Bab 7

974 31 4
                                    

Tengku Zairul hanya memerhati tingkah laku Hazel dan rakan-rakannya dari jauh.Dia mula tertanya tanya betul ke tindakan die menjauhkan Hazel daripada rakan rakannya untuk kepentingan sendiri?Dia mula diselubungi rasa bersalah akan tindakannya tapi disebabkan ego yang menggunung yang menggunung dia abaikan sahaja perasaan tersebut dan terus berlalu ke pejabatnya.

Kenapa Tengku Zairul rasa bersalah pulak?

********

"Hazel masuk bilik aku sekarang"suara Zairul yang keluar dari interkom di dalam pejabat itu mengejutkan Hazel yang sedang khusyuk melakukan kerjanya.

"Hish terkejut akulah mamat ni,tak boleh panggil elok elok ke?"rungut Hazel yang terus mencapai buku notanya dan berlalu ke pejabat Zairul.

Tok tok
"Masuk"arah Zairul yang memang sudah lama memerhati kan Hazel yang merungut-rungut dari dalam pejabat.Memanglah Hazel tak perasan sebab hanya Zairul je yang boleh nampak Hazel,Hazel tak boleh nampak Zairul.Tak adil kan?

"Duduk"arahnya lagi.

Setelah Hazel melabuhkan punggung,dia terus bertanya "apa schedule aku hari ni?"Zairul cuba memandang tepat ke dalam mata Hazel tapi hampa kerana mata Hazel hanya tertumpu pada notebooknya.

"Harini boss ada meeting dengan Tan Sri Ahmad pukul 12.00 nanti dan boss ada appointment dengan Tengku Syamil Zaquan dekat Restoran Royal Place.Boss kena datang datang jumpa dia sebab dia kata kalau boss tak datang dia sendiri akan datang sini pecahkan pintu boss"terang Hazel yang terus memutarkan bebola matanya bila teringat balik perilaku Tengku Syamil yang buaya tu.

"Yang kau ni dok buat mata ni apahal?nak aku tolong cucuk kan?"tanya Zairul

"Tak adalah boss si Tengku Syamil tu,biadap sungguh dah la masuk pejabat saya tak ketuk pintu terus terjah lepastu terus panggil saya sayang.Geli tahu tak? Macam nak lempang"cerita Hazel luah perasaan dekat boss.

"Eh eh kau sedap hati je nak lempang dia.Kau nak aku bagitahu dia ke yang kau nak lempang dia bagai?ugut Zairul.Saja je nak menyakat Hazel tu

"So..sorry lah boss saya bukan apa saya geram je"kata Hazel yang terus menunduk semula.Dari terdongak penuh semangat nak mengadu pasal Tengku Syamil,terus tunduk balik.

"HAHAHAHAH aduh kau ni aku gurau jela jangan sedih sangat apa kata kau cerita kat aku Syamil buat apa dekat kau?"tanya Zairul yang masih ada sisa tawa.

"Macam ni.."

*******

"Hai sayang"tegur Tengku Syamil,sepupu Tengku Zairul pada Hazel

"Ha?!"sahut Hazel yang blur blur.

"Hai sayangku Hazel buat apa hari ni? Busy tak?Kalau tak busy saya nak ajak pergi lunch sekali.Jom?"ajak Syamil still dengan senyuman gatal.Yakin sangat Hazel nak tergoda dengan dia.Tapi memang Hazel tergoda pon.Hihihi.

"Erm takpelah saya lunch dengan orang lain"jawab Hazel.Siapa lagi kalau bukan Tengku Zairul?Dia yang tetapkan syarat tu.

"Alah takkan tak boleh cancel dengan orang tu?Jomlah lunch dengan saya bukan selalu tau Hazel dapat peluang nak lunch dengan orang handsome macam saya ni"pujuk Syamil sambil menyebak rambut hitam tebalnya kebelakangan.

Hazel yang terpandang terus mengalihkan mata.Takut tergoda.'Haih mamat ni macam tau tau je aku suka orang yang rambut tebal macam tu.Tak boleh jadi ni kang dia ingat aku ni perempuan senang tackle.'getus Hazel dalam hati.

"Sorry lah tak boleh lah encik Syamil.Lain kali eh?"tolak Hazel

"Hmm takpelah orang tu tak sudi"balas Syamil merajuk dengan harapan Hazel akan memujuknya.Bila melihat tiada tanda tanda tersebut,Syamil mengalah dah terus ingin berlalu.Sebelum berlalu dia sempat cakap

"Kalau macam tu,nanti pesan kat boss Hazel pukul 4 ni jumpa saya kat Restoran Royal Place,kalau dia tak datang saya sendiri datang pecah pintu pejabat dia tu.Okey?Bye bye sayang"Syamil berlalu selepas bagi flying kiss dekat Hazel

Hazel dah macam nak termuntah dengan perilaku Tengku Syamil."Gatal",getusnya lalu terus menyambung kerja

******

"HAHAHAHAHAHAHAHA"bukan main galak lagi Zairul menggelakkan Hazel sampai merah padam muka Hazel dibuatnya.

"Sorry,sorry takde lah lawak sangat lah cerita kau ni"kata Zairul

'Aduh boss ni janganlah handsome sangat gelak je pon tapi still macho aduiii'rungut Hazel dalam hati.

"Hazel"
"Ya"
"Ni aku nak cakap kau jangan layan sangat Tengku Syamil tu dia memang gatal sikit,aku takut dia buat bukan bukan dekat kau kalau kau layan dia sangat,faham?"nasihat Zairul dengan tegas.

"Aik boss,kenapa pulak tak boleh layan?Saya tahu dia gatal,tapi dia pernah ke buat bukan bukan dengan perempuan?"tanya Hazel.

"Memanglah ta..hish aku nasihat tu ikut ajelah banyak tanya pulak kau ni"dalih Zairul

"Hmm okay"sahut Hazel
"Okay kau boleh keluar"
"Baik boss"

Sampai di pejabatnya,Hazel terfikir,kenapa Tengku Zairul nasihat dia lain macam je?Macam langsung tak nak bagi dia rapat dengan Tengku Syamil.Takkan cemburu kot?Eh apa benda yang dia merepek ni sebelum boss potong gaji dia baik dia sambung balik kerja.Hazel pon meneruskan kerja tanpa menyedari ada mata yang memerhati setiap tingkah lakunya.

********


"Hazel tak boleh tahu kenapa aku tak suka dia rapat dengan Syamil.Dia hak aku sorang je.Bukan orang lain.I'll make sure that"Zairul berkata sendirian sambil terus memerhatikan Hazel dari dalam pejabat.

????????


Dont be shy bacalah next chap👉👈

End Of Love ✓Место, где живут истории. Откройте их для себя