38

3.5K 249 20
                                    

"Cepat nya kamu nak balik esok ni Zainab" kata makcik Minah kepada mak.

"Kalau ikut kan hati saya, memang saya nak tinggal je terus kat kampong ni kak.. tak balik balik" kata mak sambil ketawa.

"Lagi bagus kalau macam tu. Tak lah aku sunyi" balas makcik Minah.

Abah berdaham.

"Hmm.. kan dah ada suami.. tak kan lah sunyi." Kata abah.

Makcik Minah hanya menjeling abah.

Abah dan mak hanya ketawa.

"Lagipun kak, Ami dah nak kerja dah. Dia ambik cuti 9 hari je. Kenalah balik kerja esok kan. Nad pun ada kerja. Ila pun sibuk juga" kata Mak.

"Hmmm... takpelah... nanti kalau ada masa datang sini lah ye"
Kata makcik Minah.

Mak mengangguk.

"Kak long mana kak?" tanya mak.

"Diorang dah balik subuh tadi"

"Awal nya diorng balik.. Hm..Hairi pulak mana?" Tanya mak.

"Tak tahu lah.. akak pun belum nampak dia sejak pagi tadi"

"Rajin betul lah kak Hairi tu, ringan tangan orang nya. Dah lah kacak, baik dan berbudi bahasa pula tu" puji mak sambil menoleh melihatku.

Kenapa pula mak tengok aku.

"Kemarin selepas acara nikah tu, dia tak henti henti nak tolong. Kesian pulak saya tengok" kata abah.

Hmm... diorang ni belum tengok dia marah lagi..
Macam hantu.

"Assalamualaikum" kami semua menoleh ke arah pintu.

Mak Ngah, Maria dan Dona datang.

"Ni hah, saya bawak kueh sikit." kata mak ngah sambil menghidangkan kueh yang di beli nya itu di atas meja yang ada dihadapan kami.

Dona dan Maria duduk di sebelah ku.

Tiba tiba aku rasa seperti ada orang yang menyucuk lengan ku.

Bila aku toleh rupanya Maria.

"Mana Hairi?" tanyanya sambil berbisik.

"Tak tahu" jawabku.

Lalu dia mengangguk.

"Apesal sunyi sangat ni? TV pun tak on" kata mak ngah.

"Ami cuba buka TV tu." kata mak ngah kepada ku sedangkan anak dia si Dona tu terang terang duduk kat sebelah TV tu.

Hmm.. Ingat pahala je Ami..

"Eh ini Dato' Haris ni" kata abah sambil melihat TV.

Aku pun terus duduk semula tanpa mengendahkan mereka yang sibuk melihat TV.

Lalu aku mengeluarkan telefon ku dari poket seluar ku.

Mesej ke tak.... Mesej ke tak..

Mesej je lah.

Boss kat mana? Semua orang tengah cari boss.

Lalu aku tekan butang 'Send'.

Hm...

Aku hanya menatap skrin telefon ku.

Lama nya dia nak balas.

Dia sibuk ke?

Hmm.. Atau dia masih tidur..

"Oh My God!!!" kata Maria.

Aku di kejutkan dengan suara Maria yang duduk disebelahku.

BOSS ALIEN KU • (#1 Boss)Where stories live. Discover now