Luna menggeleng lucu. Boleh pula budak comel ni cakap macam tu.

"Kalau Isya ada adik, Isya tak nak sayang adik ke?," soal Luna menduga.

Kenapa lah topik ni keluar? Isya... Isya. Balik rumah dulu tak boleh ke?

Isya nampak serba salah.

"A-ayang," jawab Isya selepas lama berfikir.

Luna dan Zariel tersenyum mendengar jawapan Isya. Isya memang anak yang baik dan bijak. Dia pandai berfikir dengan matang. Lega mereka berdua.

"Dah jom kita balik,"

Lepas Zariel beri arahan lembut baru tamat pasal hal tu.





Dalam kereta...

Isya di tempat duduk penumpang belakang. Tali pinggang keselamatan memang wajib mereka pastikan Isya pakai.

"Kita nak pergi mana ni?," soal Luna hairan.

"Kedah," jawab Zariel sepatah.

Terlopong Luna. Zariel nak buat kerja gila ke apa? Sekarang ni dia orang sekeluarga baru balik dari hospital di Kuala Lumpur. Naik kereta terus nak bertolak ke Kedah? Biar betik? Jauh kut. Naik kereta drive sendiri pula tu. Bukan naik kapal terbang ke apa.

"Hubby?!,"

Zariel hanya senyap.

"Nak bawa Luthfia dan han kat suatu tempat," kata Zariel ringkas.

"Nanti lah. Esok ke? Kita tak sedia apa-apa pun ni," kata Luna lembut.

"Nanti belilah baju dan kelengkapan kat sana. Ni ada kaitan dengan papa han," kata Zariel serius.

Sebenarnya Zariel nak bagitahu segalanya hari ni sebab dia jadi lebih kuat untuk bagitahu Luna. Sebelum ni dia belum bersedia lagi nak bagitahu. Memang takdir nak kebenaran terbongkar hari ni agaknya.

Dah tiga tahun Zariel sorok benda ni daripada Luna. Hari ni dia akan jujur!

Biar penat dan lama perjalanan ke Kedah. Bagi Zariel, dia akan rasa lebih tenang bila Luna dah tahu hal ni. Jauh pun jauh lah. Baik bagitahu terus sementara dia ada kekuatan nak bagitahu kan?


Beberapa jam kemudian...

Mereka akhirnya tiba di Kedah.

Masa perjalanan mereka agak lama sebab berhenti di banyak perhentian. Sekali dengan budak susah sikit, banyak ke tandas lagipun dia orang kena beli baju, makanan dan kelengkapan lain. Dah dia orang memang sehelai sepinggang je datang ni.

Zariel suka buat kerja gila.

"Nak pergi ane ni, papa?," soal Isya polos.
(Nak pergi mana ni, papa?)

"Nanti Luthfia tahu," jawab Zariel.

Zariel suka panggil nama anak dia dengan panggilan 'Luthfia'. Kalau Luna 'Isya'. Zariel suka nama Luthfia sebab nak dekat sama macam nama dia. Biar semua orang tahu tu anak dia. Lagipun Zariel suka dengan nama itu. Bukti Luna kisah pasal dia.

"Zariel, papa sihat tak? Papa kat mana sekarang? Hidup papa okay tak selama ni?," soal Luna.

Nada Luna agak sayu. Sungguh dia sedih dan simpati terhadap nasib papanya itu. Zariel menarik nafas dalam-dalam dalam jedanya.

"Nanti honey tahu,"

Jantung Luna berdebar bila dengar Zariel kata macam tu. Dia dapat rasa sesuatu yang buruk.
Risau dia semakin mengunung. Luna nak cepat sampai supaya dia dapat hilangkan rasa takut. Dia tahu papanya akan hidup bahagia dan selamat selama ni. Dia nak peluk dan ungkapkan kata rindu dan sayang pada papanya yang tercinta.

The Unexpected LifeМесто, где живут истории. Откройте их для себя