"Syaitan? Syaitan inilah yang sanggup berkorban apa saja demi kau Taehyung. Syaitan yang kau maksudkan inilah yang sanggup buat apa saja demi kau." mata Chan Mi mula berair.

"Sebab apa? Sebab seorang syaitan macam aku ni,  dah terlalu sayangkan manusia suci seperti kau. Aku tak mampu berpatah balik. Aku tersekat dengan perasaan ni..aku sayangkan kau Tae. Terlalu sayang... " perlahan air mata mengalir turun membasahi pipi.

Chan Mi teresak. Apa yang Taehyung katakan memang benar. Kejahatan tak seharusnya dibalas jahat.

Tapi untuk gadis seperti Chan Mi,  tiada istilah 'baik' dalam dirinya. Walaupun dia sedang berubah,  namun untuk melenyapkan sisi hitamnya bukanlab perkara yang mudah. Dirinya masih terpalit dengan noda.

Ya.  Dia lah syaitan yang Taehyung maksudkan.  Dialah syaitan yang bergerak bagai bayang pada waktu malam. Membalas semula apa yang mereka lakukan terhadap Taehyung.

"Tapi sayang...lelaki bangsat tu masih hidup. Aku tak mungkin berpeluang bunuh dia lagi. Taehyung dah syak sesuatu..dan ianya tak selamat kalau aku nak teruskan.. " ujar Chan Mi sendiri.

Sakit hatinya mengenangkan perkara itu. Sepatutnya lelaki itu mati semalam.  Baru puas hati . Memang itu yang selayaknya mereka terima dengan apa yang mereka telah buat.

**

"Makanlah.. " pinggan berisi nasi goreng dihulurkan pada Taehyung yang baru duduk di meja makan.

Chan Mi kemudian menuang air ke dalam gelas. Dia hanya beriak selamba. Langsung tidak melayan Taehyung yang masih merenungnya.

"Kakak... "

"Hmm? "

"Tae...minta maaf kalau kata kata Tae tadi buat kakak sakit hati. Tae... Tae tak sengaja.. " perlahan suara Taehyung menyapa gegendang telinga.

Terhenti langkah Chan Mi.  Perlahan dia mengukir senyuman nipis. Anak matanya mencari wajah Taehyung.

"Aniya..jangan rasa bersalah. Tae tak buat apa apa yang salah pun jadi tak perlulah minta maaf.. " kata Chan Mi seraya mendekati Taehyung yang masih tertunduk.

Perlahan wajah jejaka itu diangkat.  Mata mereka bertatap seketika sebelum Chan Mi mengusap lembut pipi mulus itu.

"Tae kena tahu sesuatu.. Kakak buat semua ni sebab kakak sayangkan Tae. Ouh!  Satu lagi, kakak tak buat apa apa yang jahat pun.  Semalam kakak mengaku,  kakak tak de kat rumah.  Tapi itu sebab kakak keluar pergi kedai beli barang dapur sikit." kata Chan Mi dengan senyuman.

"Be...betul kakak keluar beli barang dapur?" soal Taehyung polos.

"Yup!  Betul. Cuba tengok kat rak tu,  kan banyak barang barang.  Ada bawang, telur.. Tu semua kakak beli semalam masa Tae tidur.." mata Taehyung bergerak ke rak yang ditunjukkan.

Memang betul kata Chan Mi,  rak di kabinat dapur yang dulu kosong,  kini penuh dengan barang dapur.  Ada sebekas bawang,  telur, sedikit buah buahan dan makanan dalam tin.

Wajah Chan Mi dicari. Lega hati Taehyung mendengar penjelasan gadis itu. Segala was sangkanya terhadap Chan Mi tiada lagi.

"Tae minta maaf sebab salah sangka dengan kakak.."

"Takpelaa..benda kecil je.. Dahlah Tae makan eh." bahu Taehyung ditepuk perlahan seraya Chan Mi melangkah pergi.

Namun dia terkaku sebaik tubuhnya dipeluk kemas dari belakang. Berdebar jantungnya dengan pelukan mengejut itu. Dapat dia rasakan Taehyung mendaratkan kepala pada bahu kanannya.

"Ta.. Tae kenapa ni?" Chan Mi cuba melepaskan pelukan itu namun tidak berjaya. Ianya terlalu kemas

"Tae cuma nak kakak tahu yang... Tae sayangkan kakak.. " luah Taehyung dengan suara perlahan.

Terkedu Chan Mi jadinya.  Jantung bagai mahu luruh dengan luahan itu.  Namun cepat cepat dia sedarkan diri,  ungkapan  'sayang' itu mungkin hanya sayang sebagai seorang kakak.  Tidak lebih dari itu.

Chan Mi sendiri fahan keadaan Taehyung.  Lelaki istimewa itu tidak mungkin mempunyai perasaan yang sama sepertinya. Mustahil Taehyung faham apa itu 'cinta'.  Mustahil.

"Tae sayangkan kakak sebab kakaklah kawan terbaik yang Tae ada.  Tae tak pernah rasa ada kakak sebab selama ni Tae cuma ada abang je. Sebab tulah Tae sayang kakak sebab kakak adalah kakak Tae.. " sambung Taehyung diselangi ketawa kecil.

Moodnya sudah pulih.  Taehyung gembira. Lalu dengan selamba pelukan dilepaskan dan dia kembali duduk di meja makan.  Menikmati sarapan paginya.

Chan Mi tersenyum kelat. Baru sebentar tadi dia memikirkan perkara itu,  dan benarlah apa yang dia rasa.

Taehyung sayangkan dia. Tapi..hanya sebagai seorang 'kakak'.  Tidak lebih.                       
                            

√3 [C]  Haunt You | Kim Taehyung [DIBUKUKAN]Where stories live. Discover now