan la buat saya macam ni."Hazel dah meratap di tepi Syamil.

Anne dan Tengku Zairul hanya mampu menunduk mendengar kata kata Hazel.Sedih.Siapa je tak sedih bila orang tersayang terlantar sakit tanpa tahu kenapa?

Hazel memalingkan wajah ke arah Tengku Zairul untuk bertanya.

"Boss, Syamil sakit apa boss?Kenapa dia boleh terlantar macam ni sekali?"

Tengku Zairul menjawab tanpa memandang terus ke anak mata Hazel

"Ta..tak tahu la dia sakit apa sampai macam ni sekali.Dia just cakap dengan aku dia sakit je."100% tipu.

Hazel pandang Tengku Zairul dengan pandangan curiga.Amat curiga

"Tak akan tak tahu?Boss best friend dia,mesti dia bagitahu boss kalau dia ada sakit serius ke apa.Ni mana mama,papa,kak Fira and Sofea?Diorang family Syamil kan kenapa diorang tak lawat Syamil?"

"Syamil tak bagi aku bagitahu family dia.Dia cakap dia tak nak diorang risau.Sepatutnya kau tak boleh tahu tapi aku tak sanggup tengok Syamil yang kadang kadang ada meracau nama kau so aku bawak la kau datang sini"Tengku Zairul terpaksa berterus terang sedikit untuk mengalihkan perhatian Hazel daripada menyoalnya tentang penyakit Syamil.

End Of Love ✓Where stories live. Discover now