17

7.1K 320 14
                                    

Aku menyibuk kan diri ku dengan bercerita panjang dengan pelanggan pelanggan supaya mereka akhir balik,
Sebab aku tak nak tinggal bersendirian didalam kedai ni bila boss aku datang nanti ,mesti dia marah aku habis habisan.

"Pakcik tahu tak keris gading gajah ni di perbuat daripada apa?"

"Dah nama gading gajah mestilah gading gajah" kata pelanggan.

"Oh ya juga!..Yang ni pakcik tahu ke apa nama dia" aku asal tunjuk barang.

Pakcik tu menggiling kepala nya.

"Kamu ni dah tiga kali tanya soalan yang sama. Kamu ok ke?"

"Saya ok lah pakcik.. saya tanya pakcik balik balik tu supaya saya ingat haha"

"Takkan tanya tiga kali masih tak ingat..betul ke ok ni?"

"Betul pakcik..Hah! Yang ni pula pakcik tahu?"

Tapi pakcik ni baik juga sanggup layan dan jawab pertanyaan aku.

"Kalau ni perahu dari kayu jati."

"Wow handal nya pakcik tahu semua!! Macamana pakcik tahu? Pakcik ada ke?" Aku tanya dia lagi.

Dia seperti risau selepas tengok jam tangannya.

"Pakcik tak ada tapi kawan pakcik ada kurang lebih sama macamni  sebab tu lah pakcik tahu sikit sikit."

"Kat mana kawan pakcik tu beli? London? China?"

"Kalau tu pakcik tak tahu, nanti pakcik tanya dia sebab sekarang ni pakcik mesti balik dah tiga jam pakcik kat sini"

Jangan balik dulu pakcik!!!!

"Tapi saya na-"

Tring!

Hampir nak jatuh jantung aku bila dengar bunyi pintu, aku ingatkan boss aku yang masuk tadi.
Rupanya pelanggan yang masuk, bakal mangsa aku seterusnya. Hehehe

Demam ke pelanggan aku yang seorang ni? Lain macam je..Tapi takpe..

"Ok takpelah, mungkin pakcik sibuk sangat. Lain kali lagi pakcik datang sini ye." Kata ku.

"Haha baik lah nanti garenti pakcik datang lagi."

"Assalamualaikum pakcik"

"Waalaikumsalam" jawabnya.

Lepas je dia keluar aku terus mendekati pelanggan seterusnya.

"Um..encik suka barang macam ni ke?" Kataku kepadanya yang membelakangiku

"Suka juga" katanya sambil membuka hoodie kepalanya.

Senyuman dibibir ku terus hilang, mata ku membesar, darah ku seperti mengalir cepat ke otak ku dan jatung tu seperti terhenti.

"B-bboss"

Hanya perkataan tu yang mampu aku sebut.

"Kenapa awak terkejut macam tengok hantu ni? Tak pernah tengok saya ke?"

Mestilah aku terkejut! Tiba tiba pula dia pakai hoodie, cap, kacamata hitam! Mestilah aku tak pernah tengok!

"Oh.. ya.. saya lupa" lalu dia buka kaca mata hitam nya.

Aku melihat dia dari atas kebawah.
Boss aku ke ni? Dia tak pakai baju formal dia tapi... lelaki yang selalu berpakaian rapi ni hari ni nampak...

"Kenapa awak tengok saya macam tu?"

"Oh aaa tak! Tak ada apa apa." Aku terkejut.

Dia nampak hensem hari ni, tambah satu poin hensem dari biasa nya...

BOSS ALIEN KU • (#1 Boss)Where stories live. Discover now