9

7.2K 318 0
                                    

"Ya Allah! Ami!" Kak Nad terkejut semasa nampak aku didapur sedang memasak sarapan pagi.

Kad Nad mengusap dadanya.

"Ami! Kamu ni buat orang terkejut!"
Marah kak Nad kepada ku.

"Selamat pagi kak Nad!" Kataku kepada nya.

"Apa yang kau buat pagi pagi buta ni di dapur?! Memasak pula tu! "

"Aii takkan lah tak nampak? Ami tengah buat breakfast untuk Ami"
Kataku sambil memasak.

Kak Nad menghampiriku lalu melihat apa yang aku masak.

"Kalau ya pun breakfast, tapi kenapa awal sangat? Kau kan kerja pukul 9 pagi, tapi sekarang ni baru je pukul 7:10 pagi"

"Hari ni Ami mesti awal sikit. Ami tak nak lewat!" Aku menutup tambak lalu mengambil piring.

"Kenapa ada pelanggan lagi?"

"Tak. Cuma hari ni ada Alien nak datang" kataku selamba.

"Alien?" Kak Nad hairan melihat aku.

"Ya." Aku duduk dikerusi meja makan. Kak Nad pun duduk dikerusi depan aku.

"Kau ni..semenjak kau bekerja kat kedai antik tu, kau macam ganjil. Jangan jangan kau ni.....kerasukkan penu-"

"Kak Nad! Takde lah!" Bantahku.

Kak Nad ni mulut dia masin sikit, aku takut pula nanti kata kata dia jadi betul nanti.

"Hmmm...tahu takut! Tapi kau ni Alien mana yang nak datang ni?"

Aku makan nasi goreng yang ku masak tadi.

"Nah! Nak rasa masakkan Ami?" Aku sorong piring nasi goreng ku kepada kak Nad.

"No thanks! Dari warna nasi kau tu pun dah kuning, aku dah tak ada hati nak makan" dia menyorong kembali piring tadi kepada ku.

"Hmph! Jual mahal" aku sambung makan nasi goreng ku dengan berselera.

"Siapa yang hantar kau pergi kerja hari ni?" Tanya kak Nad kepada ku

"Abah lah siapa lagi"

"Eh kau lupa ke abah dan mak pergi kenduri kahwin hari ni kat kampung. Mereka dah bertolak pukul 5 pagi tadi"

Aku terkejut.

"Habis siapa yang hantar Ami?!" Mata ku terbeliak.

"Nampaknya aku lah tu" Kata kak Nad sambil mengambil sudu ku lalu mengambil sedikit nasi goreng dan masukkan ke mulut nya.

"Hmm sedap juga eh!! Walaupun kuning. Telur kau banyak sangat kut."

Dia makan lagi.

"Kak Nad! Kalau kak Nad yang hantar Ami pergi kerja so kenapa tak mandi lagi?!"

"Eh sabar lah! Aku pun ada life juga! Aku sebenarnya pun busy hari ni."
Dia berdiri lalu mengambil air minum.

Aku lihat jam di tangan ku sudah pukul 7:40.
Aku risau sebab kak Nad ni kalau mandi boleh sejam!

"Kak Nad mandi lah cepat! Kak Nad tu bukan seminit mandi tapi sejam!! Cepat lah!"
Kataku kepadanya seperti menangis, sebab dengan cara macam tu je yang boleh buat dia bergerak.

"Ok! Kejap lah aku nak minum dulu!"

*****

Sia-sia je aku bangun pukul 6:30 pagi tapi sampai kedai tepat pukul
9 pagi. Aku ni nak rancang datang kedai sebelum pukul 9 sebab aku nak bersihkan kedai sebelum boss aku datang buat 'surprise'

BOSS ALIEN KU • (#1 Boss)Where stories live. Discover now