Fungsi Zariel di situ hanya sebab tak nak bagi mereka berdua. Jangan harap dia bagi Que berdua-duaan dengan isteri dia.

"Cepat-cepatlah cari jodoh. Kahwin dan dapat anak pastu bolehlah kita berbesan," sokong Luna bersemangat.

Que mengangguk laju. Isyarat 'okay' diberi. Kemudian mereka tergelak kuat. Zariel berdehem. Mereka terus terdiam.

"Tak nak aku. Jangan harap,"

Zariel saja potong mood. Muka Luna dah mencuka. Que tergelak kuat tanpa henti. Entah kenapa dia rasa lawak sangat. Memang macam bodoh je gelak macam orang gila. Hilang sikap cool dia dengan Zariel. Zariel hampiri katil dan ambil bantal. Lalu bantal tersebut dibaling ke arah Que yang tergelak kuat itu.

Kuat, padu dan tepat!

Que tersentak.

"Sh*t!,"

Que mencarut kecil. Bantal tadi dikutip lalu...

Bush! Tepat ke muka Zariel.

Mata Zariel terpejam bila bantal itu kena tepat ke mukanya. Penumbuk digenggam.

Baru Zariel nak meletup, Luna yang tergamam seketika tadi tergelak. Sungguh Luna terhibur bila bantal itu tepat pada wajah kacak Zariel.

Tak jadi Zariel nak mengamuk bila lihat tawa dan senyuman manis Luna. Que dipandang tajam sebelum keluar dari bilik itu dengan perasaan bengang.

Que dengan Luna tersenyum sambil berbalas pandang. Lalu mereka ketawa.

Luth Zariel kena baling dengan bantal?

Luna rasa nak viralkan je. Lucu gila muka Zariel tadi. Mesti tak sangka Que balas balik.

"Tulah suka sangat cari pasal dan kacau mood orang," komen Luna.

Que mengangguk setuju.

"Saya ingat habis dah saya tadi," kata Que lucu.

Selamat dia bila Zariel blah terus tanpa buat apa-apa. Mesti sebab Luna gelak marah Zariel hilang. Que tahu.

"Saya tak percaya tadi tu Luth Zariel," kata Que.

"Luth Zariel bengang baling bantal?," soal Que lucu dan tak percaya.

Luna cuba tahan tapi tak mampu. Dia melampiskan ketawa dia lagi.

Luna senyap bila teringat yang Isya sedang tidur di katil itu. Mujur ada dua bantal tadi. Luna rasa nak gelak lagi. Isya bergerak sedikit apabila keadaan agak bising.

"Luna,"

"Ya?,"

"Awak tahu tak yang suami awak tu dah musnahkan empayar Dato' Anas dan Arman semalam?,"

Wajah Que dipandang.

"Apa?!,"

"Dalam masa satu hari, syarikat AA bankrup dan diambil alih oleh syarikat SLR. Zariel beli AA lepas musnahkan empayar mereka," terang Que.

Wajah terkejut Luna jelas kelihatan.

"Apa yang jadi? Bagitahu saya dari mula, Que," pohon Luna.

Que duduk di sofa. Luna pula duduk di sebelah tempat Isya tidur.

"Hal Dato' Qair dah selesai sebab kebenaran telah terbongkar. Saya tak tahu kenapa Zariel bersihkan nama pemilik AA sebelum ni. Semua orang dah tahu muslihat Dato' Anas dari awal untuk jatuhkan dan dapatkan AA. Kes penyelewangan duit syarikat
sebenarnya dilakukan oleh Dato' Anas untuk fitnah kawan baik sendiri. Hak pemilikan AA jatuh kepada Zariel sebab lembaga pengarah AA jual AA kepada Zariel. Mungkin tahu Zariel nak AA jadi dia jual pada Zariel lagipun AA dalam masalah pengurusan sekarang sebab hal besar ni," cerita Que dengan tenang.

Luna diam tanpa komen. Dia terharu bila nama ayahnya dah bersih. Luna sangat gembira dalam sedih. Sedih kerana keluarga Arman dah hancur.

Bukan apa. Luna hanya tak sampai hati nak musnahkan mereka bila teringatkan ibu Arman. Ibu Arman seorang wanita mulia yang ikhlas sayangkan Luna. Hanya dia yang jujur dengan Luna. Dalam dua tahun lepas, Luna terjumpa Datin Ana. Datin Ana jujur tentang semuanya dan merayu minta maaf. Kasih sayang Datin Ana padanya sejak dari kecil masih terasa.

Ini sebab sebenar dia tak nak Zariel musnahkan mereka tiga tahun lepas. Demi Datin Ana, dia sanggup maafkan keluarga mereka.

"Luna, awak okay tak ni?," soal Que.

Luna hanya mengangguk lemah. Simpati dia mula mengunung. Sejak dua menjak ni emosi dia agak berlebihan.

"Dato' Qair sebenarnya ayah saya,"

Baru Que faham dan jelas tentang tindakan Zariel. Sebab Luna rupanya. Mestilah sebab Luna... jarang Zariel buat kerja macam tu kalau bukan sebab tertentu.

"Uhm... Boleh saya tanya sesuatu?,"

"Tanya lah," balas Luna.

"Dato' Qair menghilang ke mana selama ni? Ayah awak di mana sekarang?," soal Que dengan perlahan dan berhati-hati agar Luna tidak  berasa sedih dengan soalannya.

Luna terdiam.










The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now