"Nak naik kereta sama-sama tak?" Ajak Rayyan. Areena diam sebelum dia memberi senyuman dan anggukkan kepala.

    Rayyan memandu kereta keluar dari perkarangan rumah Papa dan Mama. Alunan muzik dari radio membuatkan suasana pagi itu penuh dengan syahdu. Akhirnya kereta Rayyan memasuki perkarangan sekolah dan semua pelajar Empire High School sudah berkumpul di garaj yang khas untuk 4K dan BG.

     Areena menghulurkan tangan kepada Rayyan. Areena menyalam Rayyan sebelum ciuman hangat berada di dahi Areena. Senyuman manis dilorek di bibir Areena.

   Haih, bahagia.

   "I love you, my wife."

   "I love you too, my husband." Ujar Areena sebelum badan Areena ditarik di dalam pelukan hangat Rayyan. Kedua belah pipinya dicium dan akhirnya bibirnya dikucup lama.

    Areena tersenyum nipis lalu menampar lengan Rayyan. Rayyan pula menayangkan wajah miangnya.

   "Haih, Headprefect ni pun agak-agaklah nak buat drama dalam kereta. Kita nanti masuk kelas bersama juga wahai suami." Bebel Areena.

   "Alahai dah kenapa Ice Queen kita ikut je perangai gatal Headprefect ni. Ke sebab Ice Queen suka Headprefect mengatal?" Sakat Rayyan dan lengan Rayyan menjadi mangsa cubitan Areena.

   Eei, sedap dia je kata orang suka mengatal. Nasib sayang walaupun memang suka kalau Rayyan jadi miang keladi. Haih, wahai hati mohon tabah dengan perangai Rayyan ni. Kalaulah hati ni ais mesti setiap hari aku akan pergi peti sejuk sebab nak bekukan hati.

    Areena menjeling Rayyan sebelum mengalas beg sekolah. Rayyan menutup enjin dan membuka pintu kereta dan Rayyan menuju ke pintu Areena dan membuka seperti puteri. Pelajar yang berada di situ semua terkejut apabila melihat Areena berada di dalam kereta Rayyan.

   "Shit, Reen ambil crush aku."

   "Padan muka dan muka kau tak sesuai pun dengan Rayyan. Kak Reen lagi better untuk Abang Rayyan."

   "Oh my god, couple goals!"

   "Weh tolong sembuhkan hati aku bila si Rayyan ambil crush aku."

    "Kecewanya aku."

    Ramai pelajar yang kecewa dan gembira apabila melihat Areena bersama dengan Rayyan. Orang dulu akan kata Bagai pinang dibelah dua. Sama sepadan dan sama cantik.

    Areena menyembunyikan senyuman dia apabila Rayyan menolong untuk membuka pintu. Kembang sikit hidung.  Mereka berjalan menuju ke kelas 5 Diamond dan seluruh pelajar yang berada itu memandang pelik kepada Areena dan Rayyan.

    "Kau berdua bercinta ke?" Soal Qairil.

Areena dan Rayyan memandang sesama sendiri. Areena membulatkan matanya sambil bibirnya berbisik dengan Rayyan.

"Nak kata apa?"

"Manalah aku tahu. Kau la bagitahu."

"Takkanlah aku nak kata kita sebenarnya dah kahwin?! Gila apa?"

    Qairil mengerutkan dahi melihat karenah Rayyan dan Areena.

    "Korang bisik apa?" Soal Qairil diikuti dengan anggukkan Naddin.

    "Aku rasa korang ada hubungan ni." Ujar Naddin manakala semua pelajar bersorak kecuali 4K dan BG sahaja.

    "Ehem boleh tak semua diam?" Ujar suara seseorang. Semua yang bersorak itu terus diam membisu. Rayyan dan Areena berpandangan sebelum mereka menghelakan nafas panjang.

     Areena duduk di kerusi lalu dia berbisik dengan Ainna yang berada di sebelahnya.

   "Thank you sayang."

    "Your are welcome."

     Ainna memandang Areena sekilas sebelum dia memandang Rayyan.

     "Macam mana first day puasa?" Soal Ainna. Rayyan dan Areena memandang Ainna.

     "Kau tanya siapa?" Soal mereka berdua serentak.

      "Kau berdua."

      Areena mengigit bibir bawah sebelum dia memandang Rayyan yang berada di hadapannya itu. Ainna yang berada di sisi itu dipandang sekilas.

    "Kitorang okay je."

    "Hah kitorang?"

     "Eh maksud aku, aku okay je." Gelabah Areena apabila dia tersalah kata benda yang tak sepatutnya dia bagitahu. Mahu pengsan dia apabila otaknya mula proses balik ayat tadi.

    "Aku pula okay je puasa. Asal kau nak iftar dengan aku ke? Auch." Soal Rayyan dan dia mengadu sakit akibat cubitan ketam dari Areena yang berada di hadapannya. Peha dia itu diusap perlahan.  

    "Eh kau dah kenapa Rayyan?"

     "Aargh, nothing. Semut gatal gigit aku. Nakal betul."

     "Oh okay cakap pasal tadi tu aku tak nak pun iftar dengan kau baik aku iftar dengan Irfan."

     Irfan yang rajin membaca buku sejarah terus tersedak lalu meletak buku sejarah. Dia memandang Ainna yang berada di hadapannya itu dengan pandangan sukar ditafsir.

    "Kalau camtu nanti berbuka iftar sama. Aku ambil kau." Ujar Irfan. Manakala Ainna tersenyum manis sebelum dia memudarkan senyuman senget Irfan.

    "Boleh je nak iftar sama cuma bagitahu Umi aku dulu."

    "Uwuu, habislah kau Irfan. Umi Ainna garang sangat. Macam singa." Sampuk Areena untuk mendebarkan hati Irfan yang sedang ketakutan itu.

    "Sampai hati palau aku." Ujar seseorang yang berada di situ. Areena hanya memandang dia lama.

Tbc

She's mine (C)Where stories live. Discover now