Bab 46

458 15 0
                                    

Hazel meneliti inai di kedua dua belah tangan nya.Sangat cantik namun tak dapat menandingi kecantikan cincin berlian ruby di jari manis nya.Dia tersenyum sendiri.

"Aku tahu jadi macam ni tak adalah penat penat aku nak pergi tebalkan muka pulangkan balik cincin ni kat Ibu.Pergi dekat jari aku jugak jadinya hahaha"kata Hazel sendiri sambil masih meneliti cincin di jari

"Aku taulah kau happy nak kahwin dengan mengancam tapi tak payah lah sampai cakap sorang sorang"

Hazel mendongak dan hanya tersengih tak bersalah pada Icha yang baru sahaja melangkah masuk ke biliknya.

Siapa je tak happy nak kahwin dengan crush sendiri?Imaginasi masa tingkatan 5 menjadi kenyataan.HAHAHA

"Dah,layan kau tersengih sampai besok tak habis,kesian mengancam dapat bini kerja tersengih je.Gila gamaknya.Baik kau bela sikit ke tudung kau tu ke mekap ke baju ke,kejap lagi nak turun dah"tegur Icha

Hazel akur.Dia bangun lalu berdiri di depan cermin dan melihat dirinya yang lengkap berpakaian dress berwarna krim.Rambutnya ditutupi dengan tudung shawl berwarna putih.

Sedang dia membelek dirinya,dia dikejutkan dengan ketukan di pintu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sedang dia membelek dirinya,dia dikejutkan dengan ketukan di pintu.Dia berpaling dan melihat kakaknya,Shiha di depan pintu.

"Weh tu si Zairul dan sampai cepat ah"

"Ha okey"balas Hazel perlahan.Dia menarik tangan Icha untuk mengikut dia ke bawah.

*******

Hazel duduk di atas pelamin dan disisinya Icha yang menggenggam tangannya  erat untuk menenangkannya.Icha sangat maklum tentang anxiety yang sering menyerang Hazel.

Hazel yang menunduk terus mendongak apabila terasa seperti ada yang memandang ke arahnya.Dia terpaku apabila melihat mata dia bertembung dengan mata Tengku Zairul yang segak.

Segak sebab apa tu rasanya tak payah ulang kot.

Hazel tersenyum sedikit melihat Tengku Zairul yang tersenyum senget memandang Hazel sebelum mengenyitkan mata nya dan mengalihkan mata ke arah tok kadi semula.Hazel tertunduk malu.

Bakal suami siapa yang gatal sangat tu?

*******

Kini acara pembatalan air sembahyang sudah tiba.Tengku Zairul datang ingin menyarungkan cincin ke jari manis Hazel.Kemudian Hazel pula yang menyarungkan cincin ke jari manis Tengku Zairul sebelum tangan tersebut disalam.

Terasa kepala nya dipegang satu tangan sebelum dirasa Tengku Zairul makin dekatnya dan..

"Hoi bangan gila dah pukul berapa ni dasar pemalas"kata Icha yang sekaligus melenyapkan mimpi Hazel.

Hazel terpisat pisat membuka mata dan memandang Icha dengan pandangan membunuh.

Icha leka menyelak langsir di bilik Hazel sebelum berpaling dan terpegun melihat Hazel yang  masih berbaring namun matanya terarah ke arah  Icha.Mata nak bunuh orang.

End Of Love ✓Where stories live. Discover now