After Story I

1K 98 2
                                    


Sebuah kawasan perumahan di area Kyoto,bunyi burung berkicauan merdu di pagi hari. Matahari mula terbit seawal pagi,kedengaran bunyi tapak kaki berlari.

Yamasato Koharu,13 tahun di Sekolah Menengah tahun kedua mengetuk pintu bilik seseorang.

"Abang! Dah pagi!! Bangunlah!!"

Tidak menunjukkan tanda bunyi,Koharu hanya menghela nafas pendek. Dia terus beredar dari situ,tapi Koharu tahu yang abangnya akan bangun.

Selimut ditolak dan seorang remaja bangun,rambutnya diusap ke belakang dan memandang ke luar tingkap.

Yamasato Reiji,15 tahun di Sekolah Tinggi tahun pertama.

Mulutnya membuka dan menguap panjang,Reiji turun dari katil dan mencapai tuala.

Langkahnya diorak memasuki bilik mandi.

Selesai membersihkan diri dan menyalin uniform sekolah tinggi,Reiji turun dari tingkat atas dan menuju ke dapur.

"Selamat pagi hero ibu.." ujar seseorang menegur,Pheara tersenyum ataupun nama penuhnya adalah Yamasato Miyu.

Pheara menukarkan namanya sebaik dia dan Sanzo,berkahwin untuk mengelakkan kekeliruan ketika pendaftaran.

"Selamat pagi ibu..ayah.." sapa Reiji kepada ibu dan ayahnya yang duduk di meja.

"Pagi Reiji.. Cukup tidur?" soal ayahnya,Yamasato Sanzo tersengih.

"Boleh la.. Lepas training malam tadi.." jelas Reiji dan Sanzo tersenyum.

"Ingat tak nak bangun tadi.." muncul Koharu bersama adik kecilnya,Yamasato Fumie berusia 4 tahun.

"Diamlah.. Tapi terima kasih tak pecahkan pintu bilik tadi.." kata Reiji tersenyum.

"Saya kesian pada abang nanti nak tukar pintu pula kan.." bidas Koharu dan Reiji merenung adiknya.

"Yelah kesian abang ada adik kuat cam gorilla.." kata Reiji dan Koharu bengang.

"Hey! Saya manusia okay?!" ujar Koharu bengang.

Sanzo dan Pheara atau namanya sekarang adalah Miyu sekadar tersenyum ketawa kecil melihat gelagat anak mereka.

"Okay kamu semua.. Makan sarapan tu.. Jangan lewat ke sekolah.." Miyu berkata seiring mengangkat Fumie.

"Gochisosamadeshita.." Reiji mengemaskan pinggannya,dia segera mencapai beg dan terus berlalu pergi.

"Onii-chan! Matte yo!!" ujar Koharu.

"Reiji! Koharu! Hati-hati dalam perjalanan!!" Miyu memberi pesanan,dua beradik itu tersenyum.

"Baik ibu! Ayah!" jerit mereka serentak.

Sanzo dan Miyu berpandangan kemudian tersenyum,Fumie hanya mendiamkan diri sahaja dalam dukungan ibunya.

"Ibu dan ayah tidak bekerja?" soal Fumie dengan tiba-tiba.

"Tidak sayang.. Hari ni kita akan jalan-jalan.." kata Miyu mengucup pipi anak perempuannya.

"Betul ni?" soal Fumie menoleh ke arah Sanzo.

"Sudah tentu.. Kami janji.." jelas Sanzo tersenyum.

"Yeayy!!" sorak Fumie girang.

Fumie memeluk Miyu dengan lebih erat,telatah anaknya buatkan Sanzo tersengih sahaja.

Pada masa yang sama,Reiji dan Koharu baru keluar dari rumahnya. Dua susuk tubuh muncul,Reiji dan Koharu menoleh.

Satu pasangan kembar tidak seiras,menunggu mereka berdua dengan senyuman. Reiji hanya tersenyum sahaja,tetapi Koharu terasa gembira.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now