Chapter 8 : Should Know How To Respect

1.4K 165 3
                                    


Elene berjaya mencari Pheara,namun semasa dia menemui dewi itu. Dua orang lelaki asing bersamanya,dia fikirkan Tez dan Sanzo adalah ancaman jadi sebab itu Tez ditikam oleh Elene dengan mengejut.

Tindakan Elene mengundang kemarahan Tez,lalu mereka berdua bertarung dan Pheara mula risau. Sanzo menghela nafas pendek,menyaksikan keadaan tersebut.

"Kau nak mampus ya dewa tak guna!!" ujar Tez geram.

"Marilah la tak guna..!!" Elene menghunuskan pedangnya.

"Pedang biasa tidak akan mampu cederakan aku!" Tez meluru ke arah Elene.

Mereka bertembung dan bertarung,Pheara mula risau dan Sanzo pula menyedari kehadiran orang awam. Sanzo menghela nafas pendek,lalu dia sekelip mata menahan pertembungan mereka berdua.

"That's enough.. Kita akan libatkan orang awam nanti..." kata Sanzo dan Tez menghela nafas pendek,dia segera beredar.

"Awak fikir saya akan ikut arahan awak?!" soal Elene geram.

"Fine... You leave me no choice..."

Elene ingin mara tetapi terkaku,kerana aura bunuh yang dikeluarkan oleh Sanzo membuatkan Elene tidak mampu mara. Elene mula menggigil dan mata berkaca,Pheara melangkah ke arah Sanzo.

"Dia.. Dia manusia ke?" soal Elene tidak mampu bergerak.

"Kenapa diam? Nak serang ke tidak?" soal Sanzo dengan dingin.

"Sanzo.." tegur Pheara dan aura bunuh Sanzo terus lenyap.

"Pheara..." kata Sanzo.

"Cukuplah tu... Dia dah tak dapat bergerak.." Pheara berkata lembut,Sanzo hanya mendiamkan diri sahaja.

Sanzo menghela nafas pendek,kemudian auranya terus dilenyapkan. Elene dapat kembali bergerak semula,si Valkryie hanya mampu termengah-mengah. Fikirannya tertanya-tanya apakah lelaki ini manusia?

"Elene? Awak okay?" soal Pheara mendapatkan Elene.

Elene kemudiannya terbatuk beberapa kali sebelum menarik nafas dalam-dalam,dia memandang ke arah Sanzo dengan pandangan tidak puas hati.

"BERANI KAMU MENCULIK PHEARA?!" Elene berkata tidak puas hati.

"Elene!" Pheara merungut.

"La tak habis lagi? Tak serik rupanya..." ujar Sanzo dengan muka selamba.

"Elene,dia tak culik saya..malah dia yang selamatkan saya dari diserang..." jelas Pheara.

"Kalau macam tu kenapa awak tak pulang semula Pheara?!" soal Elene.

"Saya tak boleh.." jelas Pheara tersenyum kelat.

"Kenapa?!" soal Elene lagi.

"Dia telah dicederakan oleh senjata yang mampu membunuh dewa..." jelas Sanzo mencelah.

"Impossible!" ujar Elene terkejut.

"If im late even for 1 second, she is dead.." jelas Sanzo dan Elene terkedu,dia menoleh ke arah Pheara.

"Kita berbincang sini tak sesuai.. Apa kata kau ikut kami pulang..." cadang Sanzo dan Elene.

Elene mendiamkan diri dan merenung Sanzo,Pheara menyentuh bahu Elene sambil tersenyum. Tez yang berdiri tidak jauh dari mereka,hanya mendiamkan diri sambil memerhatikan Elene.

"Baiklah saya akan akan ikut kamu..." ujar Elene dan Pheara tersenyum girang.

Sanzo hanya tersenyum sahaja melihat Pheara yang ceria,Tez mencebik dan mengangguk sahaja. Lukanya sudah pulih sepenuhnya,adakah ini antara salah satu kebolehan dia sebagai Candidates of Demon King?

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now