Chapter 28 : A Warning & Odd Relationship

1.3K 133 9
                                    


Suasana sunyi selepas 2 Angel Igdes beredar,serangan mereka gagal dan terpaksa berundur. Pelindung kembali lenyap dan menjadi halimunan,Aphys dan Astia meleraikan pelukan mereka. Tez menggaru-garu belakang leher,dia hanya menghela nafas pendek.

"Tidak terfikir tempat ni ada pelindung.." ujar Tez.

"Begitu juga dengan ibu.." kata Sophie tersenyum.

"Siapa sebenarnya kawan kau ni Thaz?" soal Rea dan Tez memandang ke arah kakaknya.

"Aku harap aku pun tahu jawapannya.." ujar Tez tersenyum kelat.

"Bagaimana dengan kau...?" soal Rea memandang ke satu arah,Elene berdiri sambil menyandar pada tiang memeluk tubuh.

"Apa yang kau nak buat jika tahu identiti sebenar manusia tu?" soal Elene.

"Tiada apa.. Cuma nak tahu siapa dia.." ujar Rea.

"Apa yang aku tahu,dia di pihak kita.. Itu sudah memadai.." Tez mencelah kemudian beredar.

Tez diekori Astia dan Aphys beredar dari halaman rumah,Sophie sekadar tersenyum lalu melangkah masuk ke dalam. Tinggal Elene dan Rea berbalas renungan,mereka berdua berdiri tanpa melakukan apa-apa.

"Aku nak beritahu awal-awal.. Aku tak sukakan kau.." ujar Rea.

"Samalah dengan aku.." kata Elene.

"Hubungan kau dengan Tez tidak akan berlaku,ingat baik-baik dalam kepala kau.." ujar Rea dan Elene tersentak mukanya merah padma.

"Aku dengan dia tiada apa-apa hubungan!" Elene membidas dan Rea sekadar tersenyum sinis sahaja.

Rea beredar meninggalkan Elene yang merenung dia dengan tajam,penumbuk dikepal kuat dan mendecih. Elene beredar berlawan arah dengan Rea,Sophie yang berada di dalam mendengar perbualan mereka sekadar menggelengkan kepala.

"Amreadous.. Jika kamu berterusan begini.. Tiada siapa akan bantu kamu.." ujar Sophie menghelakan nafas kecewa.

Sanzo dan Pheara berjalan di sekitar dalam bangunan membeli-belah,suasana yang agak sibuk membuatkan Pheara terkebil-kebil. Melihat kesibukan dalam bangunan,manusia sibuk menjalani aktiviti harian masing-masing.

"Kenapa?" soal Sanzo.

"Tiada apa.. Cuma saya kagum dengan manusia,walaupun tanpa gunakan kuasa mereka mampu jalani hidup.." kata Pheara dan Sanzo.

"Itulah manusia Pheara,mereka bukan hanya mampu berdoa meminta sahaja.. Mereka juga berusaha untuk mencapai apa yang mereka inginkan..." Sanzo berkata sambil tersenyum.

"Saya mengaku kadang-kala manusia ada terleka dan melakukan kesilapan.. Tapi hey,kami tidak sempurna seperti dewa dan dewi..kesilapan itu sentiasa ada.." jelas Sanzo dan Pheara menggelengkan kepala.

"Jika dewa tidak melakukan kesilapan.. Saya tidak akan bertemu dengan awak.." ujar Pheara dan Sanzo terdiam kemudian memandang ke arahnya.

"Saya gembira kesilapan ini menunjukkan jalan kepada takdir saya..." tambah Pheara tersenyum memandang tepat ke anak mata Sanzo.

"Pheara..." ujar Sanzo terkedu.

"Sungguh terharu..." satu suara menegur dan Sanzo serta Pheara menoleh,Aena berdiri tidak jauh di hadapan mereka.

Masa berhenti bergerak dan kemunculan Aena mengejutkan mereka berdua,Sanzo melindungi Pheara dan Aena hanya memandang mereka dengan sinis.

"Aena...!" Pheara berkata sambil mengetap gigi dan Sanzo menahannya.

"Kata-kata yang mengharukan Pheara.. Dewi Valkryie mula mengenali cinta.." kata Aena sinis.

"Ya.. Sedangkan dia menolak cinta dewa Igdes.." tegur seorang wanita muncul di belakang mereka.

"Ashliel..." ujar Pheara terkejut menoleh ke belakang,Sanzo hanya mendiamkan diri sahaja.

"Apa yang kamu nak?" soal Sanzo.

"Diam manusia! Tengok dengan siapa kau berkata-kata.." ujar Ashliel dan Sanzo hanya tersengih sinis.

"Aku tak perlu tahu siapa aku bercakap.. Aku tidak berdoa dengan dia.." kata Sanzo membidas Ashliel dan Aena kagum.

"Kalau begitu,baik kau berdoa yang kamu akan selamat daripada kami..." Aena merenung tajam ke arah Sanzo,Ashliel juga bersiap-sedia.

"Marilah kalau kau mampu..." Sanzo mengajuk tersengih.

"Sanzo!" Pheara mula risau dan bunyi tapak kaki kedengaran,Aena dan Ashliel kehairanan kerana sepatutnya tiada hidupan mampu bergerak dalam alam mereka cipta.

Satu susuk tubuh berjalan melepasi puluhan tubuh manusia yang tidak bergerak,sedikit demi sedikit jelas dan wajah Bishamonten kelihatan. Jelas wajah Bisha yang merenung tajam ke arah mereka,seperti singa yang sedang lapar.

"Heh.. Jadi 3 lawan 2?" soal Aena dan Ashliel menelan air liur,kerana menyedari Bisha bukan sembarangan lawan.

"Siapa kata 3?" soal satu suara dan mereka menoleh ke arah suara tersebut,Ebisu muncul dari satu sudut lain.

"Jadikannya empat..." ujar Ebisu tersenyum manis sambil mengenyitkan mata.

"Kenyitan mata kau buatkan aku nak muntah.." kata Sanzo.

"Ouh.. Kau cemburu.." Ebisu membalas selamba.

Aena memerhatikan sekitar kawasan,kemudian mendecih dan sedar keadaan tidak memihaknya. Lantas dia dan Ashliel mengambil keputusan untuk beredar,tubuh mereka bercahaya dengan tiba-tiba.

"Semua ini tidak akan berakhir.. Kau ingat tu Pheara!!" ujar Aena memberi amaran dan lenyap begitu sahaja.

Suasana kembali normal dan masa berjalan semula,orang awam juga kembali bergerak dan Sanzo hanya menghelakan nafas pendek. Dia memandang ke arah Bisha dan Ebisu,terima kasih pada dua orang dewa ini membuatkan Aena dan Ashliel berundur.

"Terima kasih.." ujar Sanzo.

"Perkara kecil sahaja..." kata Ebisu tersenyum.

Sanzo menunduk kepalanya tanda hormat,lalu dia ingin beredar kemudian disusuli oleh Pheara. Bisha memanggil namanya dan langkah Sanzo terhenti tetapi membelakangkan dia,Pheara juga turut berhenti dari melangkah.

"Adakah saya tak akan dapat kemaafan daripada awak Sanzo?" soal Bisha dan Ebisu sekadar menjadi penonton.

"Maaf itu sudah lama aku berikan.." jelas Sanzo.

"Jadi kenapa kita tidak boleh jadi seperti dulu?" soal Bisha dan Sanzo menghela nafas pendek kemudian memandang ke arahnya.

"Itu mustahil..." jawab Sanzo pendek dan terus melangkah pergi,Pheara segera menyusul.

Bisha hanya mampu memerhatikan Sanzo pergi meninggalkannya,lelaki berusia ratusan tahun hilang di lautan manusia. Ebisu pula menghembus nafas pendek,tidak mahu mengganggu Bisha dan segera beredar. Sanzo berjalan mengelak para manusia,Pheara mengekorinya dengan tanyan dia dipegang erat oleh Sanzo.

"Sanzo.." ujar Pheara dan Sanzo hanya terus melangkah.

"Patutkah awak berkata seperti itu?" soal Pheara dan Sanzo menghentikan langkahnya.

"Masih ingat mengenai Koharu dibunuh dewa?" soal Sanzo dan Pheara mengangguk.

"Dewa yang membunuh dia,adalah Bishamonten iaitu wanita yang kita berjumpa tadi.." jelas Sanzo dan Pheara tersentak.











==================================

Ya aku tahu korang dah tahu Bisha yang bertanggungjawab atas kematian Koharu

Tetapi Pheara tidak tahu,apa reaksi dia agaknya?

Kena tunggu sambungan chapter baru la ya

Komen dan vote okay?

Itu je la

CIAO..!

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Where stories live. Discover now