_________________________________________

"Jemputlah masuk.. " pintu bilik tetamu dibuka.

Jungkook menjenguk ke dalam.  Seluruh ruang bilik itu diperhati penuh minat.  Perlahan dia melangkah masuk. Beg galas diletak ke atas katil.

"Tak sangka rumah ni masih kukuh. Dah bertahun tinggal,  masih sama macam dulu. " kata Jungkook sambil memerhati syiling rumah.

Dia tersenyum sendiri bila terkenangkan memori mereka bersama di rumah ini.  Dulu sewaktu kecil,  selalu juga Jungkook datang bercuti setiap kali cuti sekolah.

"Berehatlah dulu. Kau mesti penat memandu. Kalau perlu apa apa, panggil je aku nanti. " ujar Chan Mi.

"Weh, kaki kau kenapa? " berkerut dahi Jungkook sebaik perasan betis gadis itu yang berbalut.

"Cedera sikit.  Tak ada apa sangatlah. Dah baik dah pun. "

"Macam teruk je.  Nak tengok. " Jungkook bangun dari duduk.

"Eh!  Tak payah!  Aku okay. Kau duduk jelah diam diam. Dahlah,  aku keluar dulu. " tanpa menunggu balasan dari Jungkook, Chan Mi terus keluar .  Malas dia nak berlama. Jungkook tu dahla kaki bebel,  bernanah telinga dia nanti.

Chan Mi lepaskan keluhan kecil.  Perlahan dia melangkah ke bilik Taehyung. Dengan teragak agak pintu itu diketuk.

"Tae.. Kakak nak masuk boleh? "

Senyap. Tiada balasan dari lelaki itu. Tombol pintu dipulas dan ianya tak berkunci. Chan Mi melangkah masuk ke dalam.

"Taehyung, kakak masuk ni.." pintu bilik ditutup semula dan dikunci.

Terhenti langkah Chan Mi sebaik melihat lelaki itu. Kelihatan Taehyung sedang mewarna di meja belajar. Khusyuk sekali, langsung tidak menyedari kehadirannya.

"Wah, cantiknya Tae color! " puji Chan Mi sebaik melihat lukisan itu. Dominasi warna yang sangat unik dan menarik perhatian.

Namun tiba tiba, Taehyung terus menutup kuat buku yang sedang diwarnakan. Pencil pencil warna turut dikemas laju.  Wajahnya masam.  Tiada sekelumit senyuman pun di bibir.

"Eh, awalnya kemas kan tak siap lagi lukisan tu. " Chan Mi pelik.

"Tae dah tak ada mood nak mewarna." bentak Taehyung keras. Buku disumbat kasar ke dalam laci meja.

"Tae,  kakak ada benda sikit nak cakap. " kata Chan Mi dengan lembut.  Tangan Taehyung dicapai lalu Chan Mi satukan jemari mereka.

Taehyung merengus kasar namun dia tidak menolak. Wajahnya dipalingkan ke tepi. Tak mahu tengok muka Chan Mi,  dia masih sakit hati.

"Kenapa kakak ada kat sini?  Pergila sana.  Pergi peluk lelaki tu. Tak payah pedulikan Tae lagi. " kata Taehyung dengan geram. Sesekali bibirnya dicebikkan.

"Cemburu eh? " dagu Taehyun dicuit.

"Ish! Kakak ni suka main main.  Fine! Tae mengaku.  Tae memang cemburu bila lelaki tu peluk kakak. Depan mata pula tu.  Ingat Tae ni patung ke? Tae tak suka kongsi kakak dengan orang lain. Kakak milik Tae,  selamanya milik Tae. " luah Taehyung bersungguh.

"Awww cuteeenya bila dia cemburu." Chan Mi tergelak halus. Kelakar pula dia rasa bila Taehyung pandai cemburu.

"Ish, ketawa pula.  Orang tengah sakit hati ni. " Taehyung rentap tangannya dari pegangan Chan Mi. Dia berpaling lalu berpeluk tubuh.  Menyampah dengan perangai gadis itu.

"Okay okay!  Kakak serius.  Tak main main dah. Haa,  apa kata kita duduk dulu baru kakak cerita perkara sebenar. Siapa lelaki tu dan apa hubungan dia dengan kakak.  Tae mesti nak tahu kan? "

Taehyung menurut. Dia mengikut langkah Chan Mi lalu duduk di birai katil.

"Okay,  kakak dah boleh cerita." Taehyung laju berbaring dan letakkan kepalanya di riba Chan Mi.

"Eh,  menyempat lagi. " bahu lelaki itu ditampar. Taehyung hanya tersengih. Peluang macam ni bukan selalu dapat.  Biarlah dia nak bermanja sikit.

"Lelaki tadi tu,  nama dia Jeon Jungkook.  Dia tu sepupu kakak.  Kiteorang membesar sama sama. Kalau Tae nak tahu,  nasib Jungkook sama macam kakak.  Kami membesar dalam kegelapan. Tae faham kan soal ni?  Kami berdua tak ada beza. Masing masing membesar dalam dunia gelap. Kami ada tugas yang perlu kami buat. Kadang kadang kena lawan orang jahat.. Kena bunuh orang jahat..dan..macam macam lagilah.. Tapi kami buat semua tu bersebab. " satu persatu Chan Mi menyusun kata supaya mudah difahami Taehyung.

"Tae faham.. Tapi Tae yakin,  orang macam Jungkook mesti hati dia baik.  Macam kakak juga."  hati Taehyung mula terbuka menerima kehadiran Jungkook setelah mendengar kisah itu.

"Tae jangan salah faham. Jungkook hanya sepupu sahaja tak lebih dari tu.  Kakak cuma anggap dia sebagai abang dan kawan rapat." sambung Chan Mi seraya mengelus perlahan  rambut Taehyung.

"Hmm.. Okay... "

"Kakak cuma sayang Tae sorang je. Tak ada orang lain boleh gantikan tempat Tae dalam hati ni. Jadi,  Tae tak perla risau,  kakak takkan sesekali berpaling.  Kakak akan setia pada Tae sorang." dahi Taehyung dikucup lembut.

"Ehee...terimakasih kakak.  Baru la tenang hati ni. Tae pun sayang kakak juga. " Taehyung tersenyum lebar.

"Tae cuba lah berkawan dengan Jungkook ye?  Jangan gaduh pulak."

"Nae.. Tae cuba.." demi Chan Mi apa pun sanggup dia lakukan.

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now