Bab 37

492 14 3
                                    

"Kau?!"

Hazel terpana melihat perempuan yang sedang tersenyum sinis sambil berdiri memeluk tubuh di hadapannya.

Raihana

Hazel tunduk memandang lantai menyembunyikan senyuman sinis di bibir sebelum mendongak semula

Wajah Hazel kembali bertukar riak terkejut dan tak percaya

"K-kau?wait..asal kau culik aku?aku buat apa kat kau sampai kau nak kena culik aku bagai ni?"

Raihana tersenyum manis memandang Hazel sebelum berkata

"Banyak doo benda yang kau buat kat aku.Ingat senang aku nak lupa semua tu?"

"serioulsly?Just sebab kau tak puas hati dengan aku sampai nak kidnap aku bagai?Benda boleh bincang elok elok do.Perlu ke sampai nak menculik bagai?Asal?Takut aku sepak kau macam aku sepak Mai kalau cakap depan depan?Penakut jujur jela eleh."Hazel dengan sengajanya memprovok Raihana yang dilihatnya kini sedang menggenggam penumbuk tanda geram.

"Ceh,nak acah tumbuk aku konon.Kau nak tumbuk cili pakai lesung batu pun macam nak mati ni nak tumbuk orang?Simpan je la angan angan kau tu"tambah Hazel.Senyuman sinis diberikan kepada Raihana yang sedang memandang tajam dirinya yang terikat.Ingat aku nak takut dengan pandangan macam tu?

Raihana menarik nafas dalam sebelum memandang Hazel semula.Sabar Rai,kejap lagi dia nak mampus dah so kali ni bagi dia peluang nak menganjing.

Raihana menarik senyuman manis dan ditayangkan kepada Hazel.Hazel sudah buat muka hairan.Apa masalh minah ni senyum senyum?Gila eh?

"Okaylah,aku culik kau ada banyak sebab.First of all,aku sebenarnya dari zaman sekolah tak suka kau.Kenapa?Sebab perangai kau yang suka sangat buli aku.Kau suka perlekehkan aku dulu.Kerja kau hari hari asyik bahan kau perlekehkan aku.Kau lupa dulu kau selalu pandang rendah dengan cita cita aku?Cuba ingat balik."

Hazel terdiam.Dia cuba mengingat semula.Kemudian matanya sedikit membesar apabila sudah mengingat kejadian pada zaman sekolah menengah mereka.

*******

"Weh korang aku bosan ni jom sembang."ajak Hazel sambil memusing badan menghadap kawan kawan nya di kelas 3 Intelek.Di sebelahnya Raihana,didepannya ialah Adawiyah dan disebelah Adawiyah iaitu didepan Raihana ialah Mairah.Mereka menggunakan 4 buah meja yang menjadikan mereka seperti kumpulan kecil di dalam kelas itu.Kebetulan waktu itu yang masuk hanya cikgu relief

"Sembang apa?"tanya Raihana dengan suara perlahan nya.

Hazel termenung seketika sebelum menjawab

"Apa cita cita korang ek?Nak tahu jugak''

"Aku ingat nak jadi ahli biology lah.Aku minat benda sains sains ni tapi tulah result exam aku innalillah."jawab Mairah disambut gelak kami bereempat.Memang tak dinafikan result sains kami semua sudah nazak nyawa nyawa ikan.

"Kau pulak wiyah?"tanya Hazel

"Ermm aku ingat nak jadi tukang sapu sampah"

Hazel memandang Wiyah lama."For real lah gila"

"HAHA jangan marah muka kau macam nak makan aku doh.Aku pun tak tahu actually aku nak jadi apa."

"Ha cakaplah tak tahu.Kang ada gak yang jadi cleaner betul betul kang"Hazel menjeling Wiyah sedikit.

"Ha Raihana kau nak jadi apa?"

"Erm aku nak jadi lawyer."jawapan Raihan mengundang tawa Hazel dan pandangan pelik dari Mairah dan Wiyah kepada Hazel.

"Asal kau gelak?"

"Tak delah,Raihana kau serious la nak jadi lawyer?Aku rasa better kau jadi kerja lain jela weh."

"Kenapa pulak?"tanya Raihana

"Sebab,cuba kau fikir,kau ingat dengan kau yang jenis malu malu ni,bercakap pun macam berbisik,lelaki tegur kau pun kau dah gelabah macan hape, macam mana kau nak jadi lawyer?Like,for real la"

Mairah dan Wiyah turut join gelak sekaki.

"Ish kau ni tak baik la kesian dia"tegur Mairah walaupun dia sendiri masih ketawa.

Raihana sudah buat muka sedih.

"Hahahahah jangan sedih Raihana buruk muka kau kang tapi betul la apa aku cakap.Kau BM pun C macam mana kau nak bentangkan hujah?"tanya Hazel.

"Alah boleh baiki balik kan BM aku"Raihana tidak mahu kalah.Siapa je tak bengang bila diketawakan ketika diberitahu tentang cita cita sendiri?

"Okay lah,contoh lah BM kau dah elok.But still macam mana kau nak bentangkan hujah dengan suara kau yang kecik nak mampus tu?Nana sebelah kau tu pun tak boleh dengar."kata Hazel menunjuk ke arah Nana yang berada hanya disebelah Raihana.

"Nanti dah besar aku try la hilangkan malu aku ni"

"Suka hati kau lah weh orang cakap tak nak dengar please lah tukar je cita cita kau tu sebab tak sesuai langsung dengan kau yang suara kecik nak mati tu.Kau lawan cakap dengan aku pun kejap dah kalah inikan pulak nak berdebat.Bye bye je lah"perli Hazel pedas.Perempuan tu dengan cili memang tak boleh dipisahkan.

"Dah ingat?"tegur Raihana.

"Tapi..tak kan sebab tu je?"hairan Hazel dibuatnya.Tak akan la hanya kerana dia tak percaya Raihana untuk menjadi lawyer sampai nak berdendam macam ni?

"Kau memang kalau bercakap memang ikut sedap mulut eh?Tak fikir ke perasaan orang yang kau sedap sedap je perlekehkan?Apa kau rasa bila orang cakap kau tak sesuai untuk cita cita kau?"tanya Raihana

"Alah kau tak payah cakap macam kau tu terseksa sangat la.Kau ingat kan cita cita aku dulu nak jadi fashion designer?Tapi mana pergi cita cita tu?Sebab dulu aku pun kena perlekeh sebab nak jadi fashion designer.Orang cakap aku tak sesuai sebab jenis potongan baju pun aku tak tahu.Aku pun terasa.Sama je macam kau.Kau nak jadi lawyer tapi tak reti berdebat.Aku nak jadi pereka fashion tapi tak reti nak kenal jenis skirt.Takde beza.Tapi aku move on.Aku sedar diri aku tak sesuai dengan benda alah tu.Habis kau?Tak reti nak move on jugak ke?Kau tengok sekarang kau kerja apa?Kerja lawyer ke?Tak kan?Betullah aku cakap lah tak sesuai.In the end sekarang ni kau tak jadi lawyer kan?"balas Hazel panjang lebar.

Raihana terdiam.Ya memang sekarang ni dia bukan lawyer sebab dia kurang keyakinan untuk bercakap semasa temu duga.Asyik tergagap dan selalu tersalah kata.Baru dia sedar apa yang Hazel cakap adalah benar belaka.

Tapi tak akan lah bila dah sebegini dia nak lepaskan Hazel dan mintak maaf sebab dah berdendam tak tentu pasal?Senyuman sinis kembali menghiasi bibir Raihana.

"Okay lah aku mengaku maybe yang pasal tu aku berdendam tak berasas.Tapi kan,kalau kau nak tahu disebabkan dendam aku tu jugak tunang kau mati."kata Raihana lembut.

Hazel terpaku.

Wtf?

End Of Love ✓Where stories live. Discover now