"Jungkook...jangan mulakan.. " Chan Mi memberi amaran.

Tapi Jungkook buat tak endah.  Dia menyisip perlahan teh herbanya sambil merenung ke arah Taehyung.

"Taehyung.." panggil Jungkook tiba tiba. Chan Mi dan Taehyung serentak menoleh ke arah lelaki itu.

"Cikgu kat tadika mesti lawa lawa kan?  Apa kata kau dapatkan nombor dorang untuk aku. Mana lah tahu aku berjodoh dengan orang sini. " kata Jungkook dengan sengihan lebar.

"Yah,  kau jangan nak ajar dia benda bukan bukan eh." ujar Chan Mi.

"Kenapa? Cemburu? "

"Diamlah. Kau jangan nak ajar benda pelik pelik. Jangan berani kau turunkan ilmu menyetan kau pada suami aku. Cukuplah kau sorang je setan terlepas dari neraka."

Taehyung pantas tekup mulutnya menahan tawa. Wajah terkedu Jungkook dipandang sekilas.  Heh,  padan muka kena marah dengan Chan Mi.

Pon! Pon!

Bunyi hon kereta mengejutkan mereka bertiga. Taehyung pantas berdiri,  beg galasnya dicapai laju.

"Kakak,  Chim dah sampai! " kata Taehyung seraya berlari ke muka pintu. Chan Mi mengikut dari belakang.

"Taehyung ah!! " Jimin menjerit dari celah tingkap kereta yang diturunkan separuh.  Dia melambai dengan teruja.

"Kakak! Tae pergi dulu!  Byebye,  I love you! " sempat Taehyung mencium sekilas bibir Chan Mi sebelum berlari ke kereta Chaerin.

"Nombor telefon awek aku jangan lupaa!! " jerit Jungkook menitip pesan. Entah bila masa lelaki itu ada di tepinya.

Pakk!

"Kau jangan nak merepek!" Chan Mi  menampar kuat kepala lelaki itu. Tak habis habis dengan nombor telefon.

"Adoi!  Sakitlahh!!! " jungkook merintih sakit. Pedihnya terasa hingga ke tulang hitam.  Berbisa sungguh tangan Chan Mi.

Kereta Chaerin bergerak pergi. Kini tinggallah mereka berdua. Jungkook masih menggosok kepalanya berusaha mengurangkan sakit hasil penampar kuat Chan Mi.

"Dah, jom masuk.  Kau tolong aku masak.  Tengahhari nanti Tae balik.  Mengamuk pulak dia kalau tak ada makanan. " ujar Chan Mi seraya melangkah ke dapur.

"Ha? Masak?  Aku salah dengar ke ni?  Takde class la aku buat semua tu. Muka handsome macam aku ni sepatutnya ada kat red carpet,  dipenuhi para peminat yang menjerit histeria setiap kali nampak aku." kata Jungkook penuh lagak.

Chan Mi lepas keluhan berat. Dia mengulingkan mata dengan perangai syok sendiri Jungkook.  Lelaki itu memang species masuk bakul angkat sendiri.

"Sebelum aku belasah kau,  baik kau gi dapur sekarang. Aku ada banyak kerja lagi nak buat, bukan nak layan kau sorang. " balas Chan Mi.

"Wush. Garangnya.. " Jungkook agak kagum dengan diri Chan Mi.  Nampaknya gadis itu betul betul telah berubah.

Jungkook melangkah masuk ke dalam rumah. Dia tak rela sebenarnya,  tapi takkanlah nak biar Chan Mi buat sorang.

Namun tiba tiba langkahnya terhenti,  wajah Jungkook berubah serius. Dia menoleh ke laman rumah semula, ada sesuatu menarik minatnya.

"Chan Mi,  sini jap! " panggil Jungkook.

"Ha, apa lagi? " Chan Mi dekati Jungkook yang masih statik di muka pintu.

"Kau ada oder barang online ke? "

"Ha? Mana ada.. " berkerut dahi Chan Mi dengan soalan itu.

Jungkook perlahan mengangguk. Matanya merenung tajam ke satu arah. Dia mula menyarung selipar lalu melangkah keluar dari rumah.

"Jungkook,  kenapa ni?  Ada apa apa yang tak kena ke? " Chan Mi mula risau.

Jungkook tak menjawab. Langkah diteruskan hingga dia tiba di tembok rumah. Satu bungkusan kecil atas tanah diambil.

"Kotak siapa ni?  Macam mana boleh ada kat sini? "soal Jungkook lagi. Dia membelek kotak sederhana besar itu.

"A.. Aku tak tahu.. Setahu aku,  aku tak pernah buat apa apa pesanan. Dan kalau postmen yang hantar,  kenapa dia letak kat sudut tersorok ni.. " balas Chan Mi.

Jungkook diam.  Tanpa kata,  dia terus membuka penutup kotak itu. Terbeliak mata mereka sebaik melihat isi dalamnya.

Seekor bangkai burung merpati putih
berlumuran darah. Jungkook menyentuh darah itu dan ianya masih panas! Maknanya, burung itu baru sahaja dibunuh. Dan kotak ini,  si pelaku mungkin meletakkannya dalam 5 minit yang lalu.

"Jungkook,  a..apa semua ni? Apa maksud dia? " Chan Mi tak senang duduk. Sekeping nota dalamnya diambil.

DEAD

Tulisan yang ditulis dengan darah itu dibaca dengan hati yang resah.

"Aku perlu siasat. Ada sesuatu yang tak kena. Dan orang yang hantar benda ni, aku yakin dia tak jauh. Dia masih ada disekitar sini. Aku perlu tahu apa motif dia. "

"Aku ikut!" 

Chan Mi pantas mengikut Jungkook masuk ke dalam rumah. Mereka bersiap secepat mungkin. Beberapa senjata turut dibawa bersama sekiranya ada kecemasan.

Mereka perlu tahu maksud disebalik semua ini.

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz