32

5.8K 329 37
                                    


"Wahhh balikk Kampung!!!!" Teriak ku.

"Eh kau ni Ami.. terkejut lah aku..nasib baik terkejut je kalau terkentut! Hah.. habis lah kau.."Kata Kak Nad.

"Eww...kak Nad ni..malas lah Ami nak layan."

Aku melihat rumah kayu yang sangat cantik yang ada kat depan mata aku ni.

"Wah.." kagum ku.

Lalu aku melihat di sekeliling ku.. ada sawah.. rumah rumah kayu yang sangat cantikk.. udara nya yang segar.. memang menenangkan.

"Yeyy!! Kita kat kampong!!"

Bahagia ku apabila kami telah pun sampai menjejakkan kaki kat kampung setelah beberapa jam lama nya kami duduk kat dalam kereta.

Wahh.. cantik lah rumah makcik Minah ni..

"Ahhhh!!! Punggung aku macam masih terlekat kat dalam kereta lah" kata Kak Ila selepas keluar dari kereta.

"Ami.. tolong abah angkat beg ni" Panggil ayah.

Aku bergegas menghampiri bonet kereta.

"Takpe bah.. Ami angkat dua beg tu .. Abah angkat yang ringan ni je" aku menunjuk beg biru yang kecik tu.

"Eh.. tak Ami bawak yang ni je.."

"Tak nak.. Abah dah lah letih.. takpe"

Abah mengiling kepala, lalu aku mengambil kedua dua beg tersebut lalu berjalan menuju ke tangga rumah Makcik Minah.

"Assalamualaikum!!" Kata ku memberi salam.

Lepastu terdengar bunyi kunci pintu lalu pintu terbuka..

"Siapa- eh!!!!!
WAALAIKUMSALAM!! Ami!!" Terkejut makcik Minah.

Aku berlari anak menaiki tangga lalu aku letakkan kedua beg ditangan ku diatas lantai lalu dengan segera aku bersalaman dengan makcik Minah.

Dia memegang kedua bahuku.

Aku melihat wajah nya.

Memang tetap awet muda lah dia ni.

"Amboi dah besar Ami sekarang.. ingatkan ratu dari gunung ledang tadi.." kata Makcik Minah.

"Hahaha... Ala ratu gunung ledang ? Takde ratu lain ke?" Kataku.

"Yelah..Makin cantik Ami ni. Untunglah lelaki yang dapat Ami ni kan." Katanya lagi.

Aku tersenyum melihatnya..

Memang dia tetap sama seperti dulu.. Badan langsing, tinggi, awet muda.

Mak menghampiri makcik Minah.

"Kak apa kabar?" Mak dan makcik Minah berpelukankan.
"Baik. Alhamdulillah Zainab."

"Amboi Makcik Minah.. yang kitaorang kat sini ni tak nampak ke?? Tak di peluk ke?" Suara Kak Nad.

"Memang Ami je yang dia sayang.. Kan Ila?"

Aku melihat Kak Nad dan Kak Ila.

Makcik Minah terus menghampiri mereka berdua lalu menakul mereka.

"Alolo... jangan lah merajuk.. hah ratu ratu tak cantik kalau merajuk tau." Makcik Minah pun menghampiri kak Ila dan kak Nad lalu memeluk mereka.

"Wahhh... awet muda je Makcik Minah ni.. cantik pula tu.. Alhamdulillah sampai juga jodoh makcik Minah kan." Kata Kak Nad.

"Ishhh budak ni.. mulut tu jaga sikit" kata mak.

"Alhamdulillah. Yelah tu.. korang jangan jadi macam makcik Minah, nanti kalau dah ada lelaki yang datang melamar tak payah tunggu setahun dua tahun nak terima. Tak pasal pasal jadi.. macam makcik" kata makcik Minah.

BOSS ALIEN KU • (#1 Boss)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora