Chapter 33 : Hilna & Frirja

1.2K 142 7
                                    


Pheara tergamam dan Sanzo serta Takemikazuchi masing-masing dengan muka yang serius,dakwaan Igdes adalah dari kalangan puak syaitan?

Mana mungkin ia boleh berlaku?

Tetapi Sanzo mendakwa senjata yang digunakan oleh Igdes,iaitu pisau belati yang mencederakan Pheara hanya boleh dihunus oleh puak syaitan.

Siapa sebenarnya Igdes?

Kenapa dia berada di Kayangan?

Apa tujuan dia?

Pheara memegang kepalanya dan pandangan dia kabur,Sanzo terkejut dan sempat menangkap elak Pheara terjatuh di lantai. Takemikazuchi hanya menghela nafas pendek,dia tahu perkara seperti ini mengejutkan Pheara biarpun dia seorang dewi.

"Dia okay ke?" soal Takemikazuchi cemas.

"Dia okay.. Mungkin sebab terkejut.." jelas Sanzo risau.

"Aku akan cari cara bagaimana untuk pulihkan kuasa dia.. Kau lindungi dia.." kata Takemikazuchi dan Sanzo mengangguk.

"Terima kasih.." ujar Sanzo dan Takemikazuchi sekadar tersenyum lalu terus hilang bersama rejaman kilat.

"Menunjuk.." kata Sanzo menggelengkan kepala dan memandang ke arah Pheara dalam pelukannya.

"Eh kenapa dengan Pheara?!" soal Elene sebaik muncul dan risau melihat keadaan Pheara seperti itu.

"Saya okay.. Cuma nak bermanja dengan Sanzo.." ujar Pheara dengan tiba-tiba dan muka Elene menjadi jelik merenung Sanzo.

"Apa? Kami bercinta kan?" Sanzo berkata selamba dan Pheara hanya tersenyum.

"Urghh..saya tak patut tanya.." kata Elene dan terus beredar diperhatikan Sanzo kemudian lelaki itu memandang ke arah Pheara.

"Awak okay?" soal Sanzo risau.

"Maaf risaukan awak.." ujar Pheara dan Sanzo mengusap kepalanya.

"Berita itu mengejutkan awak?" soal Sanzo dan Pheara mendiamkan diri.

"Tak mungkin dia syaitan.. Saya langsung tak kesan daya kuasa yang negatif daripada dia.." Pheara memberikan penjelasan.

"Mungkin dia pakar dalam hal menyembunyikan kuasa sebenar dia?" Sanzo menduga dan dia juga pernah bertemu dengan orang yang mampu melakukan seperti itu.

"Saya bingung Sanzo.. Kenapa sebabkan cinta orang boleh berubah? Dewa pun boleh terjerat dan menjadi sebegitu sekali?" soal Pheara.

"Mengenai hal awak,saya tak rasa kena tolak cinta sahaja Igdes ingin membunuh awak.." Sanzo berkata sambil memandang ke luar.

"Apa maksud awak Sanzo?"

Sebelum Sanzo sempat menghabiskan ayat,sesuatu mendarat di halaman rumah. Hilna dan Frirja muncul tanpa memberikan isyarat,Pheara terkejut dan bangun dari riba Sanzo.

"Keadaan di bumi berlainan dengan di Kayangan,saya hampir nak terjatuh.." ujar Hilna.

"Awak patut kena mahir serasikan keadaan.." kata Frirja tersenyum sahaja.

"Frirja? Hilna?" mereka berdua terkejut apabila seseorang menegur mereka,apabila dipandang mereka tersenyum.

Pheara berdiri di hadapan mereka,sambil tersenyum ke arah dua Valkryie itu.

"Kita dah jumpa dia.." ujar Hilna tersenyum.

"Ya.. Tapi.." kata Frirja dan memandang ke arah Sanzo.

Sanzo hanya membalas dengan renungan tajam,Pheara segera menghalang Frirja dari terus memandang ke arah Sanzo.

"Apa yang kamu buat di tempat seperti ini Pheara? Kenapa kamu menghilang?" soal Hilna dan Pheara tersenyum kelat sahaja.

 GODDESS & THE IMMORTAL™ (C)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora