44

3.8K 251 36
                                    

Aku berjalan perlahan di dalam rumah yang besar dan cantik ni.

Tapi hiasan interior di dalam rumah ni bernuansa serba hitam.

Gelap nya rumah ni.. Dia ni memang suka warna hitam ke?

Tanpa kasut memang terasa sangat sejuk lantai rumah ni.

"Cik Amra masuk je and then ada koridor dan bilik cik Hairi ada kat hujung di sebelah kiri" kata Encik Ezad kepada ku sebelum aku masuk kedalam rumah besar tu.

Okay Ami... Cari korridor.. Ikut apa yang Encik Ezad cakap tadi.

Aku berjalan perlahan-perlahan.

Rumah ni seperti tiada berpenghuni.. Bunyi pun tak de.

Dia tidur ke?

Aku menemukan koridor tapi mana satu bilik Boss Hairi sebab di sepanjang koridor ni ada banyak pintu.

Macam hotel pun ada.

Aku mencuba membuka satu persatu pintu yang ada.

Dan bilik tersebut hanyalah bilik ofis. ruang bacaan, dan beberapa bilik tidur yang terlihat sama.
Dan hanya tinggal satu bilik yang belum aku buka, iaitu bilik yang di hujung sekali.

Aku memegang tombol pintu bilik tersebut.

Tapi bila aku buka..

Cerk cerk

Pintu tersebut tidak tidak dapat dibuka.

"Ezad?" terdengar suara seseorang dari dalam bilik tersebut.

Aku sangat mengenali suara tersebut.

Tapi bila aku dengar je suara tu  semakin hampir dan tombol pintu tersebut mula bergerak aku terus melarikan diri ke ruang tamu semula.

Nafas ku melaju... Detak jantung ku mengencang.

Ami.. Ami...
Kenapa aku lari?

Marah ku sendiri.
Aish! Aku mengetuk dahi ku perlahan.

"Ezad?!" Teriak nya.  Suara nya semakin dekat.

Aku dengan panik mencuba mencari tempat bersembunyi.

Kat mana?!

Tanpa membuang masa lagi aku terus menyembunyikan diri di belakang tabir.

Aku nak jumpa dia... Tapi aku tak ready...

Aku mencuba tidak bergerak sidikit pun.

"Ezad?! Are you here?" Suaranya memanggil Encik Ezad yang tidak ada disini.

"Don't play around Ezad.. It's not funny" suaranya mula terdengar sedikit marah.

Jantung ku semakin berdegup kencang... Bila aku mendengar kerusi rodanya mendekati jendela..

Lalu dia menyelak sedikit tabir untuk melihat keluar jendela tanpa menyedari aku sedang bersembunyi di belakang tabir.

"He's not even here" katanya sendiri.

Aku dapat melihat sedikit bayangan nya di sebalik tabir.

Lalu dia memusing kerusi rodanya.

"Tsk tsk tsk" Bunyi tersebut terdengar dekat ditelinga ku..

Aku cuba melihat dari hujung mata ku.
Alangkah terkejutnya aku bila aku melihat cicak yang melekat di dalam tabir tersebut

"Ah!!!" teriak ku sepenuh hati.

Aku melompat lompat terus keluar dari tempat sembunyi ku.

Aku dengan panik menyapu nyapu seluruh tubuh badan ku dengan tangan ku.

BOSS ALIEN KU • (#1 Boss)Where stories live. Discover now