Hazel menarik tangan dia dari dipegang Icha

"Aku okey je la tak ada apa pun"Hazel membalas dingin.

"Kau okey tak ni?"tanya Icha menyedari perubahan suara Hazel

Hazel merenung Icha dengan pandangan dingin dan seperti berkaca.Hazel nak menangis ke?

"Tak"kata Hazel sebelum berlalu ke biliknya

"Aduh dah kenapa pulak tu"rungut Icha.Pasti ada benda yang menggangu Hazel.

"Assalamu-"belum sempat Tengku Zairul habis memberi salam Icha dah meluru ke arah dia

"Weh encik Tengku kau buat apa dengan kawan aku sampai dia jadi macam tu?Baik kau cerita sebelum aku pelangkung kau.Aku ada taekwondo kau jangan main main"marah Icha sambil membuat gaya taekwondo

"Woo woo rilek la aku tak buat apa pun eh dekat dia"bela Tengku Zairul.

"Dah tu apahal dia macam nak menangis tadi?Kau buat apa dengan dia?Baik kau mengaku"tanya Icha

"Hah?Nak menangis?Serious lah?Dia tak bercakap pun dengan aku sejak dari kat sana.Mana lah aku tahu apa Raihana cakap dekat dia sampai dia jadi macam tu"Tengku Zairul leka bercakap sebelum dia terpaku.Alamak..dia terlepas cakap.

Dia perlahan lahan berpaling ke arah Icha.

Icha terpegun

"Kau cakap apa tadi?Nama siapa kau sebut tadi?Cuba kau ulang balik?"

"Erm erm tak-tak ada apa apa lah aku salah cakap je"tipu Tengku Zairul.Aduh macam mana boleh terlepas pulak ni Icha tak boleh tahu pasal Raihana.Bangang la kau ni mulut.

"Kau pernah nampak Hazel mengamuk kan?For your information,aku pun boleh jadi macam tu kalau kau nak"ugut Icha lembut

Tengku Zairul terdiam.Masih segar dalam kepalanya bagaimana Hazel mengamuk selepas dia terdengar ada seorang lelaki bercakap kotor pasal dia

Flashback

Pang!!

"Woi Hazel kau kenapa datang sini terus lempang Arif?"tanya Tengku Zairul.

Dia yang pada mulanya pelik apabila Hazel mengheret dia ke kawasan office boy selalu berkumpul makin pelik melihat Hazel melempang si Arif office boy disitu.

"Entah kau ni,tiba tiba je lempang aku.Apa masalah kau perempuan?"tanya Arif memegang pipinya.Malu oi kena lempang dengan perempuan depan member

Hazel memandang Arif dengan mata yang berapi sebelum menumbuk Arif sehingga terjatuh.

Tengku Zairul sempat menahan Hazel sebelum dia sempat menyepak tempat sensitif Arif yang sedang terbaring.Pedih oo

"Eh kau jantan tak guna!Kau ingat aku tak tahu ke hah yang kau tu otak kotor!Dah la kotor busuk pulak tu!Suka suka kau je sebar berita aku ni pelacur la perempuan murah la!Ingat aku tak tahu?Eh kau ingat aku ni perempuan aku tak takut ke nak bunuh kau?Nak mati awal ke sial?"tengking Hazel lantang

Semua orang terdiam dan mula berbisik bisik sambil memandang Arif yang masih terbaring.

Tengku Zairul sudah beristighfar mendengar perkara tersebut.Biar betul Arif perangai macam tu?

"Kau ingat aku tak tahu ke kau buat semua tu sebab aku tak nak keluar makan dengan kau?Lepas tu kau siap cakap kau pernah tidur dengan aku la apa la.Apa kau cakap haritu?Body mantap?Cuba kau ulang balik?Biar aku sepak telur kau biar pecah!Dasar lelaki gatal!"tengking Hazel kemudian melepaskan diri dari pegangan Tengku Zairul sebelum menyepak celah kangkang Arif

Semua lelaki yang berada di situ masing masing berasa ngilu walaupun bukan mereka yang kena.Termasuk Tengku Zairul sendiri.

"Kau ingat eh lagi sekali aku dengar kau buat cerita mengarut macam tu memang mandul kau aku kerjakan!Dah la tak handsome lepastu bajet playboy!Eh pergi matilah spesies macam kau ni!"marah Hazel sebelum dia berlalu sambil menghentak kaki.

Masing masing kemudian berlalu dari tempat kejadian tanpa mengendahkan Arif yang masih terduduk kesakitan.

Tengku Zairul hanya memandang Arif sekilas sebelum dia turut berlalu.Dalam fikiran nya masih terbayang cara Hazel menendang celah kangkang Arif.Dia tergeleng sendirian

"Pedih siot"

End Flashback

"Err kau pun boleh jadi macam tu eh?Urm aa urmm"Tengku Zairul masih gagap memikirkan jikalau dia akan mandul atau tidak.

"Baik kau cakap sekarang.Aku kira sampai tiga"

"Satu"-"Urmm"

"Dua"

"Ti-"

"Hish yelah yelah haah Raihana yang culik dia."laju Tengku Zairul menjawab.

"Apasal dia culik Hazel?"tanya Icha serius

"Erm I don't know nak tahu kau kena la tanya Hazel sendiri okay bye aku balik dulu"Tengku Zairul terus berlari ke arah kereta dan terus berlalu.

"Ceh takutlah tu.Yang dia percaya cakap aku kenapa?Nak tendang bola pun tak sampai 4 meter inikan pulak nak tendang dia.Senang sangat kena tipu"ujar Icha sebelum menutup pintu rumah.

End Of Love ✓Where stories live. Discover now