29

8.1K 337 27
                                    


"Amra.." seperti ada suara yang memanggilku.

"Amra.. Amra"
Sekarang lengan ku pula seperti ada yang cucuk.

Dengan malas aku membuka mataku.

Dah malam.

Aku tertidur rupanya.

"Amra bangun.. Ada polis kat depan."

Aku baru sedar yang kami didalam barisan kereta yang tak begitu panjang.

Aku menoleh melihatnya.

"Polis?" Tanya ku hairan.

"Ada roadblock." Jawabnya

"Ohh.."
Kataku sambil melihat wajahnya yang masih segar seperti tak mengantuk langsung.

"Sorry saya tertidur pula." Kataku dengan rasa bersalah.

"It's ok. Saya tahu awak letih" katanya.

Aii sejak bila pula dia baik ni.

"Tapi boss yang drive... mesti letih sangat kan."

"Tak pe. Saya ok." Lalu dia senyum.

Dup dup... dup.. dup..

Umm.. kalau aku tahu dia akan macamni.. lebih baik aku tak cakap.

Selepas polis memeriksa lesen pemandu dan pass kenderaan.
Kami pun gerak seperti biasa semula.

Aku melihat keluar jendela.

Ada cahaya terang benderang dari jauh.

Kami semakin dekat menghampiri cahaya tersebut.

Dekat..
Dan semakin dekat...

Rupa rupanya cahaya dari
Fun Fair!!!

Yang terletak dilapangan disebelah bangunan shopping complex.

Aku terpegun melihat cucul  Ferris Wheel yang berwarna warni yang nampak sangat meriah.

Aku menoleh melihat boss ku.

"BOSS!"

Dia terkejut sehingga matanya membulat melihatku.

"Kenapa awak ni? Kalau tak jerit tak boleh ke. Saya boleh dengar lah" Katanya.

"Kita... singgah sana nak?" Aku menunjuk Fun Fair yang terlihat dari tepi jalan.

Dia melihat Fun Fair tersebut lalu melihat aku, kemudian tengok Fun Fair lagi lepastu aku.

Dia menggaru lehernya yang tidak gatal.

"Umm... tak payah lah pergi sana. Nanti susah pula nak cari parking." Katanya.

"Alaa boss ni. Tu tengok macam tak ramai orang datang je."

"Tak payah lah Amra... Nanti nanti lah awak pergi sana. Lagipun dah malam kan, saya pun rasa.. macam letih pula." Dia mengurut ngurut bahunya.

"Tadi boss tanya saya nak pergi mana. Sekarang bila saya dah cakap, boss pula tak nak...
Lagipun esok kita dah nak balik..
Tak tahu lah bila lagi saya dapat datang sini.." kataku dengan sedih.

"Tu tadi.. sekarang kan dah malam.
Tadi awak juga yang kesihan kat saya sebab letih drive dari Kundasang." Jawabnya.

"Memang lah saya kesihan.... tapi boss tadi kata boss ok je tak letih." Kataku sambil tunduk melipat jari jari tangan ku.

"Yelah saya memang ok tadi, tapi sekarang dah penat. Awak tak penat ke?"

Aku masih tunduk lalu mengiling perlahan kepala ku.

BOSS ALIEN KU • (#1 Boss)Where stories live. Discover now