Bab 4

1.1K 38 0
                                    

"Ha tulah kau lain kali mulut tu jangan nak lancang sangat!aku taulah mamat tu kerek tapi sekurang kurang nya bawak bersabar sikit..kau tengok kau dah marah salah orang?buatnya dia pecat kau?pecat kau okay lagi,buatnya dia pecat dgn aku aku sekali?tak ke naya macam tu?"Hazel yang terus diserang bertubi tubi dengan ceramah oleh 3 orang tu masih lagi tergamam dan tidak mampu berkata kata a.ka. speechless.

"Weh asal kau diam je dari tadi?tak kan kena marah dengan mamat tu kau dah sentap teruk?"tanya Anne yang kehairanan dengan sikap Hazel yang tiba-tiba sahaja mendiamkan diri.

"Yelah asal kau ni?",tanya yang lain setelah menyedari perkara yang sama

Setelah lama terdiam,Hazel terus berkata,"Korang tak ingat ke siapa 'dia'?"

"Siapa?"tanya mereka secara serentak

"Tengku Zairul Zafrin tadi,korang tak ingat ke siapa dia?"tanya Hazel sambil memandang hairan ke arah semua rakannya.

"Tak."jawab mereka serentak sekali lagi.

"Siapa dia?"tambah Ann.

"Korang tak perasan ke,itu kan 'si mengancam' crush aku masa sekolah menengah dulu? Yang jadi ketua pengawas tu? jawab Hazel.

"Eh kau serious lah?Asal aku tak perasan pun?"tanya Ann

"Weh lainnya muka dia"sahut Mai

"Iya weh, that's why aku pon tak boleh nak cam muka dia tadi Hazel cakap baru aku perasan."nyata Raihana.

"Hisyh that's why jugak aku speechless bila die perkenalkan diri dia,sudahlah itu crush zaman sekolah aku lepastu jadi CEO tempat kita kerja pulak..siapa tak terkejut?Aku tahu lah itu dia sebab aku suka dia daripada aku form 1 sampai form 5 kut"terang Hazel panjang lebar.

"Lagipun,aku kenal sangat lah cara jalan dia,body language dia dengan cara dia bercakap,suara dia and minyak wangi yang dia pakai pun aku​ ingat lagi"terang Hazel sambil memandangnya kawan kawannya yang masing-masing terlopong mulut jadi huruf 'O'

"Wahhh minat betul kau dengan dia kan sampai segala detail fasal dia kau ingat ehh"usik Ann dan dipersetujui oleh yang lain.

"Eh sudahlah,karang lambat kita pergi lunch,lagi lambat nak habis nanti.Before kira kena marah dengan si singa betina lagi sekali sebab lambat masuk office,baik kita cepat"ajak Hazel yang sebenarnya cuba untuk tidak memikirkan lagi berkenaan Tengku Zairul dan terus berlalu untuk lunch

Diorang meneruskan perjalanan sambil berborak borak tanpa mereka sedar salah seorang daripada mereka masih lagi berfikir tentang Tengku Zairul walaupun dialah pada mulanya yang ingin melupakan Tengku Zairul.

Hazel

********

"Weh lama lagi ke nak tunggu mengancam kau tu?panas tahu tak dekat pondok guard ni.Membahang la aduhh cepat la sikit muncul si 'mengancam' ni!!"rungut Ann seorang diri sambil mengipas ngipas mukanya dengan tangan semasa dia dan Hazel tunggu sementara di pondok guard sebelum pergi lepak di rumah Ann hanya untuk menunggu kelibat si 'mengancam' lalu di pondok pak guard untuk pulang ke rumah.'Mengancam' adalah nama samaran untuk Tengku Zairul kerana dia menggunakan minyak wangi yang mempunyai bau yang sangat sedap a.k.a mengancam gitewww.

"Sabarlah weh tunggu la kejap lagi nanti dia lalu lah tuuu"balas Hazel sambil masih sibuk mencari batang tubuh Tengku Zairul dalam ramai-ramai pelajar yang berpusu pusu menuju ke pintu pagar sekolah tak sabar nak balik.

"Ha weh tu dia tu dia!"panggil Ann
"Mana mana??"sahut Hazel dengan mata melilau mencari
"Tuuuuuuu"tunjuk Ann
"Yeye dia dah sampai boleh la aku usya dia lama sikit"sorak Hazel sebaik sahaja melihat kelibat Tengku Zairul.

Tengku Zairul berhenti betul-betul di hadapan Hazel sambil bersembang-sembang dengan rakannya.Hazel yang masih dalam angaunya terus meng'usya' muka Tengku Zairul yang hensem lagi kacak tu.Sampai satu ketika mata Tengku Zairul yang berwarna coklat memandang tepat ke arah Hazel.Mungkin kerana berasa diri diperhatikan.Hazel yang telah bertentangan mata dengan Tengku Zairul tadi terus melilau kan matanya ke arah yang lain untuk meng'cover' daripada kantoi usya anak teruna orang.

Kemudian Ann terus mengajak Hazel untuk ke rumahnya dan dipersetujui Hazel yang sudah puas menatap muka Tengkunya.Sambil berjalan Ann menegur  Hazel.

"Weh kau perasan tak tadi Tengku pandang kau?"tanya Ann

"Dia pandang aku ke?Aku rasa kitorang just bertentang mata je"jawab Hazel

"Dia pandang kau la sambil dia bercakap cakap dengan kawan dia mata die pandang kau and nak tau lagi satu?Dia pandang kau and after that die senyum lepastu dia pandang tempat lain"terang Ann

"Weh seriousla dia senyum tengok aku?wahhh bestnyaaaa Tengku senyum tengok akuu"Hazel dah excited macam beruk kat tempat dia bila dapat tahu fasal itu.

"Iyee sumpah tak tipuu.Untunglahh"jawab Ann sambil tersenyum mengusik


Dont be shy bacalah next chap👉👈

End Of Love ✓Where stories live. Discover now