Bab 50

539 15 0
                                    

Tengku Zairul serabut.Dia buntu.Buntu tak tahu kat mana Hazel menghilangkan diri sejak kejadian semalam.Sudah merata dia mencari namun tetap tak jumpa.Dia semakin kecewa bila surat perletakan jawatan Hazel sampai di atas meja pejabatnya.Bila ditanya tentang waktu surat itu diletakkan,pekerja hanya mengatakan yang surat itu diberikan oleh seorang perempuan bernama Icha yang datang 10 minit awal daripada Tengku Zairul sendiri

Tengku Zairul mengeluh berat.Dia tak tahu macam mana nak terangkan perkara sebenar.Bagaimana dia mengetahui segala rahsia Tengku Syamil dan Raihana pada Hazel.Dia merahsiakan semua perkara itu dari pengetahuan Hazel dengan niat untuk berterus terang dengannya pada waktu yang lebih sesuai namun malang buat dia apabila Hazel mengetahui rahsianya sebelum tiba waktu yang sesuai.Dia mula menyesal kerana tak pernah berterus terang pada Hazel.Kini Hazel sudah pergi tanpa jejak meninggalkan dia seorang diri.

Dia teringat semula saat saat semua pembohongan ini berlaku lama dahulu,saat pertama kali dia memberitahu Tengku Syamil tentang Raihana dan saat Tengku Syamil mengetahui penyakit yang di hadapinya

*******

Tengku Zairul merenung telefon nya lama.

Patut ke aku bagitahu Syamil pasal benda ni?

Dia musykil.Baru sebentar tadi dia mendapat panggilan daripada Tengku Syamil tentang dia yang confess pada Hazel

*******

Tut tut

Siapa pulak call dia ni?Dia menjeling nama di screen phone yang menyala

Syamil

Dia mengangkat call tersebut.

"Hello"sapanya malas.

"Hello weh aku ada berita baik punya nak bagitau kau ni"

"Apa dia?"tanya Zairul sambil menghirup coffee diatas meja nya

"Aku dah confess dekat Hazel"

"HA?!"Bufff!!tersembur air coffee yang diminum Zairul.Terbatuk batuk dibuatnya

"Bro?Kau okey tak?"tanya Syamil dari sebelah talian.Dia macam dengar bunyi air tersembur.Ke aku yang salah dengar?

"Aku okey,aku okey.Kau serius la ni?Kau dah confess dengan dia?Apa reaction dia?"Zairul separuh berharap Hazel meng'reject' Syamil.

"Another good news bro!She also like me!Aku macam tak percaya!Dia suka aku jugak!Did you believe that weh?"

Zairul terkedu.Terkejut.Terpaku.

"Hello?Bro?"

"Ahh ye ye,wah tahniah la bro"ucap Zairul separuh hati.Dia kecewa.

"Tak apa ke ni?Bukan kau kata dia kau punya ke?Tapi aku ambik dia secara baik kan?Aku luahkan perasaan dekat dia dulu kan?"tanya Syamil penuh berharap

"Erm nak buat macam mana.Kau dapat dia dulu.Salah aku juga tak terus terang dekat dia awal awal semua benda.Takpe lah.Hazel milik kau.Aku harap kau bahagia"perit bagi Zairul untuk menyatakan benda tersebut namun dia terpaksa.

"Thanks bro!I really appreciate that so much.Oklah aku ada hal.Byeee"

"Bye.Again congrats bro"

Tut.

*******

Syamil dah confess,Hazel dah confess.Patut ke aku bagitahu dia pasal Raihana?

End Of Love ✓Where stories live. Discover now