Aku mengambil bawang putih satu ulas lalu mengupas nya dengan cara menekan bawang putih tersebut dengan pisau.
Kemudian aku mencincang bawang putih tersebut sehingga lah ia menjadi halus.

"Ouch!" teriak ku perlahan kerana jari ku terluka.

Darah pun menitik nitik dari jari tangan ku.

Aku terus menyuci tangan ku di sink dan mengelap darah ku yang menitik tadi.

Di tengah kekusyukkan ku membersihkan, aku merasa ada seseorang yang memerhatikan aku.

Apabila aku mengangkat wajah ku..
Rupanya Boss Hairi berada 2 meter dari depan ku.

Rambut nya tidak rapi, wajah nya juga tumbuh misai dan janggut.
Dia hanya memakai baju T-shirt hitam lengan panjang dan seluar panjang berwarna kelabu.

Aku dengan cepat mengalihkan pandangan ku.

Boleh pula kau nak 'tengok' dia kan Ami.

Tapi sejak bila dia ada kat situ?

Jantung ku mula melaju bila dia mengerakkan kerusi roda nya menghampiri ku.

"S-saya belum siap masak lagi.. Boss tunggu lah kat ruang tamu ke.. Kat mana ke" kata ku tak tentu rasa.

"Why are you still in my house?" katanya dengan suara nya yang sedikit garau.

"Um.. " kata ku tanpa melihat nya. Malah aku pura pura menyibukkan diri dengan mengambil beberapa pinggan yang tidak aku perlukan.

Kau buat apa ni Ami....

"Im talking to you" katanya dengan serius tapi masih tidak ku hiraukan.

"Amra!"

Aku terhenti.

Aku menelan air liur ku.

"Look. At. Me"

Dengan perasaan takut aku pun mengangkat wajahku untuk melihat nya yang sudah ada di depan ku.

Wajah nya sangat serius. Bukan seperti Boss Hairi yang aku kenal..
Cara tatapan nya pun seolah olah aku ni bukan sesiapa, seperti aku ni hanya lah orang lain.

"Kenapa awak ada kat sini?! Awak tahu tak ini rumah saya dan siapa awak nak masuk sesuka hati dan buat benda ni semua!" Marah nya

Ya Allah.. Sabar Ami.. Sabar

"Saya.. nak tolong boss... Tu je.. Saya sendiri nak jadi helper boss" kataku perlahan.

"Huh?? Helper? Apa awak merepek ni Amra? Saya tak perlukan semua tu. Kalau saya nak pun saya tak perlu awak pun yang jadi helper saya"

Aku hanya menahan rasa.

Dia betul betul dah tak nak jumpa aku ke?
Dia dah tak kesah tentang aku ke?

"Saya nak ni hari terakhir awak kat rumah saya. Saya tak nak tengok muka awak lagi"

".. And just forget everything... Everything between us..."

Lalu dia pun berpaling dan pergi dari hadapan ku.

Air mata ku mula jatuh tapi aku mengusapnya dengan pantas.

Aku menarik nafas dalam dalam lalu aku hembuskan perlahan.

Aku tanpa sedar berjalan menuju ke bilik nya.

Aku membuka pintu bilik nya tanpa mengetuk.

Wajah nya serius melihat ku seperti marah dan juga terkejut.

"Apa masalah Boss sebenar nya?" tanya ku kepadanya.

Dia berpaling melihat ke arah jendela.

"Saya tak faham.. Boss tahu sikap boss yang macam ni.. takkan pernah dapat menyelesai kan masalah..
Kenapa boss marah dan tak dapat menerima apa yang terjadi tetapi boss menempiaskan semua kemarahan dan ketidakpuasan boss tu kepada orang lain?"

BOSS ALIEN KU • (#1 Boss)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang