13

7.5K 306 9
                                    

"Ami! Jom! Dah pukul 9 ni!" Teriak abah dari tangga.

"Kejap! Kejap!" Jawab ku.

Aku akhir bangun hari ni.

"Dah sepuluh kali kejap kamu ni! Kalau kamu belum siap aku jalan ni!" Teriak abah lagi.

Ergh!
Aku tak dapat tidur nyenyak semalam jadi aku lihatlah drama korea sampai pukul 3 pagi.

"Ok dah siap!" Kata ku selepas memasukkan telefon ku kedalam beg lalu terus turun kebawah.

Aku terus berlari masuk ke kereta.

Nasib baik lah pakaian aku ni simple je kalau tak, mungkin sampai dua jam aku nak bersiap.

Didalam kereta, abah tak henti henti marah aku sebab akhir bangun.

Aku lihat jam di tangan ku.

Dah pukul 9:30?! Aduh!!

"Abah jalan cepat sikit! Ami dah lewat sangat ni!" Kata ku merayu abah.

"Ha! Baru nak takut. Tadi abah cakap Ami dah lewat tapi macam tak dengar je. Sekarang ni baru nak sibuk" kata abah kepada ku.

Aku lewat lah! Aduh!

Abah belok masuk simpang ke kedai.

Dari jauh aku nampak ada kereta didepan kedai.

Abah memberhentikan aku didepan kedai,
Dan disebelah kereta Mercedes SUV hitam!

Boss!!!! Boss aku dah datang!!! Matilah aku!

"Kereta siapa ni?" Tanya abah sambil melihat kereta disebelah kami.

"Kereta Boss!" Aku terus salam abah..

Abah tak sempat bercakap apa apa sebab aku cepat sangat keluar dari kereta.

Aku berlari menuju pintu.

Tring!!

Aku lihat didalam kedai sudah terang, semua lampu dah terbuka.

Aku panik.

Boss aku dah datang! Dia sendiri yang buka kedai!
Habis lah aku!

Aku perlahan lahan dan berhati hati menuju meja kaunter.

Seorang lelaki sedang duduk disana, kepalanya diatas meja, mata nya tertutup.

Boss aku tidur.

Aku jadi tenang bila melihat dia tidur.
Selamatlah aku!

Aku letak perlahan lahan beg aku dibelakang kaunter. Lepastu cari kerja untuk dibuat.

Kenapa pula dia tiba tiba muncul awal pagi pagi macam ni? Tidur pula tu..

Aku ambil earpiece didalam beg untuk dengar lagu, nanti tak pasal pasal kalau aku pasang speaker dia terbangun pula.

Aku membersihkan sambil dengar lagu.

"Hmmm~mm~mm~" aku mengikuti irama lagu.

Aku mengilap meja kaca sebersih mungkin.

Aku baru sedar jam antik kecil diatas meja tak ada.

Eh! Semalam aku tengok ada..
Aku hairan sedikit cemas.

Tak mungkin ada orang ambil..tak tak!

Aku cuba untuk mengingat muka orang orang yang datang semalam.
Mustahil ada orang curi! Sebab aku selalu memerhatikan setiap pelanggan yang masuk.

Mungkin ada yang salah letak kut.

Ya! Mungkin salah letak!
Aku mesti cari dulu. Aku pusing belakang.

BOSS ALIEN KU • (#1 Boss)Where stories live. Discover now