Part 43

474 18 0
                                    

Tengku Zairul masih memikirkan tentang keputusan yang dia akan buat.

betul ke apa aku buat ni?Macam mana kalau dia tak ready lagi?

Kemudian satu idea masuk ke dalam fikiran dia yang membuatkan dia tersengih lebar sorang sorang di atas katil pukul 8 pagi.Semalam sebelum tidur tersenyum,kali ni bangun bangun tidur pun tersenyum.

Tengku Zairul sudah parah.

Dia tersenyum lebar sebelum bingkas bangun dari pembaringan untuk mandi.Semangat nak mulakan rancangan la katakan.

*******

Hazel sibuk menaip sesuatu di komputer di atas meja kerjanya sebelum datang seseorang mengambil tempat di depannya.

"Assalamualaikum wahai kacang Hazel ku"tegur Tengku Zairul

Hazel mendongak sebelum terpaku.Berapa banyak kali dia nak terpaku dalam masa dua hari ni pun dia tak pasti cuma yang pastinya Tengku Zairul adalah sebab yang selalu buat dia terpaku.

Dia tak tahu kenapa tetapi kali ini Tengku Zairul kelihatan sepuluh kali lebih kacak berbanding hari lain di matanya.Hazel masih khusyuk melihat wajah Tengku Zairul tanpa henti tanpa menyedari yang Tengku Zairul sudah menarik senyuman sinis melihat Hazel yang terpegun melihat dirinya.Dia tersedar hanya apabila Tengku Zairul memetik jari dihadapannya.

"Aku tahulah aku handsome tapi kut ya pun janganlah pandang aku tak berkelip"

Hazel menunduk malu dan wajahnya mula membahang di pagi hari yang cerah itu

Apa aku buat tadi siot?Asal aku pandang dia lama gila?Ya Allah malunya

Tengku Zairul ketawa kecil melihat Hazel yang sudah malu malu.So cute..

"Kau ni comellah.Alah don't worry muka aku yang handsome ni memang untuk kau sorang je tengok"kata Tengku Zairul sebelum masuk ke dalam pejabatnya.

Sebaik sahaja Tengku Zairul masuk ke dalam pejabat,Hazel sudah bersorak kecil.

"Dia cakap aku comel?Aaaa,sukanya!"Hazel sudah menutup mukanya dan mula bereaksi sedikit gedik.Dia kemudian berdehem sedikit dan mula menyambung kerjanya semula namun mukanya terus dihiasi senyuman.

*******

Sementara di dalam pejabat Tengku Zairul

Tengku Zairul meninjau Hazel dari celahan pintu sebelum ditutup rapat semula.Dia tersengih melihat reaksi Hazel yang bersorak apabila dipanggil comel oleh dia.

"Hazel,Hazel.Baru kena puji sikit dah senyum tak henti.Belum orang panggil kau cantik ke apa.Haih"kata Tengku Zairul sorang sendiri.

Dia kemudian duduk di kerusinya sendiri.Dia mula menghidupkan komputernya dan menyiapkan segala kerja yang perlu disiapkan.Senyumannya mula mati bila dia mula serius.

"Dah fokus,buat kerja berlambak ni"

.....

Namun tak sampai 2 saat,dia tersenyum semula

"Ya Allah fokus doh Zairul,kalau asyik terfikir pasal dia,sampai besok tak siap kerja kau ni"

Tengku Zairul mula fokus kembali menghadap komputer

5 saat kemudian..

"but still,she's cute tho"

*******

"Haih kau ni dah parah la weh"

"Ha?"Hazel buat muka pelik melihat Icha yang baru sahaja melangkah masih ke dalam bilik Hazel

End Of Love ✓Where stories live. Discover now