27

7.4K 310 13
                                    

Nasib lah ada satu teksi ni yang berhenti dikawasan hotel.
Driver nya memang tak nak terima pelanggan malam malam macam ni tapi aku paksa juga.

Selepas sampai di hospital aku terus berlari ke ruang emergency.

Dengan nafas yang masih tak teratur aku bertanya kepada seorang perawat yang berdiri kat situ.

"Nurse-Hairi Ilham.."

Mengambil masa 5 minit untuk mencari nama pesakit. Membuatkan aku bertambah gugup dan takut.

"Cik siapa?" Tanyanya

"Saya ahli keluarga dia" kata ku tanpa berfikir panjang lagi.

"Cik boleh masuk kat dalam, katil nombor 11."

Aku tanpa membuang masa aku berlari masuk.

Aku melihat pesakit pesakit kat dalam ni cedera parah. Aku risau setengah mati.
Ya Allah, semoga tak terjadi apa apa.

Aku mencari katil nombor 11.

Bila aku nampak katil nombor 10, dan aku melihat sebelahnya tertutup dengan tabir yang panjang.
Mungkin ni katil 11.

Seorang lelaki dalam perumuran 50an berbincang dengan seorang nurse diluar tabir katil 11 tersebut.

Hati ku bedegup kencang tak henti henti sejak aku menerima panggilan telefon tadi.

Lelaki tersebut melihat aku yang menghampiri kearah mereka.
Dia seperti ragu ragu.

"Hairi Ilham?" Tanya lelaki tersebut kepada ku.

Aku mengangguk sambil berdoa didalam hati.

"Saya yang jawab telefon tadi. Amra." Kataku kepadanya.

"Ohh. Ya ya..
Dia.. ada kat dalam" dia menunjuk kearah tabir tersebut.

Aku seperti tak bersedia untuk melihat disebalik tabir tersebut.

Mataku dah mula terasa panas. Tapi aku tahan.

"D-d-dia kenapa pakcik? Dia ok ke?" Tanya ku lagi.

"Pakcik terjumpa dia tak sedarkan diri ditepi jalan raya tadi. Mungkin dia kena pukul. Tak tahulah, pakcik belum tanya dia lagi sebab dia belum bangun lagi."

"Ya Allah..."

"Kamu pergi lah masuk. InShaa Allah dia dah sedar. Kalau macam tu pakcik minta diri dulu lah ya."

"Terima kasih pakcik pertolongan pakcik ni hanya Allah yang dapat membalasnya. Saya pun tak tahu macamana nak balas jasa pakcik ni."

"Pakcik tolong ikhlas. Dah takdir pakcik terjumpa dengan dia malam ni. Lagipun sesama manusia ni kita haruslah saling tolong menolong.
Pakcik doakan dia cepat sembuh dan sihat kembali.
Pakcik minta diri dulu lah ya. Assalamualaikum"

"Waalaikumsalam. Terima Kasih pakcik." Jawabku.

Aku menghampiri tabir tersebut, lalu dengan perlahan lahan aku membukanya.

Dia terbaring diatas katil masih dengan kemeja putihnya yang sudah kotor.
Rambutnya kusut, wajah nya luka dan terdapat lebam dipipi dan bibir nya.

Aku jadi sedih dan timbul rasa bersalah didalam diriku sebab meninggalkan dia.

Nasib lah dia tak seteruk yang aku bayang kan.

Aku menarik kerusi dan duduk disebelah katil.

Aku cuba memanggilnya.

"Boss.... boss Hairi.." panggilku dengan perlahan.

Dia masih tak sedar.

"Saya minta maaf.."

BOSS ALIEN KU • (#1 Boss)Where stories live. Discover now