Bab 15

734 19 0
                                    

Boss

Macam mana boss boleh ada kat sini?Dia bukan family Tengku Syamil pun kan?
Dia cuba menahan debaran bila melihat Tengku Zairul yang turut berada disitu.Dia pun tak pasti kenapa dia nak kena rasa berdebar.Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan semua kecuali dengan lelaki.Mereka menyambut Hazel dengan baik.

"Ha jemputlah masuk nanti mama kenalkan Hazel dekat semua orang"jemput perempuan berumur tadi dengan mesra.Mama?Nampaknya dia memang ibu Tengku Syamil.

Mereka semua pun berlalu masuk ke dalam dan duduk di sofa di ruang tamu yang agak besar itu.Hazel cuba untuk tidak memandang bossnya.Sebaik sahaja mereka duduk dengan selesa,perempuan yang menggelarkan dirinya mama mula perkenalkan diri.

"Nama mama,Tengku Syahirah.Mulai sekarang panggil je la mama.Nak kahwin dah pun kan?"usik Tengku Syahirah.Dia suka dengan Hazel.Lemah lembut dan bersopan santun.

"Ni ayah Syamil,Tengku Zaihan after this boleh panggil papa je okey?"Tengku Syahirah mula memperkenalkan seorang demi seorang.

"So ni lah orang yang Syamil dok sebut nama dia hari hari tu?"ujar Tengku Zaihan sambil tersenyum.

Hazel hanya mampu senyum mendengar ucapan Tengku Zaihan.Syamil dah malu tapi biasalah lelaki mana nak mengaku tengah malu so dia pun try cover macho.

"Hazel ni kakak saya nama dia Tengku Nur Syafira and suami dia,Lutfi Hakim.Itu anak sulung diorang Tengku Syahril."Syamil menunjuk ke arah perempuan yang dilihat Hazel dalam lingkungan 30-an beserta lelaki yang mengendong bayi tadi.

"Lepas ni boleh panggil akak,Kak Fira je"sahut Tengku Nur Syafira.

"Ha yang ni satu satunya adik saya nama dia Tengku Nur Sofea"perempuan yang lebih muda daripada Syamil itu tersenyum.Tapi kelihatan agak sombong dan kerek je muka dia.

"Hai"tegur dia sepatah.

"Ha yang ni Hazel mesti dah kenal kan"usik Syamil.Dia maksudkan Tengku Zairul.

"Of course"balas Hazel pura pura tersenyum padahal tengah gelabah.Sebab apa?Entah.

"Eh jomlah pergi makan, kitorang semua tunggu Hazel nak makan sekali ni."ajak Tengku Syahirah.

Mereka pun bergerak untuk ke meja makan.Hazel meminta diri sekejap untuk ke tandas.Dalam perjalanan ke tandas dia bertembung dengan seseorang.Tengku Zairul.

"Hai boss"tegur Hazel menunduk.
"Eh ingatkan dah tak ingat aku dah jalan menonong je langsung tak pandang aku"sindir Tengku Zairul.Dia agak terasa dengan Hazel yang seperti buat tidak nampak dengan nya.

"Mana ada saya cuma segan dan pelik je macam mana boss ada kat sini."jawab Hazel tanpa sedar menyatakan kegusaran dalam hatinya.Oops!terlepas cakap la pulak! Hazel mengutuk diri sendiri yang terlepas cakap.

Tengku Zairul agak terkedu dengan jawapan Hazel namun dia cuba menahan rasa lalu menjawab"dah kenapa pulak kau nak segan dengan aku?Aku bukan orang lain pun,boss kau jugak.Ke dah bercinta dengan Syamil terus lupa boss sendiri?"perli Tengku Zairul.

Hazel hanya menunduk.
Tengku Zairul kemudian menambah "lagipun aku sepupu Syamil.Apa masalah nya?"kemudian terus berlalu.

Hazel tergamam dengar jawapan Tengku Zairul.Aduhhhh macam mana dia boleh lupa yang Tengku Syamil tu sepupu Tengku Zairul?Bengong betul la.Tengok dah buat malu je aku kat sini.kutuk Hazel dalam hati pada diri sendiri dan terus berlalu ke bilik air.

*******

Selepas makan Hazel ditarik oleh Kak Fira ke taman kecil di sudut rumah banglo tu.Disana mereka disertai dengan Tengku Syahirah dan Tengku Nur Sofea.

End Of Love ✓Where stories live. Discover now