Part 63. Rumah Kayu

Start from the beginning
                                    

Mak Piah ternampak seorang lelaki sedang berjalan melintasi jalan dan tanpa dijangka sebuah moto ditunggang laju.

Moto itu sempat brek tetapi akibat luar kawalan, perlanggaran kecil berlaku. Dato' Qair terjatuh duduk. Lututnya sakit dan berdarah kecil. Perit lah juga. Penunggang moto itu terus meminta maaf dan membantu Dato' Qair bangun.

Mak Piah menyaksikan kejadian itu. Bila lelaki muda yang menunggang motosikal itu membuka topi keledarnya, Mak Piah tersentak. Itu anak bongsunya, Adam.

Terus Mak Piah menghampiri mereka di seberang jalan. Wajah cemas dan risau tertayang di wajah wanita tua itu.

"Adam, apa yang jadi ni? Kenapa bawa laju sangat motonya?," marah Mak Piah.

"Maaf ya encik. Ni anak saya," kata Mak Piah dengan rasa bersalah.

Dato' Qair tersenyum dengan reaksi 'tak apa' dipamerkan.

"Dah luka dah ni. Maaf ya encik. Apa yang boleh saya buat bagi tebus salah Adam?," soal Mak Piah.

"Tak apa saya okay. Panggil saja saya Qair," kata Dato' Qair.

"Pak cik nak ke mana ni?," soal Adam.

Dato' Qair tersenyum tawar. Dia sendiri tak tahu dia nak pergi mana. Dia nak ke kampung dia sebenarnya tapi lupa nama kampung sendiri. Kampung belah ibunya jarang dilawati kerana sibuk. Lagipun dia dah tak ada keluarga. Yang tinggal hanyalah rumah pusaka. Dia ingat dia nak tinggal di situ untuk habiskan masa tua dia yang bersisa. Mujur dari dulu lagi dia ada upah orang kampung untuk jaga rumah itu.

Sekurang-kurangnya dia ada tempat berteduh.

Dia datang ke Kedah pun dengan duit dia yang masih berbaki sedikit hasil daripada kerja dia sebelum syarikat AA dibuka. Dia dahulunya seorang peniaga biasa saja. Kerana kerja keras dia, dia berjaya. Tapi akibat sikap tidak berfikir buruk pasal orang menyebabkan dia ditimpa musibah sebegini.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now