Bab 41

491 16 2
                                    


"kalau kau nak tahu disebabkan dendam aku tu jugak tunang kau mati"

Buat sekalian kalinya air mata Hazel jatuh.

Dia tidak sangka yang sampai begitu sekali rasa dendam Raihana padanya.Sanggup membunuh Syamil untuk melepaskan dendam yang sudah lama terbuku.Padahal  Syamil tak bersalah.Dia trak pernah bersalah dalam hal ini.

Sedikit sebanyak Hazel menyalahkan dirinya atas kematian Syamil.Kalaulah dia tahu jika Raihana menyimpan dendam terhadapya,kalaulah dia tahu semua benda akan jadi macam ni sudah lama dia menjauhkan diri dari Syamil.Dia tak pernah terfikir yang orang akan menggunakan Syamil untuk membalas dendam pada dia.

"awak..kenapa awak pergi?i don't have anyone by my side right now.Kalau saya tahu yang Rai akan buat macam ni dah lama saya jauhkan diri dari awak,reject awak.Tapi tulah,itu kalau saya tahu tapi sekarang bila awak dah tak ada baru saya tahu.Kejam kan diorang?"

Hazel menunduk.Dia meletakkan smartphone nya dia sisi bantal sebelum melabuhkan diri di atas katil.Lama Hazel merenung siling sambil memikirkan Syamil.Dia yakin kini  bantalnya pun sudah basah dengan air mata.Setelah lima minit baru baru matanya memberat dan tertutup sendiri.

*******

Tok tok

"Masuklah"kata Hazel yang masih ralit menonton video di telefon.

"Kau tengok apa tu?"sapa Icha

"Theory conspiracy with prince meed."balas Hazel pendek.

"apa la yang best sangat video konspirasi semua ni?Dah la bercakap manjang.Kau tak bosan ke?"

"Best la video macam ni.Theory conspiracy is another level of gosip you know.Well,you don't know so just shut up"balas Hazel.

Icha membuat muka pasrah sebelum menyambung semula

"ni aku nak tanya something ni"

"Apa dia?"

"Stop la kejap video kau tu"

hazel memutarkan bebola mata sebelum menge'pause' video yang sedang ditonton.

"hmm apa dia?"

''sampai bila  kau nak macam ni?"

"maksud kau?"

"Yelah I mean,selekeh macam ni.Cuba kau tengok diri kau"

Hazel membelek dirinya.Semuanya biasa di mata nya.Masih memakai kemeja tidur berwarna merah walaupun jam sudah menunjukkan sudah pukul 8 pagi.Dia dah bangun awal tapi untuk mandi awal,not her type.

"selekeh otak kau aku baru bangun memanglah macam ni kau expect aku bangun bangun tu dah siap kemas dengan baju nak pergi kerja ke?Ada aku tampo kejap lagi  kang."marah Hazel.

Suka suki dia je nak cakap dia selekeh.Kaki nak?

"Hehe janganlah marah gurau je"sengih Icha sambil menunjukkan isyarat peace.

Hazel memberi jelingan maut sebelum bertanya

"Baik kau cakap sekarang sebelum aku heret kau keluar dari sini"

"Okey okey,ceni aku nak tanya pasal erm..pasal..pasal haritu"kata Icha sedikit lambat.Dia hanya risau akan reaksi Hazel apabila ditanya tentang perkara tersebut.

Riak muka Hazel bertukar dingin.Dia memandang Icha dengan pandangan tajam membuat Icha menjadi tak selesa.Situasi kekal sama untuk dua minit sebelum  Icha terus bangun untuk melangkah keluar

"Erm kalau tak nak cerita tak apalah aku  keluar dulu"pergerakan tangan Icha terhenti apabila terdengar suara Hazel

"Dia bunuh Syamil"

Icha memusingkan badan nya menghadap Hazel yang masih memandang Icha namun dengan pandangan berbeza.Pandangan yang menggambarkan kesedihan terlampau yang amat jarang dilihat dalam mata Hazel.

"Ap-apa?Cuba kau ulang balik ayat kau tadi?aku tak salah dengar kan?"

"Rai bunuh Syamil."

Icha terpaku.

tak mungkin...

"Kau dah dengar kan apa aku cakap?Kau dah faham kenapa aku macam ni?So you already get the answer,right?Now,get out from my room.I need space"halau Hazel.

Tanpa soal,Icha berpusing semula untuk melangkah keluar.

"Just,don't tell  anybody about this"kata Hazel.

"Okay"

Pintu tertutup sebelum air mata Hazel mengalir ke pipi tanpa dapat ditahan

"Why?Why all this shit happened to me?"kata Hazel seorang diri.

Fikirannya mengimbau kembali saat dia bergaduh dengan sahabatnya,saat Syamil meninggal sebelum sempat dia jumpa buat kali terakhir,saat dia dihalau sejurus balik dari tanah perkuburan.Semua benda tu telah pun memberi impak yang besar kepada Hazel dan memberi kesakitan yang tidak tertanggung walaupun dapat disembunyikan dari semua orang.Dan kini kesakitannya bertambah apabila mengetahui bahawa kematian tunangnya berpunca dari rakan karib nya sendiri. 

Dia tak tahu sampai bila dia dapat bertahan.Sampai bila dia boleh menanggung semua itu bersendirian.Dia sendiri tidak pasti.Dia cuma berharap yang semua kesakitan ini akan hilang tak lama lagi.

*******

Tengku Zairul termenung di meja pejabat nya memikirkan sesuatu.Dia mengerling ke meja Hazel diluar pejabatnya yang kosong.Sudah lima hari berlalu namun Hazel masih tidak memunculkan diri ke pejabat 

Dan dia tahu kenapa.Jay telah memberitahu semua yang berlaku.Nak harapkan Hazel?Sampai kiamat dia akan senyap begitu.

Dia sudah buntu macam mana nak memujuk Hazel.Hal yang dia confess tu pun tak selesai lagi lepas tu tambah dengan hal Raihana?

"Aduh pompuan tu kacau line sial.Ni Hazel dah bad mood nak  mati nak buat macam  mana ni?Aduh bangang la."carut Zairul kemudian mengusutkan rambutnya.Stress memikirkan Hazel.

Dia kemudian termenung ligat berfikir macam mana nak pujuk Hazel semula.Lamunan nya terganggu apabila Rayyan masuk ke dalam pejabatnya tanpa segan silu.

"Hai bro"sapa Rayyan

"Otak kau bro.Ni kau main masuk ni pahal?tak tahu adab eh?"marah Zairul

"Rileklah,aku tengok kau dari luar muka macam dah nak mampus je so baik aku masuk.Ada problem ke?Cuba share mana tahu boleh tolong"

Zairul menjeling Rayyan sebelum bertanya

"Hmm disebabkan kau ni buaya berjaya aku nak tanya macam mana nak pujuk girlfriend yang merajuk?"

Rayyan melepaskan ketawa nya

"Lawak ke sial?"orang tanya dia gelak pulak ada  yang makan penendang kang

"AHAHAHAHA sorry tergelak.Tak,cara dia senang je.Kau pujuk la bagi dia hadiah mahal ke apa.Nak advanced sikit kau propose dia terus.Confirm hilang merajuk."cadang Rayyan.

"Tak payah la aku dah tahu nak buat apa."sahut Zairul

"So kau nak buat apa?"tanya Rayyan

"Macamni.."Zairul membisikkan sesuatu  ke telinga Rayyan.

"Ouhhh,bernas jugak idea kau tu.Lain dari yang lain.Tapi kau dah ready ke?"

"Don't worry aku memang dah lama sedia"

"Kalau macam tu,idea pun dah dapat,muka kau pun dah nampak macam orang balik so aku keluar dulu lah eh?"

"Hmm"

Sejurus selepas Rayyan keluar,dia kemudian membuka laci meja nya.Satu benda yang berkilau menyapu pandangan matanya.Tengku Zairul tersenyum sinis.

End Of Love ✓Where stories live. Discover now