"I am okay, honey," pujuk Zariel.

Luna mencebik di bahu Zariel.

"Tipu. Muka hubby pucat. Hubby selalu muntah-muntah. Hubby jadi lemah, pening kepala, mudah penat," sebut Luna satu-satu dalam esakan.

"Alah apa lah sangat," komen Zariel.

Luna dah berhenti menangis. Dia bersandar pula pada dada Zariel. Tangan Zariel melingkar di pinggang Luna.

Tapak tangannya melekap di bahagian hadapan Luna yang sedikit melengkung ke hadapan.

"Tak sabar," komen Zariel.

Luna turut tersenyum.

"Hubby rasa baby girl ke boy?," tanya Luna.

Tiada balasan dari Zariel. Luna pusingkan kepala ke belakang.

Tangan yang melingkar di pinggangnya dirungkai lembut. Wajah pucat Zariel buat Luna risau. Mata Zariel terpejam.

"Okay tak ni, hubby?," tanya Luna prihatin.

"I'm fine. Don't worry,"

Luna tolak perlahan dada Zariel hingga Zariel terbaring ke belakang. Zariel hanya relakan diri.

"Baring dulu. Honey ambil ubat jap. Hubby kena makan ubat. Teruk sangat dah ni kalau sampai pucat," kata Luna.

Tak sempat Luna nak bangun, tangannya ditarik kuat hingga dia terjatuh kuat di atas dada Zariel.

"Aw!,"

"Sakit ke hubby? Siapa suruh tarik orang?," soal Luna.

Zariel tersenyum nipis.

"Tak sakit langsung. Gurau," kata Zariel.

Bila kepala Luna nak bangun, Zariel tahan dengan tangannya.

"Jangan bangun. Teman," arah Zariel.

Matanya terpejam.

"Nak ambil ubat la," balas Luna lembut.

"Shh,"

Luna hanya mengeluh. Dia betulkan kedudukan kepalanya agar selesa berlabuh di atas dada bidang Zariel.

Berada dalam pelukan Zariel... tak pernah dia rasa tak selesa.

Tenang.

"Pening kepala," adu Zariel perlahan.

Luna hanya mampu tersenyum kelat. Simpati dengan keadaan Zariel.

"Macam mana hubby nak pergi pejabat?," soal Luna.

Zariel tidak menjawab. Matanya masih dipejamkan.

Luna hanya biarkan keadaan Zariel begitu hingga dia tertidur dalam pelukan Zariel.

Telefon Zariel berbunyi. Zariel terjaga.

"Aku tertidur?,"

Telefon di dalam poket diambil. Panggilan daripada Joey itu dijawab. Zariel bangun dan bergerak ke tingkap bilik.

Luna yang sedang tidur itu dipandang
dengan senyuman kecil di bibir.

"Apa?," soal Zariel pada Joey.

Soalan lazim kalau Joey call.

"Bos masuk tak mesyuarat tengah hari nanti?," tanya Joey.

Maklum dengan morning sickness yang dialami bosnya. Gila tak sedar kalau Zariel mudah melenting bila pekerja dia buat silap. Dekat pejabat semua takut nak buat masalah sebab mood Zariel tak elok kalau dia tak sihat. Tapi selalunya pagi-pagi je. Zariel tiap-tiap hari pening kepala sejak dua menjak bila dapat tahu Luna mengandung. Doktor pun tak dapat buat apa-apa.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now