"Tak mana ada!," nafi Airis kalut.

Kalau dia tak datang macam ni mesti dia tak tahu langsung. Mujur dia tak hubungi Airis dulu. Sekarang mereka berdua dah kantoi. Luna menggeleng kepala. Susah nak hadam. Luna tak pernah pula nampak isyarat apa-apa daripada mereka berdua selama ni.

"Bukan tak nak bagitahu. Tapi orang tu tak nak saya. Dia jual mahal sangat,"

Luna menahan sengihan. Nampaknya seorang jujur. Tak berdalih langsung. Seperti yang boleh dijangka oleh seorang Que Ameer.

"Sekarang kau orang kena cerita everything dari mula," ujar Luna tanpa kompromi.

Macam ni rupanya dua orang kawan baik dia ni. Sanggup membelakangkan dia yang sangat teruja dengan semua ni.

Mereka bertiga ke kedai makan berdekatan. Takkan nak duduk kat luar rumah Airis dalam tengah panas terik kan? Nak masuk dalam pun tak sesuai sebab ada Que.

Que tarik kerusi untuk Airis tapi tanpa simpati, Airis duduk di kerusi lain. Luna hanya senyap dan ambil duduk sendiri. Dia hanya memerhati interaksi mereka dari tadi. Luna dah boleh baca situasi.

Nampaknya kisah ini ialah kisah bertepuk sebelah tangan.

"Okay. Mula cerita,"

Airis hanya diam.

Dia bukan suka pun Que. Bagi Airis dia bukan Luna. Airis tak nak libatkan diri dalam dunia orang macam Que.

Hidup sederhana dengan suami yang sederhana.

Itu prinsip Airis. Jadi tak mungkin dia akan terima Que walaupun Que merayu sekalipun. Bukan dia benci Que tapi dia benci... Hidup Que.

Que pula tertarik pada Airis sebab perangai Airis yang agak menghairankan. Airis seorang gadis yang cekal dan penuh dengan rahsia. Tapi bila dia cuba dekati Airis, Airis makin jauh. Apa yang kurang pada dia?

Airis tak akan buka hati dia untuk Que.

"Saya suka kawan baik awak," jujur Que mengaku.

"Maksudnya?,"

Luna menduga sambil sebelah angkat kening. Luna memang sayang kawan dia Airis tu. Jadi siapa yang nakkan Airis kena lepasi dia dulu. Masalahnya yang nak kat Airis ni pun kawan baik dia. Jadi macam mana ni?

Kira bagi jelah. Masalahnya Airis pula tak nak kat Que! Masalah.

"Saya dah jatuh cinta dengan Airis dan saya nak jaga dia seumur hidup saya untuk jadi suri hati saya," jawab Que yakin.

"Kau Airis?," soal Luna.

"Well... Aku tak nak terjebak dalam cinta dua darjat. Tolonglah bukan citarasa aku okay. Kau tahu impian aku," jawab Airis.

"Hidup aku dah sesuai macam ni. Aku nak suami aku nanti orang biasa dan bukannya jutawan muda atau orang ternama," tambah Airis. Memerli Que yang pernah menjual diri sendiri dengan menyatakan status kewangannya.

Luna mengeluh kecil.

Kesian Que. Airis seorang yang keras kepala kalau dengan prinsip. Masa silam Airis bukannya macam masa silam Luna yang penuh dengan kebahagiaan dan kemewahan. Luna kesiankan mereka sebab Luna tahu bukan mudah Que nak jatuh cinta. Dan bila Que jatuh cinta, dia jatuh cinta dengan gadis yang tak mahukan dia.

Tapi Luna tahu satu perkara. Benteng antara mereka berdua dicipta oleh Airis sendiri. Airis tak nak masa lalu berulang kembali. Mak Airis sebenarnya telah berkahwin dengan seorang usahawan berjaya, iaitu ayah Airis. Nenek Airis tak suka sebab mak Airis golongan sederhana. Akhirnya ayah Airis ceraikan mak Airis kerana diugut berkaitan dengan pewarisan takhta dan berkahwin dengan pilihan keluarga. Airis dan maknya disisihkan dari keluarga itu dan hidup berdua.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now