Part 58. Terlerai

42.1K 1.8K 10
                                    

TUT! Televisyen itu terus ditutup.

Zariel dah malas nak dengar. Buat sakit hati je. Kelopak mata ditutup. Zariel cuba redakan rasa panas hati dan cemburu dalam hati.

Zariel sangat sensitif dan mudah terkesan dengan hal yang macam ni. Seorang Zariel yang jarang peduli pasal hal orang lain jadi sakit hati mendengar Luna digosipkan dengan lelaki lain. Sangat luar biasa.

Perasaan cinta, sayang sangat berkuasa dan dapat beri kesan yang besar pada seseorang. Terutamanya dalam mewujudkan rasa peduli.

Walaupun dah tiga tahun alami benda sama dia still tak boleh tolerate. Cuma sekarang temper dia dah okay sikit. Kalau tak dah lama skrin TV ni pecah.

Luna turun ke tingkat bawah. Luna lihat Zariel sedang meraup muka sambil pejam mata. Wajah Zariel tetap tak berperasaan walaupun jelas kelihatan agak tegang. Ada benda yang Luna nak cakap jadi dia hampiri Zariel walaupun jelas yang mood Zariel tak berapa baik sekarang.

"Riel, nak minta izin keluar boleh?," tanya Luna.

"Pergi mana?," tanya Zariel sedikit dingin. Matanya tetap terpejam. Luna mengambil duduk di sebelah Zariel. Luna rasa teragak-agak bila sedar Zariel dalam mood tak baik.

"Err... pergi jalan-jalan. Sekali dengan nak pergi makan di mana-mana restauran  for evening meal," jawab Luna.

"Dengan?,"

Zariel cuba kawal perasaan cemburu supaya tak ketara.

Luna mula cuak. Luna takut Zariel marah kalau Zariel tahu yang Luna nak jumpa Arif. Tapi Arif kata ada hal penting yang dia nak bagitahu jadi Luna kena pergi juga. Arif siap bagi ayat dramatik bagai. Luna bukan kisah sangat tapi dia nak jumpa Arif sebab dia dah rindu kawan baik dia tu. Lama gila mereka tak berjumpa sebab Arif masih honeymoon dengan Ainur. Arif dah dua tahun berkahwin dengan Ainur. Alhamdulillah mereka berdua masih bahagia hingga kini.

Luna tumpang gembira apabila kawan baik dia dah bahagia selepas jumpa pasangan yang terbaik dan sesuai untuk mereka. Airis je yang belum berpunya lagi. Tapi jangan risau, Luna yakin akan ada lelaki terbaik untuk Airis suatu hari nanti. Airis gadis yang sangat baik, lelaki untuk Airis semestinya seorang yang baik juga.

"With who?," soal Zariel lagi dengan nada yang jelas semakin dingin.

"Arif," jawab Luna perlahan.

Lama Zariel jeda. Luna mula rasa kecut perut Perasaan yang selalu dia rasa waktu dulu sekarang muncul balik.

"Boleh tak?," tanya Luna dengan nada teragak-agak.

Kelopak mata Zariel terbuka. Dia berdiri dengan wajah selamba. Tangan dimasukkan ke dalam poket lalu melangkah untuk naik ke tingkat atas. Sempat dia menitip kata ringkas.

"Suit yourself,"






Di Restoren Delicious...

Arif yang menunggu Luna tersentak kerana dikejutkan. Arif tak kisah kena sergah dengan Luna dari belakang. Dia sepatutnya dah biasa. Bukan tak kenal kawan baik sendiri.

"Hei," sapa Luna ringkas.

Tempat duduk di hadapan Arif diambil. Luna hanya pandang pelik wajah ceria Arif. Tahu lah happy jumpa dia. Tak payah lah jelas sangat.

"Kau ni dah kenapa? Apa yang happy sangat? Hah kenapa nak jumpa aku? Berpeluh aku nak minta izin Zariel untuk keluar tadi tau," bebel Luna.

Arif hanya pekakkan telinga. Kisah apa dia. Luna punya bebelan tak dapat menjejaskan mood dia hari ni.

The Unexpected LifeWhere stories live. Discover now