"I pening ni. I nak duduk rehat sorang-sorang jap. Please," pohon Luna rimas.

Darius yang menemani Luna tadi meminta diri. Faozan juga kembali berbincang dengan pengarah tentang movie. Tapi dalam fikiran Faozan penuh dengan rasa risau terhadap Luna. 'Perlu tak aku call Zariel?,' Faozan masih berkira-kira.

Faozan tak jadi nak hubungi Zariel sebab tak lama selepas itu, Luna dah mula pulih daripada rasa pening. Mungkin sebab cuaca sangat panas terik sampaikan menjejaskan kesihatan Luna hari ni.

Habis je sesi lakonan itu, Faozan paksa Luna balik.

Di rumah...

Telefon Luna bergetar tanda ada pesanan masuk. Waktu itu Luna sedang nyenyak tidur di atas katil. Zariel yang berbaring di sebelahnya mengambil telefon yang diletakkan di atas meja itu. Luna nampak macam nak demam jadi Zariel tak nak kacau Luna rehat. Baru Zariel nak senyapkan telefon Luna itu, mesej baru masuk lagi.

Nama Darius terpapar.

'Luna ada nombor mamat ni?,' Zariel buka kata laluan telefon Luna. Kata laluan Luna sangat senang untuk Zariel teka. Tarikh lahir Isya je. Aplikasi WhatsApp dibuka. Peti mesej tadi dibuka.

Darius Movie Lit Up
Asalam,
Luna

Automatik Darius dapat blue tick kerana Zariel baca. Bila Darius ingatkan Luna dah baca, Darius sambung menaip.

Darius Movie Lit Up
Jujur sye
cakap sye
sukakan
awk

Zariel tersenyum sinis. 'Suka hati nak Luna aku,' fikir Zariel cemburu.

Darius Movie Lit Up
Ap kata
kalau kita jdkn
gosip psl kita
tu benda btl?
Sama ad awk
terima or tolak,
sye harap awk
tahu yg sye ikhlas
dn jujur

Lepas Zariel baca, Zariel niat nak padam tapi tak jadi. Bila fikir balik, Zariel akan nampak macam pengecut kalau padam mesej tersebut. Jadi Zariel biarkan saja dan terus letak semula telefon itu di atas meja. Luna yang lena di sebelahnya didakap.

Zariel tahu yang Luna tak ada hubungan pun dengan Darius tapi Zariel tetap susah nak kawal cemburu dia. Jadi Zariel acah macam merajuk. Baru dia tahu seronok juga kena pujuk.

Kenyataan sebenarnya... Zariel dah lama jatuh cinta dengan Luna.

Zariel dah reti cemburu. Dah lama dah Zariel mula rasa cemburu setiap kali ada lelaki yang rapat dengan Luna. Kadang-kadang cemburu Zariel tak munasabah langsung. Tapi itulah. Perasaan sukar dikawal.

Luth Zariel dah fall in deep dengan Luna.

Seorang Luth Zariel telah berjaya ditundukkan.

Zariel dah malas nak bagi layanan bahu sejuk. Kena pujuk memang best tapi nak maintain cool tu susah lah bila Luna yang pujuk. Yang terseksa... diri sendiri juga.

Oh. Baru Zariel teringat sesuatu. 'Arman and family,'


















Sesuatu yang mengemparkan terjadi di set pengambaran Luna.

Arman bin Dato' Anas memunculkan diri.

Waktu rehat krew-krew semua menjadi berita gempak apabila Arman datang dan berhadapan dengan Luna. Arman bertindak cuba untuk menarik Luna pergi ke tempat yang lebih sesuai untuk berbicara tetapi Luna berkeras tidak mahu. Arman tidak mengalah dan memaksa Luna. Mujur Darius dan Faozan ada sebagai pelindung Luna.

"Kau dah kenapa, Arman?," soal Luna terkejut dengan kehadiran Arman di situ.

Dah lama tak jumpa atau dengar cerita tentang Arman atau sesiapa yang ada kaitan dengan Arman. Memang Luna terkejut melihat Arman tiba-tiba muncul di sini.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now