5

7K 296 0
                                    

Suaranya sangat dalam, tegas dan berkarisma.
Tapi aku tak kata suara dia hot! Suara dia biasa je. Ya! Biasa! Tapi betul ke dia boss aku?

Sekarang ni aku didalam bilik aku.

Aku masih memikirkan perbualan  aku dengan boss aku.

"It's me" suaranya sangat dalam tetapi sedap di dengar.

"B-b-boss?" Kataku dengan perasaan yang bercampur takut dan terkejut bila mendengar suara boss aku buat pertama kali.

"Cik Amra... Saya nak tekankan pada awak yang harga barang didalam kedai, saya yang tetapkan bukan awak"

Aku tidak terlalu memperhatikan kata-kata yang di ucapkannya sebab aku sibuk  terbuai dengan suaranya yang agak dalam tetapi lembut dan nyaman ditelinga.

"Cik Amra?" Dengan suara yang menekan aku pun tersedar dari buaian ku.

"Ya boss! Ok boss!"

"Fine, next time ask me first kalau awak tak tahu harga"

"Ok boss"

Lepas itu dia tutup telefon. Tapi dia tak marah aku pun. Tapi betul lah kata Nora suara dia memang ho-, Eh tak suara dia biasa je! Aku ni pun satu macam tak pernah dengar suara orang langsung. Tapi aku rasa dia tu muda lah, aku tak pasti sebab aku Belum lihat orangnya lagi.

"Wuahh!" Aku menguap dan mengantuk.

Esok kerja lagi.

*******

Sudah 10 hari aku kerja di kedai antik Royda.
Aku rasa macam bahagia sangat bila jumpa orang yang baru dan baik pula tu walaupun aku ni biasanya jenis pendiam dan pemalu tapi selepas bekerja disini aku jadi suka bergaul dengan orang, macam pakcik Mahmud yang hari-hari datang kedai,  aku rasa bahagia bila jumpa dia sebab dia dah macam atok aku. Dia selalu bagi nasihat dan ada juga kadang-kadang dia mengumpat boss aku.

Tapi ada kala nya juga aku merasa sangat kecil macam kerdil dihadapan pelanggan yang kaya-kaya.
Ya! aku tahu aku ni tak lah tinggi sangat tapi aku ni kiut lah juga, cuma perasaan yang kadang kadang hadir tu membuat aku terfikir,
"Tempat ni tak sesuai untuk aku"
bila aku hanya seorang yang sederhana dan biasa tetapi terpaksa melayan pelanggan yang kaya, ego dan membazir duit beratus ratus ringgit untuk beli barang antik yang belum tentu ada manfaatnya.

Rasanya macam aku nak berhenti kerja esok juga. Aku rasa macam tak tahan dan menderita disini, ditambah lagi dengan boss yang macam batu, barang jualan pun tak ada harga dan yang paling penting aku terpaksa membazir bill telefon aku setiap hari untuk memesej boss.

Dia tak telefon aku lagi selepas hari tu. Dan aku pun taklah sedih sebab dia tak telefon aku, bahkan aku rasa aman dan tenang dan aku harap sampai bila bila pun dia tak perlu muncul dikedai ni terutama sekali didepan aku.
Cukuplah derita yang aku rasa sekarang ni, tak payah nak tambah lagi dengan kehadiran boss aku tu. Boleh jadi gila aku!

Ting!

-Boss
"Amra, sebelum awak balik rumah macam biasa duit dalam peti jangan lupa kunci."

"Ok boss"    Dah setiap hari dia ingatkan aku, macam lah aku ni pelupa sangat.
Dia ni macam tak kisah sangat dengan duit didalam peti yang kurang keselamatan ni. Senang je dia tinggalkan duit dalam peti tu dalam kedai macam tak guna duit langsung.

Tring! Pelanggan masuk lagi.

Aduh! hari hari kedai ni sibuk sangat sampai aku pun tak sedar hari dah gelap.

Selepas semua pelanggan dah balik, aku pun kemas dan bersihkan barang barang yang habis berselerakkan oleh pelanggan.

Aku pasang speaker bluetooth aku dan dengar lagu kegemaran aku sekuat kuat nya. Ala, jangan risau bukan lagu rock pun, tapi lagu yang lembut.

Dering telefon ku membuat tersenyum dipagi hari~
Kau bercerita semalam kita bertemu dalam mimpi~

Aku membersihkan sambil menyanyi.

Aku disini dan kau disana~
Hanya berjumpa via suara~
Namun ku selalu menunggu saat kita akan berjumpa~

Tring!

Pelanggan masuk. Tapi kali ni orangnya sederhana, sangat sederhana. Seorang makcik tua yang bertudung dan berbaju lusuh masuk mmberi salam.

"Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam makcik" aku tersenyum kepada makcik tu lalu memegang bahunya untuk membantunya badannya yang lemah.

"Cik, saya nak minta tolong. Saya sangat terdesak cik" kata makcik merayu kepada ku.

Aku jadi kesian melihat makcik tu. Kalau dia perlukan sesuatu, aku akan cuba bantu semampu aku.

"Kenapa makcik?"

Makcik tu mengeluarkan sesuatu dari dalam begnya.

Kotak antik kayu yang kecil dan cantik lalu dia membuka kotak tersebut. Didalamnya terdapat batu mutiara berwarna putih.

"Makcik nak jual ni kat sini boleh tak? Makcik jual $30 je. Tolonglah makcik, makcik perlu wang cik" rayu makcik tu lagi sampai buat aku jadi sangat kesihan kepadanya.

"Ini mutiara asli dari laut. Suami makcik sendiri yang dapat ni cik"

Lalu aku ambil dan lihat mutiara yang ada didalam kotak tadi.

Ya, memang cantik, tapi aku dapat bezakan mutiara asli dan tiruan,
dan yang ada ditangan aku sekarang ni adalah tiruan.
Aku lihat lagi makcik yang ada didepan ku, wajahnya sangat cemas dan risau. Tapi aku tak nak tanya lama lama tentang mutiara tu sebab mungkin dia sangat terdesak sampai dia sanggup menipu.

Aku jalan ke kaunter lalu aku ambil beg tangan aku dan keluarkan duit $50 sebab itu je yang aku ada sekarang ni. Aku ikhlas nak bantu makcik ni.

"Makcik nah! Ambil je makcik kira sedekah saya!" Aku masukkan duit tu kedalam tangan makcik.

Makcik tu hanya terdiam dan terkejut melihat perbuatanku. Matanya seperti berkaca kaca.

Aku tak sangka pemberian ku yang tak seberapa ni boleh buat makcik ni menangis.

"Terima kasih cik! Terima kasih sangat-sangat! Semoga Allah membalas jasa cik dan rezeki cik berpanjangan tak putus putus"
Makcik tu menangis teresak-esak sambil memegang tanganku dan kemudian memeluk aku.

"Takpe makcik, ini je yang saya dapat tolong" aku tersenyum kepadanya.

"Kamu ni memang orang yang baik. Makcik doakan kamu panjang umur dan murah rezeki. Hanya Allah saja yang dapat balas perbuatan kamu" kata makcik tu sebelum dia membuka pintu.

"Amin. Semoga makcik pun dimurahkan rezeki ya makcik"
Makcik tu tersenyum lalu terus keluar.

Tiba-tiba jadi sunyi pula, lagu yang ku pasang tadi pun tidak kedengaran lagi, mungkin telefon aku habis bateri kut.
Tanpa membuang masa aku terus sambung kerja mengemas aku tadi.

Lalu aku baru sedar bila aku ternampak mutiara didalam kotak kecil didepan aku.
Aduh! Aku terlupa nak bagi semula mutiara tu kepada makcik tadi. Mungkin nanti dia datang lagi kut.

Aku ambil kotak kecil tu lalu aku letakkan diatas meja kaca bersama barang barang antik yang lainnya.
Sesuai juga kalau simpan disini.

Kotak dan mutiara tadi kelihatan sangat mahal bila dihimpun dengan barang yang lain.
Aku cuma letak mutiara ni disini sebagai perhiasan je, bukan untuk dijual sebab mutiara ni palsu.

Tring! 

Waktu nak tutup ni pun ada pelanggan lagi nak masuk?!

Aku toleh kebelakang untuk melihat siapa yang masuk.

Dan kali ni orangnya sangat berbeza. Bukan pakcik atau makcik, tapi yang ni seorang...

lelaki muda.

BOSS ALIEN KU • (#1 Boss)Where stories live. Discover now